Sunday, June 30, 2013

Despicable Me 2 (3D) - Review

Assalamualaikum,
Pada 26 June 2013 Asyik dapat tiket wayang free dari ChurpChurp. Dapat tengok di TGV Sunway Pyramid. Seronok tak terkata sebab memang nak sangat tengok movie ini. Asyik dah tengok Despicable Me yang pertama dan terus jatuh hati dengan cerita ini. Despicable Me 2 lebih lagi menarik dengan jalan cerita yang kelakar, comel, penuh dengan kasih sayang dan yang paling suka sebab ada banyak minions yang nakal giler. hehe. Nakal tapi comel.

Minions yang nakal. Cakap bahasa apa pun tak faham tapi boleh buat orang ketawa.



Bila dapat tengok 3D teramatlah seronok. Waktu tengok movie tu terasa nak pegang-pegang jea objek yang ada dalam filem itu. Terasa dekat betul dengan diri kita. Seolah-olah memang wujud di dunia nyata. hehe. Asyik memang 100% recommend pada korang semua supaya tengok movie ini. Tak rugi kalau tengok sebab seronok betul. 

Ticket and button badges yang Asyik dapat dari ChurpChurp.

Cermin mata 3D pun boleh bawa balik sekali. hehe.

Review Film


In Despicable Me 2, Steve Carrell reprises his role as Gru, the bad guy turned good. The film begins with him celebrating the birthday of Agnes, the youngest of his three adopted daughters, by throwing a party which does not go as planned.

He is soon recruited by the Anti-Villain League following the theft of a research facility that is developing a mysterious serum. He must use his ingenious criminal mind to help find the culprit before any despicable deeds can come from the use of the potion.

While trying to solve the case and capture the criminal — as if that wasn't enough — he must also contend with his eldest daughter developing her first crush, Agnes longing for a mother, and the unwanted amorous attention of his neighbours.

With many of the original cast returning to their roles, including Russell Brand (Dr Nefario) and Miranda Cosgrove (Margo), the characters are well developed from the original, while newcomers Ken Jeong (Floyd EagleSan) and Steve Coogan (Silas Ramsbottom) stop the plot from becoming stale.

Despicable Me 2 takes the better attributes of the original and leaves it trailing in its wake. The creators (Illumination Entertainment) utilise Gru's little yellow minions to brilliant comedic effect, resulting in them stealing a large portion of scenes.

The animation is brilliant, and the many James Bondesque gadgets are brought to life with faultless 3D imagery. Despicable Me 2 is definitely a must-see film and one of the best of the year so far. It will leave children and adults laughing long after the credits have rolled.


.
.
.
.

What I'm Wearing



Till Next Entry.
xoxoxo

Floria Putrajaya 2013 - Part 2

Assalamualaikum,
Seperti yang dijanjikan akhirnya dapat juga Asyik post entry Floria Putrajaya Part 2. Yeayyy laptopku dah kembali sihat. Kali ini semuanya adalah bertemakan Magic of the Night. Berwarna warni dan meriah. Dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan 2013.

Acara pembukaan. Dihidangkan dengan percikan bunga api.

Kemeriahan yang berwarna-warni.

Acara yang dinantikan adalah Float berhias.

Float yang pertama dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Float kedua pula adalah penyertaan dari negara luar iaitu China.


Float yang ketiga pula dari negeri Perak.




Float yang keempat dari Johor.

Float yang kelima dari Perbadanan Putrajaya. Asyik rasa yang ini paling cantik.

Air Ballon tu semua bergerak.


Rama-rama pun bergerak. Memang cantik.


Float ke enam adalah Melaka.

Float ke tujuh dari Negeri Sembilan.


Float yang ke lapan dari Pahang.


Float ke sembilan dari Perlis.


Float ke sepuluh dari Langkawi. Pelik juga kenapa bukan Kedah.

Float ke sebelas dari Sabah.



Float ke dua belas dari Sarawak.

Float ketiga belas dari Terengganu.

Float yang terakhir adalah dari Tourism Malaysia.


Itu jea float yang ada. Persoalannya kenapa Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tak ada. Kecewa tunggu tapi tak keluar.


Till Next Entry.
xoxoxo

Wednesday, June 26, 2013

Laptopku sayang

Assalamualaikum,
Asyik tak sabar sebenarnya nak berkongsi entry sambungan floria putrajaya part 2 tapi laptop Asyik sekarang tengah buat hal. Masalah utamanya ialah charger laptop rosak dan langsung tak berfungsi. Jadinya tak boleh nak on laptop langsung. So Asyik boleh update melalui note jea sekarang. Maybe esok atau lusa baru boleh update blog dengan propernya. Jadi harap korang bersabar yea. Huhu. Sedih tau tak boleh nak update blog seperti biasa. 

Banyak kerja terpaksa ditangguh dulu sebab laptop tak boleh nak on. Guna note tak sepuas seperti guna laptop. Asyik nak upload gambar dalam blog pun tak tahu kenapa tak boleh sekarang ini. Huhu. Bersabar jeala wahai hati. Korang semua tunggu update dari Asyik yea lepas ini. Banyak betul cerita nak cerita kat korang semua. Btw Alhamdulillah akhirnya hujan juga. Semoga jerebu akan hilang dan udara yang kita nikmati semakin baik.



Till next entry.
xoxoxo

Sunday, June 23, 2013

Floria Putrajaya 2013 - Part 1

Assalamualaikum,
Siapa disini yang sukakan bunga dan hiasan laman yang kreatif? Kalau suka entry ini sesuai untuk anda kerana terdapat banyak ilham dan idea yang menarik yang boleh anda gunakan. Semalam bermulanya Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2013. Festival ini berlangsung dari 22 Jun - 30 Jun 2013. Asyik dah pergi semalam. Memang sangat cantik bunga-bunga yang terdapat disana. Entry ini memang banyak gambar jadi jangan ada yang termuntah bila tengok. hehe. Ini baru Part 1. Next entry Part 2 Asyik akan kongsi suasana di waktu malam pula. So enjoy dengan gambar yang Asyik sediakan yea.

Semua bunga ini sangat cantik. Bawa balik rumah boleh? hehe

Asyik berangan macam berada di luar negara. Malaysia pun ada tau. Cantik sangat-sangat semua bunga ini.


Taman Inovasi.

Geramnya tengok. Cantik betul ciptaan Allah S.W.T.




Ada orang itu nak ambil bawa balik ke rumah. Haippp..nanti kena marah Giorgio Izas. Jangan cabutlah.. hehe

Bermacam dekorasi ada. Memang hebat semuanya.

Kalau ada laman macam ini kat rumah kan best. hehe



Di taman ini pula hiasan yang digunakan adalah dari barang kitar semula seperti tin dan plastik. Hasilnya memang mengagumkan.




Idea yang diperolehi dari ketam rasanya. Sebab dekat atas ranting merah itu ada ketam besar.







Asyik sangat suka bunga. Cantik dan berwarna-warni. Kalau nak tengok yang lebih berwarna-warni dan meriah tunggu entry Floria Putrajaya 2013 Part 2 pula yea. Asyik tengah meng'edit' gambar lagi. Banyak sangat sampai susah nak pilih.

Till Next Entry.
xoxoxo


Last but not least jangan lupa undi Asyik. Today is the last day untuk korang vote Asyik Maiburogu.