Sunday, August 31, 2014

August Beauty Haul

Assalamualaikum,
Bulan Ogos dah tinggal separuh hari saja lagi. Untuk semua rakyat Malaysia selamat menyambut hari kemerdekaan ke-57. Semoga negara kita akan sentiasa aman dan damai. InshaAllah. Untuk bulan ini Asyik agak seronok membeli produk kecantikan sebabnya banyak produk untuk kegunaan harian dah habis. hehe. Perempuan memang takkan terlepas dari shopping produk kecantikan. Tempat yang paling Asyik suka pergi ialah Sephora. Sephora ini ada semua benda yang Asyik suka. Jadi senang tak perlu nak ke banyak tempat. 
Benefit Push Up Liner ini memang mengancam. Sekali cuba terus berkenan. Senang dan mudah nak guna. Memang takkan comot macam guna eyeliner biasa. Bentuk dia macam pen yang tirus. Bahagian hujung pen itu yang memainkan peranan penting. Lembut dan mudah untuk dipakai pada kelopak mata. Nak bentuk pada hujung mata sangat mudah. Harga satu eyeliner ini RM100.
Produk Sephora yang Asyik rasa puas hati kalau beli ialah Eye & Lip Makeup Tablet. Tak perlu nak susah payah beli banyak warna untuk eye shadow sebab dalam ini semua dah ada dari eye shadow untuk pagi sampai ke malam semua lengkap. Siap dengan lipstik lagi. Harga dalam RM100++. Tak ingat harga sebenar tapi dalam lingkungan itulah.
Best makeup yang Asyik ada dan puas hati.
Another product is Smiths Mocha Rose Lip Balm with Vanilla. Bau dia sedap sungguh macam nak makan coklat tapi bila sapu pada bibir lembut dan melembapkan. Sebab Asyik memang terdedah dengan air-cond setiap masa jadi lip balm ni memang banyak membantu supaya bibir tak kering.
Jenama kegemaran Asyik Soap & Glory pun ada untuk bulan Ogos ini. Kali ini Asyik beli Soap & Glory Body Moisturizer/Body Butter. Bau dan texture memang best bila guna selepas mandi.
Produk kedua Soap & Glory ialah Soap & Glory Hand Food. Yang ini memang perlu sangat sebab tapak tangan selalu rasa kasar tapi bila sapu produk ini lembut dan segar tapak tangan.
Disebabkan Asyik dah beli barang lebih dari RM250++ jadi Sephora hadiahkan beg makeup Sephora ini. Memang suka dan kena dengan citarasa Asyik. 
Selain produk dari Sephora Asyik suka juga produk dari Victoria Secret. Beli terus satu set Victoria Secret Love Spell dan dapat sekali bag Victoria Secret. Asyik suka bau frangrance mist love spell. Satu set ini bawah RM100 kalau tak salah.
Yang itu semua Asyik beli sendiri yang kat bawah ini sahaja Asyik dapat hadiah dari blogger Sizzling Suzai. Penjagaan rambut dari Percy & Reed. Terbaiklah produk ini. Nak rambut yang lurus, kerinting semua boleh guna produk ini dan ada extra hadiah iaitu cekak dari Sereni & Shentel. Thank you so much sayangku Suzai.
Now everything is perfect. Boleh tunggu beauty haul September pula. hehe. 
Till Next Entry.
Love, Asyik.

6 comments:

  1. wahhh! banyak nya shopping makeup! bestnyaaaa..
    pika ni dah lama tak shopping..huhuu..
    btw, best tak eyeliner tu kak asyik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyeliner tu best pika..warna dia pekat..kalau nk cuci mmg kena guna makeup remover sbb waterproof ni and mmg tahan lama..setiap hari akk guna yg ni jer..;)

      Delete
  2. Fana pun baru je beli set Victoria Secret tu. Beli 3 RM129 kan? Kalau beli satu RM50 something macam tu. So, lebih baik beli tiga. Siap boleh campur lagi tuu. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah satu set tu RM129..akk mmg xingat exactly harga dia..hehe..tp untungla kan dr beli satu jer..

      Delete
  3. wah...bestnya...cantik make up palette tu...geram tgok kaler dia...

    ReplyDelete