Sunday, October 27, 2013

Featured Hijabista Magazine October 2013

Assalamualaikum,
Cuma nak berkongsi satu lagi keluaran majalah hijabista yang ada terselit gambar cenonet Asyik. hehe. Untuk ruangan Adam VS Hawa keluaran Oktober 2013. 

Cover oleh Raja Nadia Sabrina dan Fatin Suhana. Dua-dua gorgeous.


Isunya beg genggam atau 'Oversized'. Mana yang jadi pilihan korang semua? Asyik suka beg oversized, boleh sumbat semua barang dalam itu sampai patah bahu. ha3. over tau. Dua-dua ada pro and cons nya. Jadi buatlah pilihan yang bijak.

Till Next Entry.
xoxoxo

Friday, October 25, 2013

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Assalamualaikum,
Tak sabar nak tunggu hujung tahun ini dapat bercuti panjang sikit. Sekarang agak stress sebab kerja melampau sangat banyaknya. Nak kejar deadline lah macam-macam lagi. Dapat pula orang yang jenis tak sabar, semua nak cepat jer. Haishhh sabar jerlah. Cuti Aidiladha haritu pun sekejap jer rasa. Dapat pergi Port Dickson lepas beraya di Batu Pahat, Johor. Relaxkan diri sekejap dengan kesesakan di KL ini. Alhamdulillah seronok dapat beraya kat sana walaupun jauh dari keluarga sendiri. Tapi apakan daya cuti sekejap sangat. Next holiday balik Penang pula.

ABC Special Port Dickson. Sedap tau, tinggi dah macam pokok krismas. hehe

Laksa pun tak mengecewakan. Sedap juga. 

Pemandangan di pantai Port Dickson. Penuh dengan orang sebenarnya. Ini jer tempat yang agak tak ramai orang bermandi-manda.




Tenang dapat tengok pantai.


Jumpa lagi Port Dickson.

Till Next Entry.
xoxoxo

Wednesday, October 23, 2013

Shooting Telemovie 'Kisah Sebenar Bibah'

Assalamualaikum,
Selamat pagi untuk semua yang bekerja dan masih tidur di rumah. Asyik nak berkongsi sedikit cerita tentang pengalaman Asyik menyertai salah satu telemovie yang akan disiarkan pada penghujung tahun ini di TV9. Kalau ada yang follow Asyik di facebook dan Instagram mungkin dah tahu tentang hal ini. Tapi untuk mereka yang belum tahu, disini Asyik nak berkongsi serba sedikit tentang pengalaman menarik bershooting bersama Kash Pictures.

Bagaimana dapat join telemovie ini ialah bila kawan kepada Giorgio Izas yang bekerja di situ ingin menjemput blogger untuk turut serta dalam telemovie tersebut sebagai extra casting. Bukan free tapi dibayar. Berbaloilah juga unutk sehari bayarannya. Dapat pula berlakon bersama Pekin Ibrahin, Siti Saleha dan Tengku Nurhanis. Bila bertemu dengan artis ini kadang-kadang kita takut juga nak tegur sebab masing-masing ada sikap tersendiri yang kadang-kadang buat kita kurang selesa. Tapi bila berborak dengan Pekin Ibrahim, alahai dah macam kenal lama pula. Tak sombong dan nice sangat-sangat. Thank you Pekin sebab sudi melayan kitaorang yang baru mencari pengalaman ini.

Seramai 10 blogger yang dijemput menyertai casting telemovie ini. Nak tahu tahu lebih lanjut kenalah tengok gambar dibawah. Picture can explain everything.

Pekin Ibrahim dan Siti Saleha digandingkan dalam telemovie ini.

Masa ini datang untuk tengok tempat dan briefing sedikit sebelum bawa blogger lain datang ke lokasi. Lokasi bertempat di Empire Damansara.



Hari pertama shooting bersama Pekin Ibrahim.

Masing-masing menunggu sebelum shooting bermula. Dah sampai kemalam jadinya.

Baju ketiga Asyik untuk hari tesebut. 3 kali tukar baju tau. Penat rupanya jadi pelakon ini. Baru jadi extra casting.

Siti Saleha sebagai Bibah.

Lokasi yang sangat cantik.

Kami semua disuruh memakai pakaian formal seperti mahu ke pejabat.


Which one is the bos? hehe. Me me me.

Before start shooting. Nervous okay.

With Syafiqah dan Fana. Blogger yang turut serta.

Me, Fana, Syafiqah, Deq Noor dan Zura. Pelakon tambahan wanita.

Syafiq, Giorgio, Broframestone, Eazy, dan Syukri. Pelakon tambahan lelaki.

Alhamdulillah semua dapat merasai pengalaman sebagai pelakon tambahan. Terima kasih Kash Pictures. Nantikan telemovie Kisah Sebenar Bibah pada penghujung tahun ini di TV9. Boleh tengok muka Asyik dan blogger-blogger lain berlakon. kih2. Untuk gambar waktu berlakon Asyik tak boleh nak share semua. Kalau nak tengok boleh add Asyik di facebook Asikin Izas or Instagram @asyikizas.

Till Next Entry.
xoxoxo

Sunday, October 20, 2013

Look Post: Pastel Pinky Green

Assalamualaikum, 
Penat? Letih? Stress? Seronok? Semua itu Asyik alami minggu lepas. Sangat penat dan letih tapi dihujungnya sangat seronok. Seronok sebab dapat menimba satu lagi pengalaman yang memang tak mungkin dilupakan dan memang tak pernah terfikir pun untuk terlibat sekali. Yang itu kita simpan dulu next entry Asyik cerita panjang yer. Asyik bagi intro sikit jer. 

OOTD kali ini lebih kepada pakaian formal dan sesuai untuk ke pejabat. Shawl yang memang Asyik suka sangat ini dari Sugarscraf, Dress dari ThePoplook, Jacket unbranded, Flat Shoes dari Zalora dan bag unbranded. Dress dari ThePoplook ini ada ropol-ropol kat tepi yang membuatkan bila pakai rasa macam nak menari. Bak kata Syafiqah menari cacaca. hahaha. pun boleh. Tunggulah entry seterusnya yea. Lokasi Empire Damansara.




Till Next Entry.
xoxoxo

Monday, October 14, 2013

Nuffnang Food Fest 2013

Assalamualaikum,
Siapa kat sini yang pergi Nuffnang Food Fest tempoh hari? Banyak tak korang makan? Mesti bersepah tweet yang korang buat kan. Asyik pun sempat juga pergi. Kenyang betul dapat merasa macam-macam jenis makanan. Paling banyak minum air sebenarnya. Siapa yang tak dapat pergi itu memang rugilah. Thank you Nuffnang dan ChurpChurp untuk aktiviti yang sangat menarik ini. Idea yang sangat bernas untuk mempromosikan produk. #NNFoodFest

Nak minum air dari Chatime kena bergambar dan upload dalam Instagram. hehe. Senang jer.


Meet my blogger friend Miss Suzai.

Asyik sebenarnya mascot kedua untuk maggi. haha. Percaya? Kebetulan pula warna baju sama dengan maggi. Rasa macam taknak dekat langsung dengan khemah Maggi ini. Tapi apakan daya ramai yang suka bebenor makan maggi. *Pasrah

Dapat makan Durian Puff yang sedap.


Sedap sangat Cheese Cake ini. Dari humblebeginnings.com.my

Ice Cream sedap dari New Zealand Natural.

Giorgio Izas the gadget man. haha. Bersilang-silang dah beg dia.

Tengoklah khemah Maggi juga menjadi pilihan.Siapa lagi nak bergambar dengan mascot Maggi ini. Meh sini cepat. hehe

Berborak, bergambar, bergosip dan makan memang wajib kalau jumpa.

Sumo Onigiri yang sedap.

The crowd of the day. Ramai sangat.



Thanks Nuffnang dan ChurpChurp.

Meet Lina Zahrah sebelum masuk lepak dalam Sunway Pyramid, sebab dah kenyang dan panas kat luar.
Seronok dapat berborak. Nuffnang silalah buat event yang hebat macam ini lagi yea.

Till Next Entry.
xoxoxo

Sunday, October 13, 2013

Longkai

Assalamualaikum,
Pada 7 Oktober 2013 yang lalu Asyik berpeluang untuk menghadiri satu lagi pra-tonton filem terbaru dari MIG iaitu LONGKAI bertempat di e@curve Cineleisure. 

Longkai mengisahkan tentang geng-geng longkai (pemandu towtruck) yang sering berebut untuk mendapatkan mangsa di jalanraya. Eddie (Niezam Zaidi) dan Bada (Faizal Hussein) merupakan pasangan adik beradik longkai. Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik mereka ke bengkel Rima (Dira Abu Zahar), seorang wanita yang berjiwa kental dan lasak. Dalam diam sebenarnya Rima menaruh hati pada Bada walaupun Bada tidak pernah tahu perasaan yang disimpan oleh Rima terhadapnya.

Mojo (Along Eyzendy) dan Bayam (Mikail Andre) merupakan musuh kepada Eddie dan Bada sejak dahulu lagi akibat perebutan perniagaan longkai mereka. Mojo lebih rela mati dari bekerjasama dengan mereka. Namun adik perempuannya Suraya (Wawa Zainal) sengaja menempa bahaya kerana menjalinkan hubungan cinta dalam diam bersama Eddie.

Zarina (Erra Fazira) seorang wanita yang sering mengunjungi bengkel Rima membuatkan perhubungan Eddie dan Bada renggang dan membuatkan Rima mengesyaki apakah sebab sebenarnya Zarina muncul dalam hidup Bada. Kemesraan Zarina dan Bada juga mengundang cemburu kepada Rima.

Mojo pula semakin berdendam kerana setiap projek jahatnya tergendala disebabkan oleh Geng-geng Eddie. Mojo akhirnya meminta bantuan Naga (Zul Suphian), seorang taiko terkenal di ibu kota untuk membalas dendam. Ia bertambah menarik lagi, Naga juga mengambil kesempatan untuk membalas dendamnya terhadap Bada disebabkan oleh sejarah hitam dan persengketaan lampau mereka.

Adakah Eddie dan Bada akan terselamat? Siapakah Zarina sebenarnya? Jom beramai-ramai menonton filem aksi menarik ini yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 10 Oktober 2013. (Source: Giorgio Izas)



Antara blogger yang hadir.

Lan Zailan sebagai bapa tiri Erra Fazira.

Pihak media yang aktif mengambil gambar dan menemuramah.

Pelakon utama Longkai - Bada (Faizal Hussein)

Eddie (Niezam Zaidi)

Zarina (Atikah Suhaime) sebagai Erra Fazira waktu muda.

Man Raja Lawak pun ada.

Azwan Kombos sebagai Bada semasa remaja.





Dato' Eizlan Yusof pun ada. Peramah dan cepat mesra orangnya. Dah macam kenal lama pula bila berborak itu.

Update jangan tak update yea. Semoga filem Longkai dan Metrowealth terus berjaya dan mencapai box office sebab filem ini antara yang terbaik dari MIG.

Till Next Entry.
xoxoxo