Saturday, May 24, 2014

Masalah Kulit Wajah Wanita

Assalamualaikum,
Sebagai wanita selalunya kita memang susah nak berpuas hati dengan keadaan wajah kita. Kalau boleh mesti nak kulit itu putih serlah gebus lembut dan licin tanpa jerawat atau jeragat. Tapi disebabkan cuaca negara kita ini yang sememangnya panas susah juga nak jaga kulit wajah supaya mantain cun jea. Memang susah! Kulit pasti akan ada jerawat sebab cuaca panas dan kulit jadi berminyak, lepas itu tinggal parut lepas itu jenuh mencari produk untuk hilangkan parut.
Source: Google

Bila parut dah susah sangat nak hilang mulalah cari concealer, foundation, compact powder dan macam-macam jenis lah tapi untuk sementara bolehlah kan untuk tutup semua kesan jerawat itu. Asyik selalu ada masalah di bahagian hidung, kasar sungguh! Selalu nak kena guna nose mask untuk buang bintik hitam yang kasar itu. Geram tau selalu nak kena buang, malu kalau orang tengok hidung yang berbintik hitam itu. Tak tahu sampai bila kena buat rutin yang sama macam ini. Huaarghhh..
 
Source: Google

Dah banyak produk yang dicuba tapi kebanyakan krim yang dipakai memang susah untuk hilangkan semua masalah itu. Itu yang terpaksa pakai foundation dan bedak 24hours. ha3. Memang semua itu masalah utama wanita. JERAWAT, JERAGAT, PARUT, BINTIK HITAM, KEDUT, KULIT KUSAM DAN GELAP dan banyak lagi agaknya. Kalau boleh Asyik teringin nak guna produk yang boleh hilangkan semua masalah Asyik itu. Terutama sekali masalah kulit yang tidak semulus halus cantik putih berseri. ha3. Jealous tengok muka orang yang halus gebus putih dan bersih. Tak suka sebenarnya bermakeup terlalu tebal, kalau boleh nak pakai sehalus yang boleh jea sebab senang nak solat dan berwuduk tapi malangnya kulitku tidak secantik snow white. ha3. Ok sekarang nak tahu juga korang selalu ada masalah kulit wajah yang macam mana, ke kulit korang memang dah cun melecun. Meh kongsi sikit dengan Asyik. Mana tahu korang ada petua yang bagus. Please share with me.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

6 comments:

  1. Check this out sis.
    http://thatspoiltbrat.blogspot.sg/2014/02/ibu-putih-strawberry-combo-set.html?m=1

    ReplyDelete
  2. kalo saya, saya pakai true perfection avon je. produk lain haram nak masuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..xpernah lg guna produk yg itu..;)

      Delete
  3. Samalah ena. Tapi sekarang dah kurang sebab banyakkan makan sayur sayuran. Ambil supliment. Semuanya berpunca dari permakanan kita juga. Lagi satu, banyakkan minum air kosong. 3 atau lebih liter setiap hari. Biarlah asyik kencing je

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulahkan..mslh pemakanan juga sbnrnya..byk sgt mkn bnda yg xberkhasiat..sayur2 lah lepas ini..hihi

      Delete