Thursday, October 23, 2014

Food Review : Paddington House of Pancakes

Assalamualaikum,
 Siapa di sini pengemar lempeng? Dulu masa kecil-kecil suka sangat makan lempeng tapi sekarang jarang dah dapat makan lempeng sebab malas nak buat walaupun sangat senang. Lempeng cicah kari paling sedap! hihi. Cara paling mudah dan cepat pergi jer makan kat Paddington House of Pancakes. Kat situ semua jenis pancakes ada, sampai pening nak pilih yang mana. Asyik pergi haritu dekorasi restoran diaorang Halloween agaknya sebab kedai itu dihias macam halloween season. haha. 

Ok bila bab makan memang Asyik susah sikit nak pilih sebab tak suka sangat makanan yang terlalu complicated jadi Asyik order Big Tresure Box of Pancakes. Dalam mangkuk itu banyak buah-buahan dan pancakes kecil yang dipotong bulat. Pancakes dia sangat sedap ditambah pula dengan honey syrup kat atas dia. Nasib baik buah dia semua fresh dan takde yang tak sedap dan ice cream pun lazat. Jadi lulus dan boleh makan lagi.
Tak nampak pula pancakes kat dalam itu. Dah terlindung dengan buah yang banyak.
Untuk satu lagi pancakes Asyik order Tuscany Pancakes. Yang ini dalam dia penuh dengan vegetables dan mushroom. Mushroom itu memang sangat banyak. Ini sesuai untuk vegetarian person. Tapi bila makan terlalu banyak rasa dia agak memuak kan mungkin disebabkan cheese yang digunakan terlalu banyak dan creamy. Satu pancakes saja dah cukup kenyang. Jadinya yang ini failed untuk selera tekak Asyik dan takkan order lagi lepas ini. haha. 
Minuman dia so far sedap jadi boleh cuba yang lain pula lepas ini.
          
Any suggestion restoran yang ada pancakes sedap boleh share dengan Asyik.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

8 comments:

  1. Enjoy... Awesome Pancake ever (^_^)

    ReplyDelete
  2. Yes tempat date baru.. sedapnya tengok gambar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..nak g dating yea.. sesuai sgt tempat ni..;)

      Delete
  3. sedapnya..ada fresh fruits n ice-cream..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah fresh fruit dan ice cream tu memang sedap..:)

      Delete