Sunday, May 25, 2014

Product Review : Systema Spiral 0.02mm Extreme Clean

Assalamualaikum,
Untuk sesiapa yang sangat mahukan berus gigi yang mempunyai tahap membersihkan yang extreme, korang boleh cuba Systema Spiral 0.02mm Extreme Clean. Asyik dah cuba dan sememangnya menjadi kegemaran Asyik sekarang. Dari dulu Asyik memang suka dengan berus gigi jenama Systema sebab berusnya halus dan mencuci gigi dengan bersih. Tapi bila ada Systema Spiral ini memang bertambah suka lagi nak guna. Istimewanya berus ini ialah kerana hujung berus yang tirus yang boleh menembusi lebih dalam di bawah garisan gusi dan celah-celah gigi serta bahagian yang paling sukar dicapai dan berus ini kurang memberi tekanan pada gigi dan gusi. Jadi kita boleh memberus dengan selesa.
Berus gigi ini dapat membersihkan 40% lebih plak dari berus gigi biasa ini kerana filamen yang berbentuk hexagon dipintal menjadi spiral yang membolehkan 6 sisi tajamnya membersihkan plak dengan lebih berkesan. Pemegangnya pun mudah dipegang dan tak mudah licin. Asyik memang suka berus gigi ini. Korang mesti kena cuba juga yea.
Price : RM8.90
Rated : 5/5

Till Next Entry.
Love, Asyik.

4 comments:

  1. Assalammualaikum...asyik,

    mesti bagus berus gigi nie... kan. Membersih ke celah2 gigi yang sukar diberus dengan berus gigi biasa..

    mselim3

    pls: berus gigi sistema nie terkenal kan...

    ReplyDelete
  2. Boleh try lepas ni, risau juga pakai berus gigi sebarangan tapi celah2 tak sampai. Tengok structure berus gigi ni pun dah tahu berus ni bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. berus gigi systema ni mmg confirm boleh cuci celah2 gigi..beli yg medium soft jea..:)

      Delete