Monday, July 29, 2013

Churpout Buka Puasa 2013 at Bijan Restaurant

Assalamualaikum,
Sudah tinggal lebih kurang 10 hari lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita dan bulan Syawal bakal menjelma. Sekejap pula rasanya. Masih belum puas menikmati bulan Ramadhan yang indah ini. Masih banyak lagi perkara yang belum sempat dilakukan, tetapi masa tidak menunggu kita jadi cepat-cepatlah kita gapai apa yang boleh selagi masih berada di bulan Ramadhan ini.

Yang terbaru Asyik mendapat jemputan dari ChurpChurp Malaysia untuk majlis berbuka puasa bersama dengan churpers yang lain. Bertempat di Bijan Restaurant, Kuala Lumpur. Suasananya seperti berada di sebuah kawasan yang indah. Nanti Asyik cerita lebih lanjut tentang Bijan Restaurant ini yea. 


Majlis ini juga menganjurkan aktiviti menderma untuk anak-anak yatim. Bawalah apa saja untuk didermakan kepada mereka. Any items yang berguna untuk anak-anak yatim. Baguskan macam ini.

Asyik pergi bersama dengan Fana. Sudi juga dia temankan Asyik untuk berbuka puasa bersama. Kitaorang sampai 2 ke 3 jam awal sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan. Sesampai kt Bijan Restaurant kitaorang berdua jea yang ada tak termasuk staff Bijan lah kan. Sebab lambat lagi event itu nak mula kitaorang pun apa lagi mestilah ambil gambar dulu. Sementara tak ramai ini ambillah gambar tanpa rasa segan dan malu. hehe

Yeayyyy.. Gambar depan restoran tanpa rasa bersalah pun. haha

Again again snap and snap with Churp Churp. Cuba cari mana gambar Asyik dalam churpchurp itu! Memang tak jumpalah sebab memang tak ada. hahaha

Tak sabar sebenarnya nak makan dan rasa makanan di Bijan Restaurant ini.

Ambillah sebanyak mana yang boleh sebelum bateri habis.


Yang ini dalam restoran sebab awal sangat sampai so duduklah dulu ambil mood nak berbuka puasa jap lagi. Tapi kat bawah meja ada ubat nyamuk. Pening pula bau asap itu. hadoii..

Akhirnya sorang lagi churpers blogger datang. Syafiqah. Baru tiga orang sampai. hehe


Foodsssss..
Register please! Kalau tak jangan masuk. Dah masuk, awal-awal lagi dah bergambar sakan kat depan itu. Nampak tak kitaorang bertiga kat depan itu. hehe

Blogger popular RedMummyDotCom dan keluarga pun ada.

Hello I'm Churper Asyik Izas. Picture credit to Fana.



   

Siap ada wishing tree. Tulislah apa yang patut kan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Belum raya lagi pun dah wish. Sapalah itu yang tulis.

Saat yang dinantikan ialah berbuka puasa dengan makanan yang enak di Bijan Restaurant. Tengoklah banyak tak kitaorang ambil. Penuh meja tau. 




Kitaorang memang suka candle light dinner ini. hehe. Banyakan makanan kitaorang. Yang penting habis semua. Sebab makanan dia memang sedap giler!


Serius sangat sedap!


Sambil kita berbuka puasa kami dihiburkan dengan persembahan dari Clement & Kristal!.

Lepas makan ada macam-macam aktiviti yang dilakukan. Masing-masing nak dapatkan hadiah dari ChurpChurp.

And ada orang itu sambut birthday dia. Surprise from his girlfriend tau. Comel giler. Satu restoran nyanyikan lagu Happy Birthday. Termalu pula dia..

His girlfriend Farah and Happy Birthday Fareez. Sweet giler diaorang ini.

More Games!

Red Mummy and Beautiful Nara pun kena join game yang seram ini. Seram sebab belon itu akan pecah bila-bila masa saja.

And last but not least Asyik menang voucher dari Bijan Restaurant sebab antara yang terbanyak post gambar dalam instagram tentang event hari itu. hehe. Sapa nak teman pergi makan sekali lagi ini? :)

   
With Red Mummy and Mira CikCit.

2 voucher Asyik dapat. Satu lagi itu Red Mummy yang bagi. Baiknya dia. hehe

Kad Raya pertama tahun ini dari ChurpChurp.

Dan ada gambar polaroid juga yea. Comel pula itu gambarnya.

Cari Asyik yang bertudung kuning. hehe

    

Till Next Entry.
xoxoxo

Saturday, July 27, 2013

Featured - Hijabista August 2013

Assalamualaikum,
Asyik ini tak habis lagilah cerita tentang majalah kesayangan. Tapi apa nak buat kalau dah minat yang itulah juga yang kita tatap selalu betul tak? hehe. Ada yang dah beli dan baca majalah Hijabista bulan Ogos 2013? Terketar-ketar Asyik ini pergi cari walaupun sebenarnya memang ada pun kat kedai yang biasa beli. Sebab risau majalah kesayangan  habis dibeli orang. Terukan tahap obses itu. hehe. Tapi obses ini berbaloi sebab ada juga pulangannya. Dapat masuk majalah lagi. Iyeaaa dapat masuk majalah lagi. Cewahhh, malu nak cakap tapi nak tunjuk kat korang juga. :-)

Cover Blogger Mira Filzah, selain model sekarang dah jadi pelakon tau.

Gambar Asyik kali ini full ok. Sorry gambar yang Asyik snap ini lighting tak cukup. Tu yang muka agak gelap sikit tapi di dunia nyata taklah gelap sangat. haha. Nak juga puji diri sendiri itu. Sorry lah kalau korang naik bosan baca entry yang macam ini selalu. Tapi apakan daya ini blog Asyik. hehe. Next time cerita lain pula yea.


Till Next Entry.
xoxoxo

Friday, July 26, 2013

Activa Double Action Mask - Review

Assalamualaikum,
Kulit muka berseri idaman semua gadis. Kulit kasar dan tak berseri siapa yang suka nak tengok. Diri sendiri pun rimas nak tengok kan. Asyik nak perkenalkan produk yang Asyik tengah guna sekarang ini. Dari dulu lagi selalu juga guna produk ini. Selalunya untuk menghilangkan bintik putih dan hitam yang selalunya banyak di atas hidung. Kasar jadinya bila tak buang. Korang jangan pula terkejut sakit jantung tengok gambar Asyik post kat bawah ini. Nanti tak pasal masuk hospital. hahaha. 

The Activa Double Action Mask consists of the Miracle White Black Peel-off Mask & the Activa Miracle Whitening Mask, specially formulated to give you smooth and soft skin for all your beauty needs.

Rich in natural ingredients, the Activa Double Action Mask helps to beautify yourself with great whitening effect and anti-aging effects that seek to smoothen wrinkles and fine lines.

Activa Double Action - Black Peel Off Mask with Oak Charcoal

- Penetrated into skin for optimum brightening results
- Draw out impurities, unclogs pores, tackling black heads, comedo and dead skin cells that accumulated with melanin
- Move toxin from skin , further providing you with smooth, clean and beautiful skin

Activa Miracle Whitening Mask

- Miracle white masque (enriched with mulberry extract)
- Clarify uneven skin tones, smoothen fines lines and wrinkles
- It protect the skin from harmful UV rays and pollutants



Activa Double Action - Black Peel Off Mask with Oak Charcoal. 1st gambar korang tengok scary tak?haha.. Nak pakainya just sapu jea sekeliling muka tapi jangan sapu pada bahagian kening dan mana yang berbulu yea. Nanti azab korang nak tarik mask itu. Tunggu sampai betul-betul kering baru tarik. Masa nak tarik mask keluar itu memang sakit sikit tapi hasilnya korang akan dapat kulit muka lembut dan hilang segala yang kasar di kulit muka itu. Best tau. Pakai towel jea tutup rambut, senang nak basuh kalau kotor terkena mask hitam itu. :p

Activa Miracle Whitening Mask. 2nd picture nampak bertambah scary. hehe. Yang ini bila pakai sejuk teramatlah muka, best sangat-sangat. Nyaman jer rasa sebab dia memberikan kesegaran pada kulit muka kita dan menghilangkan segala kedutan di muka malah bertambah lembutlah kulit muka kita. Buatlah selalu untuk hasil yang lebih baik. 


  
3rd picture. Yeahhh.. Kulit muka dah licin sikit dari biasa. Takdelah nampak kusam dan layu jer kecuali mata memang macam gitu tak cukup tidur kot. Tapi kulit muka terasa segar dan licin. Bolehlah keluar dengan muka yang cantik dan segar. Tak perlu nak makeup tebal lagi. hehe. Selamat mencuba.

Till Next Entry.
xoxoxo

Thursday, July 25, 2013

Hijab Fesyen - Edisi Pertama

Assalamualaikum,
Hijab Fesyen - versatil dan kontemporari majalah terbaru di pasaran yang diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn. Bhd menaruhkan harapan yang tinggi agar dapat bersaing dengan majalah yang sedia ada yang sememangnya hebat belaka. Hijab Fesyen pengisiannya segar dan agak matang dalam membicarakan tentang fesyen dan kecantikan. Banyak juga isu-isu menarik yang dijadikan tatapan untuk pembaca yang gemarkan fesyen dan gaya yang lebih comel dan menawan. Harganya RM9.00 untuk semenanjung Malaysia dan RM7.00 untuk Singapura/Brunei. Kalau ada yang berkenan untuk membeli majalah ini silalah dapatkan di pasaran. Sekarang dah ada Edisi Kedua.

 Edisi Pertama cover depan Dato' Siti Nurhaliza.



Ramai juga blogger yang terkenal dalam majalah ini.







Blogger Sabrina dari Sabby Prue pun ada. Yang sebelah kiri itu.

Visit FB : HIJAB FESYEN

Till Next Entry.
xoxoxo

* Perhatian untuk semua kengkawan, dalam masa terdekat ini Asyik akan adakan satu lagi giveaway untuk pembaca blog Asyik Maiburogu. Yang ini ditaja oleh salah satu produk kecantikan yang popular di Malaysia. Tunggu yea.