Sunday, November 23, 2014

Sculpture Workshop with Rare Gallery and Glam Deko

Assalamualaikum,
For the first time Asyik join scuplture workshop organize by Rare Gallery and Glam Deko Magazine. Antara pengalaman terbaru yang semua orang patut rasa. Event ini mendedahkan kita tentang sculpture yang mungkin orang selalu tak pandang sangat yang nilai scuplture ini adalah tinggi dan unik. Nampak macam mudah tapi sebenarnya proses untuk dapatkan yang terbaik dan bernilai sangat susah. Tambahan pula kalau ia adalah handmade. Satu sahaja dalam dunia, memang susah untuk duplicate benda yang sama sebab mereka sangat menitikberatkan hal-hal macam ini. Keistimewaan sculpture ini ialah rekaannya sangat unik dan boleh dijadikan perhiasan dalam rumah dan anda sahaja yang akan memiliki karya seni itu.

Pada sesi pengenalan kami di dedahkan dengan paper clay. Clay yang diperbuat dari kertas kitar semula dan boleh dibentuk menjadi sculpture yang menarik. Kami diberi peluang untuk membuat sculpture sendiri dan boleh membawa pulang sculpture tersebut. Nampak macam mudah nak buat sculpture ini tapi bila dah cuba sendiri agak penat juga untuk dapatkan bentuk yang cantik. Jadi seharusnya kita menghargai karya seni yang ada di persekitaran kita.
Ini dia Paper Clay.
Sesi percubaan menggunakan paper clay. Hancur memang takde skills untuk ini. hehe
Hasilnya yang tak cukup sifat. haha. Nak buat macam lain tapi jadi lain. Okay takpe first try.
Antara hasil kerja peserta-peserta yang lain. Hebat juga diaorang punya skill.
    
Selepas sesi buat sculpture kami di beri pendedahan tentang handmade jewellery . Serius kagum dengan hasil kerja mereka yang seharusnya mendapat pujian.
Jewellery ini memang unik malah ada yang dah bertahun lamanya tapi masih elok kerana menggunakan material yang sangat berkualiti. InshaAllah suatu hari nanti nak juga merasa jewellery macam ini.
Okay sampai sini saja pendedahan tentang workshop ini. Kalau ada yang dapat jemputan atau terlihat mana-mana event yang berkaitan sculpture atau jewellery ini cubalah join. Berbaloi untuk dapatkan pengalaman dan ilmu yang baru.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

8 comments:

  1. 1st time dengar berbaloi pergi.. tambah ilmu baru

    ReplyDelete
  2. macm menarik je kak asyik.. good infrmtion..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik.kalau ada lg mmg nk join lg..

      Delete
  3. Replies
    1. a'ah memang menarik sgt..lain dr yg lain..;)

      Delete
  4. Sangat menarik...rietta pown mnat seni....tpi skarang agak sbuk...xsmpat nk join event...

    ReplyDelete