Wednesday, September 3, 2014

Look Post : The Bidadari

Assalamualaikum,
Aktiviti hujung minggu Asyik pada 30 dan 31 August 2014 dihabiskan dengan aktiviti di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Salah satu aktiviti yang bagus untuk kita mendapat ilmu iaitu dengan adanya Konvensyen Bidadari. Bidadari dalam hidup Asyik sudah semestinya mak Asyik sendiri. Asyik bawa mak sekali datang sini. Mungkin dia dapat belajar sesuatu yang baik untuk dirinya sendiri. InshaAllah. 

Hari kedua pergi tak rancang langsung nak pakai baju warna yang sama tapi sebelum keluar dari rumah baru perasan yang Asyik dan mak sedondon warna hijau. Selesa kalau boleh pakai dress or jubah setiap hari. Tapi cuaca di Malaysia ini kadang-kadang terlalu panas dan kalau nak beli dress or jubah memang kena teliti supaya material yang diguna tak panas dan menyerap peluh dengan baik. Pada Asyik tak perlu yang mahal asalkan selesa dan berpatutan sudah cukup untuk Asyik pakai setiap hari. Dress yang Asyik pakai kat bawah ini pun murah jer. Harganya tak sampai pun RM50 dan XXL Maggie Shawl warna peach itu Asyik beli di Cala Qisya dengan harga RM35 sahaja. Shawl Asyik akan beli yang lebar dan size besar supaya tak singkat bila pakai. Lebih selesa macam itu. Hujung minggu kali ini memang digunakan dengan sebaiknya. 
Gambar bawah ini Asyik dengan mak Asyik yea. Go Green sangat. hehe
Ini gambar pada hari pertama konvensyen. Sempatlah mak nak bergambar sekejap untuk disimpan sebagai kenangan.
Pemandangan dari PICC sememangnya sangat cantik. Kita dapat lihat keseluruhan Putrajaya dari situ. Mak dengan bakal menantu dia dalam gambar bawah ini. 
Harap tahun depan masih berpeluang untuk datang kesini dengan mak. InshaAllah.
Till Next Entry.
Love, Asyik.

8 comments:

  1. Go green ! Serba hijau. btw, lawa warna tudung akak tu..suka suka..
    Kirim salam dekat mak akak eh..

    ReplyDelete
  2. Muda lagi mak nya..macam adik beradik pulak..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you..Mak Asyik mmg nmpk muda..tu bhya tu nanti anaknya nmpk lg tua..hehe

      Delete
  3. asyik pakai apa pun nampak cantik dan menarik :)

    ReplyDelete