Sunday, March 31, 2013

Another Happy Day

Assalamualaikum,
Cuaca hari ini dan hari-hari yang lepas dalam bulan ini sangatlah cerah dan panas sentiasa. Seronok kalau cuaca cerah, sidai baju cepat kering tapi sebenarnya berpeluh-peluh dalam segala lipatan lemak yang ada. haha. Baju kena selalu tukar kalau tak habis ber'ruam' (bukan beruang yea) badan sebab peluh. Jadi selalulah mandi yea tak pun dok bawah 'air-cond' jea.


Hari ini Asyik pergi tengok mak kat hospital lagi. Alhamdulillah mak Asyik semakin sihat cuma perlu banyak rehat. Di hospital mak Asyik banyak buat fisioterapi untuk memulihkan anggota badan yang tak berapa nak berfungsi dengan baik. Harap cepat baiklah. Tak sabar nak bawa mak balik ke rumah.


Pemandangan dari hadapan rumah. Cerah dan cantik.




Balik dari hospital jea makan potato bread dengan strawberry jam and butter. Untuk makan malam ini. huhu. Rindu masakan mak.

Till Next Entry.
xoxo

Saturday, March 30, 2013

Look Post: Sweet Blue Black

Assalamualaikum,
Lama betul mengadap entry ini, Asyik tak tahu nak explain apa. Sebab hari ini seperti sangat menyedihkan. Mak tersayang masih lagi kat hospital. Demam dan masih tak sihat. Buat check up satu badan untuk tahu kalau ada penyakit yang tak diketahui sebelum ini. Dah hampir 3 hari mak Asyik kat hospital. Sunyi pula mak takde kat rumah. Selalunya mesti dengar dia membebel. hihi. In Shaa Allah esok boleh keluar dah kot. *hope bolehla. 


Untuk outfits hari ini Asyik memakai baju yang dihadiahkan oleh mak Asyik. Simple tops but comfortable enough. Wearing with black bag from Bonita and bracelet from kedai India zaman sekolah dulu. Haha. Dulu Asyik suka beli gelang dari kedai India. Nampak sangat cantik bila tengok gadis-gadis India pakai sebab so colorful. Tapi yang tak bestnya mudah patah. And shoes from Esarli. Don’t forget to wear sock to cover your feet. That it for outfits.








Balik rumah tengok dalam peti ais ada Strawberry. Asyik rasa lepas ini kena makan banyak sikit buah-buahan dan sayur-sayuran. Kekurangan zat sekarang ini dari dua kategori tersebut. Haha. Dan tak lupa sebelum balik rumah tadi singgah kat 7Eleven untuk cari majalah EH! Covernya Scha Alyahya. Terlepas nak beli yang sebelum ini covernya Fazura. Minat dua orang artis ini. Both sangat gorgeous. Dan lagi dapat kad kahwin dari kawan Asyik. Memang wajib pergilah ini. In Shaa Allah Nana yea. Dah janji aritu, siap dia dah warning kalau tak pergi merajuklah dia. Itu jealah untuk hari ini.





Till Next Entry.
xoxo

Tuesday, March 26, 2013

Instagram #5

Assalamualaikum,

Pemandangan cantik dari atas Bukit Bendera, Penang.

Favourite channel now #afc #kbs world

Pau goreng dan Burger bakar

Laluan keretapi ke Bukit Bendera, Penang






Till Next Entry.
xoxo

Sunday, March 24, 2013

DIY: Magic Hanger

Assalamualaikum,
DIY yang Asyik nak tunjuk ini sangat simple dan mudah. Kalau sesiapa yang suka sesuatu yang lain daripada yang lain untuk dihiaskan didalam bilik mungkin boleh cuba DIY yang mudah sangat ini. 

Barang yang diperlukan hanya hanger dan penyepit baju. Ambil jea mana-mana hanger yang korang rasa dah taknak guna atau banyak sangat hanger itu dalam bilik bolehlah digunakan. 

Penyepit baju pula pastikan yang besar jangan terlalu kecik nanti tak menjadilah DIY ini. 

Hanger yang korang ada itu kalau dah nampak macam buruk korang boleh lilit atau balut jea dengan reben, terpulang pada korang nak lilit dan warna yang macam mana. 

Selepas itu korang boleh sediakan sebanyak mana aksesori yang korang suka untuk digantung nanti.

Ini salah satu contoh barang yang korang boleh gantung kat hanger itu nanti.

Tadaaaa..macam inilah hasilnya. Cantik tak?haha. Untuk menghias bilik yang mempunyai lebihan hanger bolehlah ikut macam ini. Simple kan. 

Gantung jea kat mana-mana yang korang suka. Letak dan sepit jeala pape yang korang nak untuk dijadikan sebagai hiasan. hihi. Senangkan. Bilik pun cantik dan hanger yang penuh dalam bakul itu tak terbiar macam itu jea kan. 

Selamat Mencuba.
Till next entry.
xoxo

Saturday, March 23, 2013

Hijabista April 2013

Assalamualaikum,
Happy March. Macam-macam perkara yang baik datang malah rezeki alhamdulillah semakin bertambah. Walaupun ada juga yang tak berapa enak dihadapi tapi masih boleh tersenyum kerana hal-hal yang kecil sebegini. Sebagai contoh macam gambar kat bawah itu lah. Memang dah tak ingat yang Asyik pernah jawab satu soalan dari facebook hijabista magazine. Memang tak ingat langsung. Tiap-tiap bulan wajib untuk Asyik beli majalah Hijabista. 

Sejak dari edisi pengenalan lagi Asyik dah mula beli dan kumpul majalah ini. Tapi edisi bulan April 2013 ini tak sangka pula ada terselit gambar Asyik sekali kat dalam itu. Walaupun kecil jea tapi seronok juga. haha. Siap nama penuh lagi itu. Memang kelakar. Terima kasih untuk Hijabista Magazine. Asyik memang suka baca dan tengok info-info di dalam majalah ini. Banyak membantu dalam kehidupan seharian.

Cewah, ayat bukan main lagikan.

Kardigan vs Kot. Korang suka yang mana?

Koleksi majalah Hijabista Magazine Asyik dan novel-novel kat belakang itu.

Gambar kat bawah ini pula sebenarnya saja jea. takde idea dah nak cakap pastu nak sharelah sikit aktiviti dalam instagram Asyik. Korang mesti akan cakap 'ala ntah pape jea Asyik ini, benda macam itu pun nak share' haha. tak kisahlah nak share juga. hihi

Aliazekri828 tu sebenarnya Aliah Lee. Tak sangka pula dia nak balas and tag balik instagram Asyik dan dia siap follow instagram Asyik pula itu. Terima kasih akak cantik Aliah. Dia memang sangat cantik dan baik. Pernah jumpa aritu manis orangnya. Macam anak dara lagi ok. Bertambah cantik sebab bertudung. hihi

Itu jeala untuk kali ini. Nanti Asyik update lagi yea entry baru.
Till next entry.
xoxo

Tuesday, March 19, 2013

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Assalamualaikum,
Akhirnya selepas dah banyak kali rancangan nak ke Bukit Bendera terbengkalai akhirnya semalam dapat juga Asyik menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. dari rumah Asyik nak ke Bukit Bendera rasanya mengambil masa dalam sejam. Taklah jauh sangat tapi sebab Asyik naik feri untuk ke seberang itu yang lambat sikit. Sesaje berjalan sebab dah lama tak ke pulau. Asyik pergi bersama dengan mak dan adik. 

Dulu ingatkan nak ke Bukit Bendera masih lagi menggunakan kereta kabel macam yang kita naik kalau nak ke Genting Highland tu tapi rupa-rupanya dah bertukar dengan keretapi. Keretapinya pendek jea tapi nak naik ke atas itu curam betul dan tinggi. Tapi Asyik rasa lagi selamat dari naik kereta kabel kot. hihi.

Suasana kat atas Bukit Bendera itu memang sangat best. Udaranya segar dan permandangannya sangat cantik. Kita boleh lihat sebahagian dari Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera. Memang sangat cantik, malah kita boleh nampak Laut yang sangat luas dan bahagian semenanjung yang nampak lapang jea. Serius memang kagum dengan kekuasaan Allah S.W.T. Cantiknya memang tak boleh dibuat oleh kita manusia.


Ada banyak benda menarik kat atas Bukit Bendera itu. Salah satunya tentulah permandangan yang cantik. Ramai juga pelancong asing yang datang ke situ untuk bergambar. Ada tempat makan yang menjual makanan yang sedap. Owl Museum pun ada. Nak bergambar dengan ular pun boleh tapi Asyik takkan pernah nak cuba. haha. Takutttt. Selain dari itu ada juga hotel dan restaurant untuk sesiapa yang teringin nak menginap kat Bukit Bendera. Sejuk tau kat atas itu. Tapi taklah sesejuk kat Genting Highland.

Harga tiket untuk ke Bukit Bendera murah jea. Rm8 untuk naik dan turun ke bawah semula. Kalau untuk senior citizen pula kalau tak salah lagi murah. Tempatnya memang menyelesakan. Sampai terasa nak ada rumah kat atas itu. Petang-petang boleh lepak-lepak sambil tengok matahari terbenam. Menarikkan. Kalau ada yang teringin nak ke Penang. Asyik rasa Bukit Bendera salah satu tempat yang korang boleh pergi. Nak guna public transport pun sangat mudah. Teksi dan bas rapid memang sentiasa ada. Last sampai pukul 10 malam. Lagipun Bukit Bendera pun tutup pukul 10 malam. Jadi memang takkan ada masalah untuk kesana.

Sampai kat sini jeala Asyik membebel. Kalau ada nak tanya tentang Bukit Bendera boleh tinggalkan komen yea. hehe. Jom tengok gambar Asyik kat sana.

































Till Next Entry.
xoxo