Wednesday, October 8, 2014

Saraya Zahret Istana Bunga Fashionista

Assalamualaikum,
Bila sebut bunga memang sangat sinonim dengan wanita. Tambah pula kalau bunga itu yang berwarna-warni. Saraya Zahret kalau ada yang belum tahu maksudnya ialah Istana Bunga-bungaan. Sesuai nama itu dengan produk yang dijual. Pelbagai koleksi pakaian seperti jubah, dress, skirt, palazzo pants, baju kurung moden, baju untuk kanak-kanak dan pelbagai koleksi tudung yang mengikut trend semasa. Setakat ini Asyik dah cuba pelbagai rekaan tudung dari Saraya Zahret dan buktinya memang sangat selesa. Korang boleh tengok dalam instagram Asyik sendiri. Taip jer Asyikizas mesti ada. Asyik dah kongsi gaya yang sesuai mengikut citarasa Asyik sendiri. Serius korang pun akan suka dengan kualiti dari Saraya Zahret. 
Asyik sempat singgah di Saraya Zahret di bangi. Butik itu memang cantik sesuai dengan nama mereka yang membawa maksud Istana Bunga. Bila masuk mata korang akan bersinar-sinar melihat koleksi dari mereka yang berwarna-warni dan cantik. 
Korang boleh tengok sendiri gambar-gambar yang Asyik sediakan dalam entry ini. Semua sangat meriah dan cantik kan.
Seperti berada dalam istana yang menyediakan bilik khas untuk puteri dan permaisuri berhias. Berangan jap jadi puteri kat situ. Hihi
Serius okay dengar penerangan dari pengurus butik Saraya Zahret di Bangi.
Setiap koleksi dari Saraya Zahret mereka menitikberatkan ketelitian pada pakaian serta tudung yang dijual. Kesemuanya mempunyai keunikan tersendiri yang tidak terdapat pada jenama lain.
Asyik pun tak lepaskan peluang untuk cuba koleksi yang terdapat di butik Saraya Zahret. 
Setiap produk mereka akan disertakan dengan trademark dari Saraya Zahret. Itu yang membuatkan produk mereka nampak mewah dan cantik bila dipakai.
Boleh lihat di setiap hujung tudung semuanya dihias dengan juntaian indah dari Saraya Zahret itu sendiri.
Pengurus Saraya Zahret menunjukan cara untuk memakai dress/cardigan hoodie untuk majlis-majlis ataupun kegunaan harian. Memang seronok kalau dapat shopping kat sini sebab boleh dapat tutorial free lagi. Staff Saraya Zahret pun mesra dan mudah untuk kita minta pertolongan kalau keliru untuk memilih pakaian yang sesuai.
Memang tak lepaskan peluang bergambar dengan pengurus Saraya Zahret di Bangi iaitu Puan Intan Zuraini. Kalau singgah kat sana korang boleh jer tanya pendapat dari dia. Baik dan mesra orangnya.
Memang tak kekok kalau nak bertanya pendapat dengan mereka sebabnya semuanya tak lokek untuk berkongsi ilmu. Yang lelaki itu pula En.Mohamad Johari dia adalah adik Pn. Intan dan merupakan pengurus butik Saraya Zahret di Seremban 2. 
Tutorial khas untuk pembaca blog Asyik dari Puan Intan. Tutorial ini untuk Shawl Abington in Deep Pink dan Shawl Pleat Instanbul. Serius mudah, kemas dan cantik.
Shawl Pleat Instanbul ini yang paling Asyik suka. Tak perlu nak iron sangat, bila pakai dah lawa.
Till Next Entry.
Love, Asyik.

Boleh hubungi atau pergi terus ke butik mereka yang berdekatan dengan anda.


Address :
KOTA DAMANSARA:
45G Jalan PJU 5/20E, The Strand, Kota Damansara, Selangor,Malaysia
Tel: +603 6150 8836

BANDAR BARU BANGI: 
G 11, Jalan 8/35, Seksyen 8, Seri Bangi, Selangor, Malaysia
Tel: +603 8912 3210

SEREMBAN 2:
NO. 64 & 65, Jalan S2 F1, Garden Homes Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan.
Te: +606 6339181

KUALA LUMPUR:
LOT NO 02-03, Level 2, Busana@Menara MARA, 232 Jalan Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Tel: +603 26021231

SHAH ALAM:
Saraya Zahret Shah Alam, NO 13-A, Jalan Plumbum R/7R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.
Tel: +603 55242769

Email : web.sarayazahret@gmail.com 
Website : www.sarayazahret.com

Photographer: Giorgio Izas


6 comments:

  1. Akak ada pergi kat cawangan Seremban 2 tu...tp x abih explore lg...ok..next will terjah again...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seremban 2 mesti lg best kan akk.. nak juga pergi nanti..;)

      Delete
  2. Fana teringin nak pegi HQ dekat Seremban 2. Nanti kita pegi sana sama-sama nak? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun teringin nk pg kt seremban 2 tu..InshaAllah nanti kita pg sekali..;)

      Delete
  3. Aduhai Asyik! lawa-lawa lah semua baju dia. Shawl dia pun mengancam... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius mmg cantik..jgn lupa singgah tau..:)

      Delete