Saturday, October 25, 2014

September Shopping Haul

Assalamualaikum,
Walaupun bulan September dah lepas tapi Asyik nak juga kongsi dengan korang apa yang Asyik dah beli bulan September haritu. Mana tahu ada yang berkenan nak dapatkan juga. Kebanyakan yang Asyik beli bulan ini semuanya sangat murah dan berpatutan. Nak shopping kena bijak jangan tahu membeli jea tanpa buat survey dulu yea kawan-kawan semua.
Skirt ini Asyik beli masa di Youth Bazaar Fiesta di Stadium Shah Alam. Harga cuma RM35. Murah kan.
Shawl pula Asyik suka dengan material dari CalaQisya. Selesa dan senang dibentuk. Asyik beli XXL Maggie Shawl sebab lebih labuh dan lebar. Harga waktu beli ini RM39 satu. Sekarang kalau tak salah lebih murah.
Satu lagi shawl yang best Asyik beli di Youth Bazaar Fiesta juga. Shawl dari Hijabs by Hanami ini harganya RM39. Sekarang diaorang dah buka butik di Alam Avenue, Shah Alam. Lebih mudah kalau ada yang nak beli.
Jelly shoes ini Asyik beli di Sincerelybyshawls atau SBU di Shah Alam. Harga RM25 setiap satu.
Cermin mata ala-ala Rayban ni Asyik dapatkan di Terranova, Sunway Pyramid. Asyik suka sebab warna pink pada bingkai dia. hehe. Harganya RM19 setiap satu.
Okay beg ini Asyik beli syampu Pantene dan dapat hadiah beg. Beg ini besar dan sangat best untuk bawa barang-barang macam buku, nota, dan segala macam barang untuk Asyik bawa ke tempat kerja. Tak sure sekarang masih ada lagi ke tak kalau korang nak beli.
Transparent beg ini Asyik suka sebab dia transparent. haha. Beli di Terranova, Sunway Pyramid dengan harga yang luarbiasa iaitu RM5 sahaja.
Koleksi dari Body Shop memang yang paling Asyik suka ialah White Musk. Tak pernah bosan dari dulu bau dia. Body Lotion Cherry Blossom itu tambahan jea nak cukupkan point. Asyik tak ingat pula satu set White Musk ni berapa tapi tak lebih dari RM100.
Produk dari Maybelline selalu ada dalam koleksi makeup Asyik. Compact powder ini senang dan mudah dibawa. Kelebihan dia untuk hilangkan minyak yang berlebihan di muka.
Last sekali shawl dari ZAWARA. Nama dia Safa Sateen Edge warna Light grey and Turqoise. Harga dia RM39 kalau tak salah. Boleh pergi jea mana-mana cawangan Zawara InshaAllah ada. Okay itu jea kot yang sempat share dengan korang setakat ini. Untuk October pula nanti Asyik update lagi yea. Mana yang baik ikutlah yea yang kurang itu maaf kan Asyik.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

8 comments:

  1. oittttt,banyaknya shopping akak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. biila barang murah tak boleh tahan Onie..hehe

      Delete
  2. ShopaHolic... Shopping sakan nampak... He3... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana der shopaholic.. yg murah dan bgs kena beli..;)

      Delete
  3. banyak nya shopping..memang tetiap bulan ke shopping banyak macam ni??heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shawl tu mmg wajib beli.. yg lain tu sampingan jea, kdg2 kalau berpatutan baru beli.. tgk kepada bajet juga Diana.. :)

      Delete
  4. comel pulak beg RM5 tu...agak2, ada lg tak skang? hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..mesti dh xde tu..aritu pun ada sikit jea dear..:)

      Delete