Wednesday, September 24, 2014

Lunch Date with Syarif Sleeq - Hanya Satu

Assalamualaikum,
Tonton (www.tonton.com.my) telah melancarkan sebuah lagi siri web original Hanya Satu yang menampilkan Syarif SleeQ, Kilafairy, Qhaud Rashid, Fezrul Khan dan Wan Sharmila bersama bintang jemputan Altimet, Anzalna Nasir, RJ dan Raja Farah. Menerusi kejayaan siri original terdahulu Autumn Di Hatiku Musim 1 & 2, Dan Calonnya Adalah serta Stand Up, Hanya Satu mengisahkan cabaran dan jerih perih perjuangan seorang anak seni yang baru menceburkan diri dalam industri hiburan tempatan.

SINOPSIS
Hanya Satu berlatarkan kisah hidup pasangan muda, Syarif (Syarif SleeQ ) dan Suria Hana (Kilafairy), yang begitu mengemari bidang muzik. Syarif, Suria serta rakan baik mereka Ally (Qhaud Rashid) seringkali menyertai aktiviti “jamming” sambil mengasah bakat muzik bersama. Suatu hari, Syarif mendapat tahu tentang ujibakat pertandingan nyanyian terkenal dan berjaya menyakinkan Suria untuk mencuba nasib. Ally pada mulanya tidak mahu membantu kerana kurang menggemari Suria namun akhirnya bersetuju demi Syarif. Semasa ujibakat, kehebatan vokal Suria telah berjaya menambat hati para juri.

Setahun berlalu, Suria kini berada di ambang kemuncak populariti dan dalam proses melancarkan album keduanya. Dalam temubual di sebuah program TV, Suria tidak mengakui yang hatinya telah dimiliki, lantas Syarif memaksa penjelasan daripada Suria. Suria pula menyalahkan keadaan dan kekangan industri hiburan serta mahukan hubungan mereka tidak digembar-gemburkan. Ally sekali lagi mengingatkan Syarif yang nyata kecewa bahawa Suria seringkali mengambil kesempatan terhadap dirinya dan mahu Syarif berjuang untuk dirinya sendiri.

Adakah cinta atau kerjaya yang bakal mempengaruhi perhubungan Suria dan Syarif? Pastikan anda menonton ‘Hanya Satu’ bermula 15 September – 17 Oktober 2014, episod baru setiap Isnin dan Jumaat PADA 12 tenga hari di www.tonton.com.my

Sebagai tambahan untuk hadiah istimewa ini, dengarkan album runut bunyi siri web ini di Tonton Music – www.tontonmusic.com.my

Senarai trek lagu siri web original Hanya Satu :

1- #1 SleeQ (Lagu Tema)
2- Pasti – Kilafairy
3- Belantara Konkrit – Altimet menampilkan Salam & Aman-RA
4- Si Putih Si Merah – Black menampilkan RJ
5- Resolusi – RJ menampilkan Kilafairy

Sekitar majlis pelancaran 'Hanya Satu' dan lunch date with Syarif Sleeq bersama peminat dan media bertempat di Johnny Rockets Sunway Pyramid.
   
Syarif SleeQ bersama dengan pemenang dan peminat.
Yang ini geng media pula bergambar dengan Syarif SleeQ.
Picture credit to Mohd Rasul
Bersama Azwar dan Ayue blogger.
Peneman setia Giorgio Izas.
Bersama Emas Putih. Thank you Uzu sudi invite Asyik.
Syarif SleeQ okayyyy!
Sempat lagi selfie. hahaha. Sporting Syarif nasib baik.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

6 comments:

  1. Fana dok nampak tang makanan tu ha. Johnny Rocket. Sedap tak kak asyik? Nyums!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang mknan tu mmg best fana..bkn setakat nmpk sedap tp mmg sedap sungguh..:)

      Delete
  2. TIIIIDAAAAKKKKKKK!!!!!!! putus kawan!!!! btw pewiitt cantik ootd nmppk kurusssss muruusss gtuh! hehe tp tetap kt putus kwn!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...terima kasih..tp betul ke putus kwn?..ha3..jeles ler tuh xdpt jumpa abg Syarif...kih2..

      Delete