Saturday, September 27, 2014

Movie Review : Hijrah Cinta

Assalamualaikum,
Kalau filem Islamik dari Indonesia tak pernah lagi Asyik tengok mengecewakan dan Hijrah Cinta antara filem yang terbaik dari Indonesia. Memang boleh buat kita sedar dengan realiti hidup dan betapa kita seharusnya mencuba untuk berubah menjadi yang terbaik. Filem ini memang memberi kesan pada diri Asyik. Menitis air mata tonton filem ini, tak tahulah pada korang tapi Asyik memang agak sensitif kalau filem tentang kekeluargaan dan keagamaan ini. Filem ini diadaptasi dari kisah benar dan sememangnya terbaik. Pergilah tonton carilah mana-mana sumber yang boleh untuk dapatkan filem ini. Tak rugi kalau tengok.

SINOPSIS
Naskah yang menceritakan tentang Allahyarmah Ustaz Jefri Al Buchori atau lebih dikenali sebagai Uje. Uje pada usia mudanya sering hanyut dalam kenikmatan dunia dan mensia-siakan bakatnya sebagai seorang aktor dan model ternama dan sering dijauhi dari teman-temannya. Ibunya sering mendoakan agar Uje berubah dan akhirnya perkenalan Uje dengan seorang gadis bernama Pipik telah mengubah hidupnya.
Terima kasih TGV Cinema untuk tayangan yang hebat ini. 
Movie rated: 5/5
Till Next Entry.
Love, Asyik.

No comments:

Post a Comment