Wednesday, August 6, 2014

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum,
Untuk semua pembaca blog Asyik, terima kasih kerana masih sudi singgah ke sini. Asyik pun rindu sebenarnya kat blog ini tapi kurang waktu nak manja lebih-lebih dengan blog. Masih belum terlambat untuk Asyik ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf sekiranya ada kesilapan yang mungkin tidak disengajakan atau tersengaja. Semoga selepas ini lebih berkat dan bahagia kehidupan kita semua. InshaAllah. Hari raya takkan meriah tanpa adanya baju baru dipagi raya. 

Kali ini Asyik cuma guna semula baju yang Asyik dapat sewaktu makeover dengan Safi Shayla, sepasang baju kurung moden yang disponsor oleh butik ByFatinSuhana. Tudung pula Asyik dapatkan dari tudung jenama Asyik sendiri iaitu Tudung Asyik. Dah banyak jimat kat situ. Kemudian Asyik tambah tiga pasang baju kurung dari Jakel dibeli dengan harga yang sangat berpatutan. Baju kurung ini pun dibeli bukan setakat untuk dipakai waktu raya tapi untuk digunakan waktu bekerja. Sesuai untuk banyak situasi. 

Dibawah Asyik cuma sempat letak dua pasang baju yang dipakai di raya pertama dan ketiga. Tak perasan pula yang Asyik ada dua baju yang warnanya hampir serupa. Selebihnya warna biru gelap dan kelabu. Yang pasti semuanya untuk kegunaan ke pejabat kecuali baju yang disponsor. hehe. Meriah sangat nak pakai ke tempat kerja. Sepanjang bercuti selama seminggu banyak juga aktiviti yang sempat Asyik lakukan. Nanti Asyik kongsi pada entry yang lain yea. Dah bersusun entry untuk dikongsi dengan korang cuma belum sempat nak mengarang cerita dan edit gambar. Pape pun Asyik harap hari raya korang begitu bermakna tahun ini sama seperti Asyik juga. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua.
Till Next Entry.
Love, Asyik.

10 comments: