Friday, January 31, 2014

Sample Dove Hair Therapy

Assalamualaikum,
Semenjak suka buat bermacam style rambut dulu, sekarang akibatnya rambut selalu gugur. Bila sikat rambut pasti akan terselit rambut pada sikat bukan sedikit tapi kadang-kadang sangat banyak. Jadi disebabkan itu Asyik pilih Dove Hair Fall Rescue untuk mengembalikan kesihatan rambut. Berharap kalau guna syampu ini dapat membantu menyelesaikan masalah rambut Asyik. Disebabkan itu Asyik hantar permohonan untuk mendapatkan sample dari Dove. 

Sebelum ini memang Asyik dah ada syampu ini tapi dah habis so kerana suka sangat guna syampu Dove Asyik cubalah untuk dapatkan sample. hehe. Free siapa tak nak kan.Tapi tak sangka pula Dove hantar sekali dengan bag dan keychain dari Dove. 

Bag itu boleh digunakan kalau nak travel, boleh letak syampu dan conditioner sekali. Keychain itu pun Asyik dah dapat sebelum ini dari event Dove yang Asyik pernah pergi. Alhamdulillah dapat lagi. Setakat ini guna syampu Dove hair fall rescue memang semakin hari semakin berkurangan masalah rambut gugur. Bau pun wangi, kalau pakai tudung kulit kepala takdelah gatal-gatal bila berpeluh. Jadi selepas ini InshaAllah akan kekal menggunakan produk dari Dove.

Thank you Dove..

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Monday, January 27, 2014

Art Sphere 208ty - The Atmosphere

Assalamualaikum,
Seperti yang dijanjikan pada entry SINI Asyik dengan gembiranya nak memperkenalkan satu lagi tempat yang menarik di Malaysia. Sekarang tak perlu dah nak pergi luar negara untuk jumpa semua ini. Dalam Malaysia dah banyak dan cukup kreatif. Bertempat di The Atmosphere, Sri Kembangan, tempat ini berdekatan dengan Giant Equine Park.

Address
The Atmosphere Sdn Bhd
1-3 Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

Terdapat 80 jenis mural yang dilukis oleh 20 pelukis yang berbakat. Ada mural berbentuk 2D dan 3D semuanya memang menarik untuk kita bergambar. Pastikan kalau pergi bateri kamera cukup sebab anda memang akan menyesal kalau kamera anda kehabisan bateri. Satu lagi pakai kasut yang sesuai sebab anda perlu pusing-pusing kawasan tersebut untuk mencari mural yang banyak tersembunyi.Nanti sakit kaki susah ler nak berjalan. Rugilah kalau ada yang terlepas pandang. Asyik pun teringin nak pergi lagi sebab banyak lagi mural yang belum sempat bergambar. Jangan lupa gunakan imaginasi anda supaya gambar anda nampak lebih menarik. Jom tengok gambar yang Asyik sempat ambil.


Whatttt!! Is that your father? Noooo!!

Comel tak vespa Asyik ini. hehe


   

   
gulp,gulp,gulp... Owh, for me?Thank you!

Siapa nak ikut pergi Art Sphere? Jomlah naik kereta Asyik. hehe

   

   


Arghhh!! Tidak..

   

   

Nampak tak ada orang itu hampir nak lemas. hehe. Photographer of the day Giorgio Izas.






   

   

   

   

   

Yang ini untuk korang semua. haha. Kentut berapi oleh Asyik. kah3..Korang ade? xde kan. hehe. Idea ini datang dari Mr. Giorgio lah. :)

Last picture Asyik dah nak balik kampung ini. Jom sapa nak ikut naik tren. Byeee.. :)

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Saturday, January 25, 2014

Street Art at Section 2 Shah Alam, Malaysia.

Assalamualaikum,
Sesuatu yang menarik anda boleh jumpa di Malaysia sekarang, tak perlu nak ke luar negara untuk jumpa art yang sebelum ini dikatakan seperti vandalism. This is not vandalism this is street art. Street art sangat menarik dan akan menarik perhatian orang untuk datang malah dapat mencantikkan tempat yang nampak usang dan buruk. Seperti street art di seksyen 2 Shah Alam ini, ia berada hanya di lorong belakang kedai yang sudah lama beroperasi. Tempatnya memang berdekatan dengan UITM Shah Alam dan memang menjadi tumpuan pelajar di situ. Cuma cadangan Asyik supaya tempat ini lebih terjaga kebersihannya dan itu mungkin dapat menaikkan lagi nama kawasan tersebut.

Sekitar lorong belakang Street Art di Seksyen 2 Shah Alam.

Wanna Slurpee!!

Art without colors is like life without challenges.

Proud to be Malaysian!!





Rindunya pada Bas Mini macam ini. Dah lama tak naik.







What do you think about this Street Art? Awesome right! Tunggu entry seterusnya ada lagi satu tempat yang lagi hebat dari sini.

Till Next Entry.
Love, Asyik.