Tuesday, June 24, 2014

Kim Jong Kook in Malaysia

Assalamualaikum,
Asyik dah banyak kali buka kemudian tutup semula laptop. Lemah pula rasa bila nak edit gambar. Rindu sebenarnya kat blog. Busy sikit sekarang sebab Asyik dah mula kerja kat tempat baru yang lebih mencabar kerjanya. hehe. Kali ini Asyik jamu korang dengan kisah Kim Jong Kook yang datang ke Malaysia. Siapa yang tak minat Running Man boleh pergi jauh-jauh. haha. sebab korang mungkin tak kenal. Kim Jong Kook datang Malaysia dan membuat persembahan secara percuma untuk semua peminatnya di Encorp Strand Mall, Kota Damansara. Asyik memang minat dengan Kim Jong Kook sebab selalu tengok dalam Running Man. Bila jumpa in realiti, comel sungguh muka dia tambah pula bila senyum hehe. Patutlah ramai peminat. Kat bawah Asyik ada sediakan gambar dan video untuk korang tengok.

Asyik pergi dengan family yea kat sana. Dengan mak, adik sekali bawa. hehe. Kitaorang dapat masuk di bahagian tepi stage tapi jauh sikit dari Kim Jong Kook. Kalau tepi stage sebelah hadapan diaorang lagi dekat. Tapi cukuplah dah dapat tengok secara live.



Video yang last ini Asyik yang rakam tapi masalahnya Asyik tersalah rakam dan video ini jadi menegak. Tak sempat pula nak edit jadi apa yang ada korang layankan ajer. Kalau nak tengok lain-lain video boleh singgah di Youtube page Asyik : http://www.youtube.com/user/TheNikisaizas

Till Next Entry.
Love, Asyik.

14 comments: