Skip to main content

Musim Bunga dan Luruh di Malaysia

Assalamualaikum,
Sekarang tengah kecoh tentang bunga sakura yang sedang mekar cantik di Jepun. Kalau nak ke Jepun itu berharaplah sekarang ini dapat pergi. hehe. Tapi jangan risau di Malaysia pun ada semua itu. Siap lengkap dengan musim luruh sekali. Kalau anda bertuah dapatlah tengok semua itu di Malaysia. Bertuah macam Asyik ini. hehe. Memang dah banyak hari geram tengok bunga yang cantik-cantik sepanjang jalan yang Asyik lalu. Tapi semalam baru sempat ambil gambar. Serius memang lawa sebab bunga-bunga itu jatuh ke tanah dan mewarnai kawasan tersebut dengan warna bunga itu. Ada yang warna putih, ungu dan merah jambu. Memang sangat cantik. 

Cuma Asyik tak dapat nak ambil gambar bunga secara dekat dari atas pokok sebab pokok dia agak tinggi dari ketinggian Asyik yang kemetot ini dan kebanyakannya berada di tepi jalan. Ini dapat ambil sebab berdekatan dengan hostel adik Asyik. Jadi dengan muka selambanya bergambar di belakang hostel diaorang. haha. Maaf kalau anda salah seorang penghuni hostel tersebut yea. Bukan senang kita dapat tengok fenomena bunga yang cantik macam ini. Jadi jangan lepaskan peluang kalau ada yang terjumpa.

    


Rasa macam nak baring jea kat bunga itu tapi nasib baik baru lepas hujan dan agak basah kat situ. Kalau tidak memang dapatlah posing baring. :p

Suka benor dengan bunga ini.





Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

  1. Replies
    1. cantik sgt2..akk kalau boleh nak jer snap gmbr bunga tu secara dekat tp pokok tu agak tinggi..:)

      Delete
  2. hee kat malaysia pun ada...teruja tgk sepanjang jln pokok ni berbunga sbb sblm ni xpnh nmpk bunga pn...

    ReplyDelete
  3. yaya pun suka..tepi jalan banyak je tengok bunga luruh kan kak?? cantik sangat.. subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandangan yg indah sepanjang perjalanan..:)

      Delete
  4. Cantik Asyik, mcm spring pulak kat Malaysia sekarang ni, tahun lepas pun Dayah sempat tengok bunga2 ni, tp Alhamdulillah tahun ni dpt rasa Spring lagi kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dayah lagi beruntung sbb dapat merasa Spring di negara orang..lagi cantik bunga-bunga kat sana kan..
      Kat Malaysia mmg selalu ada cuma kdg2 kita terlepas pandang utk hargai semua kecantikan ini. :)

      Delete
  5. ya, bertuah sungguh kita rakyat malaysia. dapat feel bunga sakura macam di Jepun :)

    ReplyDelete
  6. Mmg cantik kan asyik....rietta pown suka bila ada yg gugur kt bawah...bukan sekadar mekar diatas...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.