Skip to main content

Bazaar BayaHista 2014

Assalamualaikum,
Bazaar merupakan satu cara untuk peniaga online menjual produk dan barangan mereka kepada pelanggan secara terus. Ini juga dapat membantu pelanggan untuk mendapatkan harga yang murah dan penerangan yang lebih lengkap berbanding di dalam online. Bazaar bayaHista 2014 merupakan satu lagi platform untuk peniaga-peniaga online melibatkan diri dan berjumpa terus dengan pelanggan mereka. Asyik berkesempatan pergi ke bazaar bayaHista 2014 pada 7 June lepas. Tujuan utama nak tengok tempat baru yang belum pernah pergi iaitu di Encorp Strand Mall, Kota Damansara sambil shooping di Bazaar bayaHista dan nak jumpa Kim Jong Kook yang datang ke Malaysia sekali. Sesiapa peminat Running Man mungkin kenal. Itu Asyik cerita entry lain yea.

Memang dah berjanji dengan Fana nak jumpa kat sana. Masing-masing ada niat yang sama. hehe. Nak jumpa Kim Jong Kook. Sebelum jumpa Jong Kook Asyik shopping dan pusing-pusing bazaar untuk tengok apa yang menarik. Masa datang itu Najwa Latif tengah buat persembahan, terlepas pula nak dengar talk dari Shea Rasol, Nadia Sabrina dan Fatin Suhana. Tapi sempatlah jumpa diaorang. Shea ini unimate Asyik masa belajar di UiTM, bila jumpa itu macam-macamlah cerita. Walaupun sekejap tapi seronok jumpa rakan sekelas ini. hehe. Berbalik pada bazaar bayaHista, Asyik rasa bazaar ini boleh diketengahkan lagi pada masa akan datang kemudian boleh tambah lagi booth. Mesti lagi meriah. Bazaar ini kalau tak salah Asyik anjuran Puteri Umno. Kat sini memang boleh dapat harga yang murah, siap boleh nego lagi yea. Asyik beli tutu skirt dan tops dengan harga yang sangat murah. Kalau kat luar mungkin takkan dapat harga macam itu. Harap bazaar ini akan diteruskan lagi pada setiap tahun.

Wall of fame bayaHista. 
Shea Rasol dan Raja Nadia Sabrina. Tinggi makaih. Terasa pendek pula Asyik kat situ.
Fatin Suhana yang comel. Mula-mula ingatkan bukan, bila tanya Shea dia cakap yea. Nampak dalam blog macam tinggi jea, kat luar comel dan kecik jea orangnya.
Ini Najah atau dalam blog orang panggil Datin Najah. Bestfriend Fatin Liyana.
Wawa Zainal pun ada.
Najwa Latif tengah buat persembahan. Snap dari jauh jea.
    
Sekitar kawasan bazaar bayaHista.
OOTD: Tops vintage dari almari mak Asyik
Halfmoon Shawl dari koleksi Tudung Asyik
Pleated skirt dari La Shaz (instagram)
Accessories Asyik beli di Little India Penang.
Nanti Asyik kongsi tentang Kim Jong Kook pula yea. ;)
Till Next Entry.
Love, Asyik

Comments

  1. Akak mcm terlepas pandang padal bazaar ni la Asyik...medti best giler kan....
    Suka tgok combination ootd Asyik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best akk sbb brg murah2 pastu byk lg aktiviti lain..;)

      Delete
  2. wahhh!! seronok seronok!! pika rasa menyesal sangat tak balik mggu ni sbb bukan nya ada keje apa sangat pun dekat U ni..adoi mak aihh..nyesal nyesal!

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa. Nak pergi lah hujung minggu ni. Apapun cantik outfit asyik. Nice! Pandai bergaya, ena memang tak pandailah nak bergaya ni. Sob!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.