Monday, January 27, 2014

Art Sphere 208ty - The Atmosphere

Assalamualaikum,
Seperti yang dijanjikan pada entry SINI Asyik dengan gembiranya nak memperkenalkan satu lagi tempat yang menarik di Malaysia. Sekarang tak perlu dah nak pergi luar negara untuk jumpa semua ini. Dalam Malaysia dah banyak dan cukup kreatif. Bertempat di The Atmosphere, Sri Kembangan, tempat ini berdekatan dengan Giant Equine Park.

Address
The Atmosphere Sdn Bhd
1-3 Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

Terdapat 80 jenis mural yang dilukis oleh 20 pelukis yang berbakat. Ada mural berbentuk 2D dan 3D semuanya memang menarik untuk kita bergambar. Pastikan kalau pergi bateri kamera cukup sebab anda memang akan menyesal kalau kamera anda kehabisan bateri. Satu lagi pakai kasut yang sesuai sebab anda perlu pusing-pusing kawasan tersebut untuk mencari mural yang banyak tersembunyi.Nanti sakit kaki susah ler nak berjalan. Rugilah kalau ada yang terlepas pandang. Asyik pun teringin nak pergi lagi sebab banyak lagi mural yang belum sempat bergambar. Jangan lupa gunakan imaginasi anda supaya gambar anda nampak lebih menarik. Jom tengok gambar yang Asyik sempat ambil.


Whatttt!! Is that your father? Noooo!!

Comel tak vespa Asyik ini. hehe


   

   
gulp,gulp,gulp... Owh, for me?Thank you!

Siapa nak ikut pergi Art Sphere? Jomlah naik kereta Asyik. hehe

   

   


Arghhh!! Tidak..

   

   

Nampak tak ada orang itu hampir nak lemas. hehe. Photographer of the day Giorgio Izas.






   

   

   

   

   

Yang ini untuk korang semua. haha. Kentut berapi oleh Asyik. kah3..Korang ade? xde kan. hehe. Idea ini datang dari Mr. Giorgio lah. :)

Last picture Asyik dah nak balik kampung ini. Jom sapa nak ikut naik tren. Byeee.. :)

Till Next Entry.
Love, Asyik.

14 comments:

  1. Thanx asyik. Best la asyik banyak share pasal mural ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome..harap lepas ni ramai yg pergi tempat yg best ni..:)

      Delete
  2. Asyik ni kelakar hokeh gambar last! kentut berapi!!! kahkahkah!!!
    Giorgio punya ideaaa lah ni! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali keluarkan idea yg gila-gila sikit..:)

      Delete
  3. menariknye asyik...mcm 3D art museum kat ICT...cuti mid sem nie xdapat pergi shah alam...sedey...terpaksa tunggu Mei nnti...dan harap semua lukisan nie masih segar, xpudar mcm yg dekat Penang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah mmg best..baik pg awal2 sblm dikenakan byrn..hehe

      Delete
  4. Replies
    1. kenalah pg tgk betapa cantiknya tempat ini..:)

      Delete
  5. Salam, wahhh selama ni mmg tertunggu2 akan ada 3D street art mcm ni di malaysia. Akhirnya wujud juga, tp belum pernah jumpa entry penuh yg tunjukkan gambar2 kat sana. Tq for sharing art di sana, ade mase mmg kena pergi shoot kat sana jugak ni! Tq..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, sama2..bolehlah lynn pg lepas ni yer..xrugi pg sbb tmpt ni mmg best..:)

      Delete
  6. Seni itu Art, Art itu Seni.. chantekk ..,hehhhhE

    ReplyDelete
  7. assalam,

    seni kteatif yang cantik dan unik sekali ...macam hidup...

    ReplyDelete
  8. Nie pelukis yang sama yang lukis dekat lorong jalan kaki haritu ke ?

    ReplyDelete