Sunday, May 4, 2014

Bila Tiba | Ungu

Assalamualaikum,
Ada tak sesiapa yang pernah terjadi macam apa yang Asyik rasa sekarang ini? Contoh bila dengar lagu tiba-tiba boleh tersentuh dan menangis. huhu. Itulah sebak pula rasa bila dengar lagu dari UNGU ni. Tajuk dia 'Bila Tiba'. Lagu ini mengenai kematian yang tak ada sesiapa pun yang dapat elak. Semua pasti akan merasainya suatu hari nanti cuma kita belum tahu bila waktunya. Rasa kecil sangat diri ini bila fikirkan semua itu. Terlalu banyak dosa dan kesilapan dalam hidup yang masih perlu diperbaiki. Ya Allah semoga aku dapat atasi semua ini. Jadikanlah aku seorang muslim dan mukmin sebenar yang mampu sujud dan taat kepadamu tak kira dimana aku berada.

2 comments: