Friday, August 22, 2014

Street Art Laman Seni 7

Assalamualaikum,
Salah satu kawasan tumpuan di Shah Alam yang sememangnya memberi inspirasi dan juga tempat untuk penggiat seni yang kreatif menghasilkan karya ialah di Seksyen 7, Shah Alam. Tempat ini berdekatan dengan kawasan kedai dan butik yang popular. Tempat ini merupakan tumpuan para pelajar untuk mengambil gambar.

"Laman Seni 7" adalah kesinambungan projek "Laman Seni 2". Sama seperti projek sebelumnya di Seksyen 2, projek ini akan memberi fokus kepada peningkatan lorong belakang di kawasan itu. Projek ini akan lebih ke arah seni. Ia akan menjadi platform untuk generasi muda terutamanya pelajar, untuk meluahkan bakat mereka dan idea-idea baru. Pendek kata, "Laman Seni 7" bertujuan untuk menjadi pusat tumpuan bagi golongan muda berkumpul untuk menggunakan ruang yang diberikan untuk faedah masyarakat.
Kesemua hasil karya mereka memang patut dibanggakan.
Laman Seni project is brought to you by Majlis Bandaraya Shah Alam.
Till Next Entry.
Love, Asyik.

4 comments:

  1. Pehhh.. cantik2 jugak dekat sini. Mira duduk je seksyen 7 tapi tak pernah pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mira kena pg tgk lah nanti..menarik tau..:)

      Delete