Skip to main content

Food Review : Pak John Steamboat

Assalamualaikum,
Esok hari terakhir minggu ini untuk bekerja dan kemudian kita dapat bercuti. Masih belum ada tempat untuk 'hang out' dengan family atau kawan-kawan? Asyik ada tempat menarik yang korang boleh pergi. Pak John Steamboat and BBQ yang bertempat di eCurve Mall, Mutiara Damansara. Cawangan eCurve Mall merupakan cawangan kedua Pak John Steamboat yang berkonsepkan buffet. Lebih dari 100 jenis bahan-bahan steamboat yang korang boleh makan dengan satu harga sahaja dan murah.

Untuk pengetahuan korang, kat sini mereka sediakan pelbagai jenis sup steamboat iaitu Beef Bone Soup, Chicken Soup, Miso Soup, Prawn Soup dan 2 pilihan sup istimewa iaitu Tomyam Soup dan Curry Soup. Asyik dah rasa Prawn and Tomyam Soup. Dua-dua sedap. 

Kemudian yang istimewa kat sini mereka ada 4 jenis premium item yang korang memang kena cuba; Abalone Slices, New Zealand  Lamb Slices, Australia Beef Slices and Smoke Duck Breast. Serius Asyik suka sangat dengan semua item istimewa diaorang ini. Sedap sangat-sangat tak tipu okay! Premium item ini korang kena minta dengan chef di dapur, sebab makanan ini tak boleh terdedah diluar sebab cepat kering dan kualiti akan terjejas. Pak John Steamboat memang mementingkan kualiti makanan diaorang. 

Kalau korang rasa nak makan dengan sos yang sedap dan suka kan pedas boleh cuba Homemade Pak John Steamboat Signature Sauce. Ada Thai Sauce, Belacan Sauce (recommended pada yang suka pedas), Sweet Sauce, Thai Green Chili, Soya Sauce, Garlic Chili Sauce dan yang terbaru ialah Pineapple Sauce.

Belum cukup dengan semua itu korang boleh cuba dessert yang terdapat di Pak John Steamboat iaitu Pak John Kaya Ball, Waffle, Ice Cream, Pudding dan buah-buahan. Semua sedap yea. Puas hati dapat makan kat sini. Istimewa pada hari minggu, Pak John steamboat menyediakan kumpulan Voxsape untuk menghiburkan korang dengan lagu-lagu yang terbaik dari mereka dari jam 6 petang sehingga 10 malam. Muzik akustik yang sedap didengar waktu makan. Memang layannn habis.
 Bahagian kegemaran Asyik ini.
New Zealand  Lamb Slices, Australia Beef Slices and Smoke Duck Breast banyak kali Asyik makan.
 Nak makan corn in cup? Boleh buat sendiri. Makanlah banyak mana pun boleh.
Set buffet "All You Can Eat" di Pak John Steamboat & BBQ pada Isnin hingga Khamis adalah RM36++ dan pada Jumaat hingga Ahad RM39++ sangat berbaloi-baloi untuk korang makan banyak-banyak. Waktu operasi dari jam 10am-10pm. Apa lagi ajak kawan-kawan dan family pergi makan kat Pak John Steamboat. Gerenti puas hati.

Restoran Pak John Steamboat dan BBQ
Lot LG 13A dan LG 15, Lower Ground Floor, eCurve, No. 2A, Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Rated: 5/5
Till Next Entry.
Love, Asyik.

Photo by Me and Giorgio Izas.

Comments

  1. Akak bakal buat food review jugak kat sini...tgh tunggu confirmation dari kawan blogger ni....wah...x sabar nak mencuba ni....

    ReplyDelete
  2. Memang puas hati makan kt Sini... Terbaik (^_^)

    ReplyDelete
  3. highly recommended! best gilaaa...suka sweet sauce!

    ReplyDelete
  4. Sedappppp sangat ! Nak makan lagi, lagi dan lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..akk pun samalah..nak mkn lagi dan lagi..:)

      Delete
  5. Tengok buat corn cup tu teringat pergi hari tu, iday ingat yang garam tu gula, then letak banyak gile. hahahaha.

    ReplyDelete
  6. waah! daging nampak macam fresh gilaaaaaaa

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  7. yumms! Macam sedap je, siap ada waffles! Tak pernah try lagi this steamboat place! :)

    Anyway, salam, blogwalking here, tak bagi salam tadi :pp

    ReplyDelete
    Replies
    1. steamboat kt sini best.. kena cuba..
      Wasalam dear.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.