Monday, November 17, 2014

Food Review : Dope Alley, Boat Noodle

Assalamualaikum,
Masih tercari-cari tempat untuk bersantai sambil relax? Sekarang tak perlu risau dah ada satu tempat yang Asyik nak suggest kan untuk korang. Tempat ini sesuai untuk semua peringkat umur. Yang paling best makanan diaorang memang kaw kaw punya terbaik. Speciality in BOAT NOODLE and ICE CREAM. Boat noodles yang tengah hangat sekarang korang boleh makan kat sini. Lagi sedap dan gerenti halal. Owner Islam dan rakyat Malaysia. 

Diaorang sangat menitikberatkan tahap kualiti makanan yang disediakan. Ada chicken dan beef untuk pilihan korang. Banyak lagi makanan menarik yang berasal dari Thailand disini. Contohnya macam Som Tam Kai Kam, mana nak dapat Somtam yang best, hanya kat sini korang boleh makan dengan harga yang berpatutan iaitu RM7.90 pastu banyak dan sedap. Bila mula pukul 7 malam korang dah boleh order BBQ/GRILL. Ada kerang bakar, sotong bakar dan daging bakar.

Untuk yang suka makan nasi boleh cuba Dope Alley Fried Rice. Sedap sungguh macam makan kat Thailand. hehe siap dengan chicken wing lagi. Serius korang takkan menyesal datang sini. Asyik pun tengah cari masa nak pergi lagi. Kalau dekat dengan tempat kerja dan rumah setiap hari dah pergi.

Kedai ini baru beroperasi tapi sambutan hangat boat noodles and Thai food lover memang terbaik.

Boat noodle yang sudah pasti sedap dan HALAL. RM1.90 semangkuk.
Ini bukan air orange yea. Ini nama dia Nanas Rambutan Asam Boi. hehe. panjang betul nama tapi rasa dia perghhh sedap okay. Mula-mula macam ragu-ragu nak minum sebab sedap ke bila makan semua tu sekali dan Dope Alley dah buktikan memang sedap.
Som Tam Kai Kam favourite Asyik. Rasa dia haishhh meleleh-leleh air liur. Sedapnya!
Kulit ayam yang digoreng ranggup. Boleh makan dengan noodle atau apa saja yang korang suka.
Kerang yang dihidangkan dengan sweet and spicy sauce. Untuk pengetahuan korang sauce dikedai ini memang diaorang buat sendiri.
Inilah Dope Alley Fried Rice. Cukup lengkap semua.
Yang ini pula bukan air carrot tapi Thai Milk Tea. RM3 saja tapi puas hati minum.
Ada banyak lagi meat balls diaorang tapi Asyik sempat cuba Chicken meat balls saja sebab dah kenyang sangat. Yang pasti sauce mereka original hanya kedai ini saja yang ada.
Nak tahu kat mana tempat ini? Senang jea. 
Visit FB: https://www.facebook.com/dopealleyss15
Insta : dopealleyss15
Address : Beside Ambank SS15 (same row with burger factory and coffea coffee)

Rated : 5/5
Selamat menjamu selera.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

7 comments:

  1. Memang Thorbaek... Nora bagi 4 Bintang

    ReplyDelete
  2. orang atas yang komen tu sejak bila tukar nama nora?haha... rm1.90? perghhh... okay gak harga dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..dia mmg boleh bertukar waktu mlm Onie..

      Delete
  3. wow full mark. must be a must-try restaurant ni

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  4. sejak pregnant nie..queenpink tak larat nak makan banyak2..

    ReplyDelete