Saturday, February 23, 2013

Instagram Life #2

Assalamualaikum,
Selamat menjamu selera. :)







Instagram:
@asyikizas

Segmen : Permulaan Perjalanan Blog Saya

Assalamualaikum,
Terima kasih Nazirah sebab tag blog Asyik untuk join segmen ini. Dah lama tak join mana-mana segmen yang kengkawan buat. 

Cara buat entry ::

1. Nyatakan nama blog korang?
Asyik Maiburogu means Asyik My Blog or Asyik punya Blog.
Maiburogu in Japanese maksudnya My Blog. So dah tahu kan kawan-kawan..

2. Tarikh mula blogging?
2 February 2010 tapi bergiat aktif dalam bulan April.

3. Kenangan manis & pahit semasa berblog?
Kenangan manis sepanjang ber'blog' bila followers makin meningkat dan ada yang sudi baca dan komen pada entry yang Asyik buat. haha. Kenangan pahit bila gambar dalam blog, Asyik terdelete melalui Google+ habis semua entry yang dulu gambarnya keluar tanda X. huhu

4. Idola korang masa mula berblog?
Idola tak sure tapi Asyik suka tengok blog fesyen. Pastu suka tengok blog yang suka buat contest. Sebab nak dapat hadiah free. hihi

Nak join klik SINI.

Tag:
http://aisyahsriaiman.blogspot.com
http://nurulhusnakhai.blogspot.com

Friday, February 22, 2013

Sakit Gigi

Assalamualaikum,
Korang semua sihat? Asyik kurang sihat sangat ini. huhu. Menahan sakit tahap melampau dah ini. Rasa macam nak penampar jea pipi sendiri sebab sakit sangat. Sakit gigi memanglah sakit sangat sampai malas nak buat pape pun. Nak jea tidur tapi tak boleh nak tidur sangat pun sebab berdenyut-denyut sakitnya. Selalu sangat dah sakit gigi ini tapi pergi jumpa doktor mesti dia cakap takpe makan ubat dulu pastu dah baik baru datang balik untuk cabut. 


Tapi bila dah baik Asyik pergi balik jumpa doktor dia akan cakap buat apa nak cabut kalau tak sakit. warghhhhhh..geramnya. Hari itu cakap datang balik bila dah baik datang untuk cabut tapi apa sudah jadi wahai doktor! Sekarang dah menjadi balik ini. Dah bengkak habis pipi ini. Dari semalam menahan sakit. Dah makan panadol tapi makin teruk pula rasanya. 


Siap buat research lagi macam mana nak hilangkan sakit gigi. Salah satu caranya ialah berkumur dengan air garam. Mak Asyik siap tolong buatkan lagi air garam itu. Biasalah bila sakit ini terlebih manja sikit. Tapi sekejap jea rasa berdenyut itu hilang lepas itu sakit balik dan masin dalam mulut sedap sangat kannnn! 


Hari ini makan bubur nasi yang dimasak oleh mak jea. Itu pun telan terus langsung tak mengunyah sebab tak suka kalau terselit kat gigi hujung yang sakit itu. Semua telan jeala kalau nak makan. Petang ini makan roti chocolate gardenia tapi nak mengunyah itu azab betul, kunyah sikit telan terus jea. Semata-mata untuk makan ubat jea.


Dah macam-macam ada dalam fikiran ini. Rasa nak cabut sendiri pun ada. Dah terfikir macam mana nak cabut sendiri. Lilit benang kat gigi pastu terus tarik ke nak guna playar (betul ke sebutan tu) untuk cabut gigi. Pastu check balik gigi terus hilang rasa nak tarik sendiri sebab nampak gigi itu pendek jea lagi, macam mana nak tarik. Nanti terkoyak gusi-gusi yang ada. Warghhhhh..sedih, pedih sangat ini. Nak pergi cabut gigi juga ini. Dah tak tahan kalau sakit lagi lepas ini.


Mak tolong yea esok kita pergi klinik atau hospital. Kena juga pergi sebab dah tak tahan ini. Menangis sorang-sorang ok. Malu nak tunjuk kat orang lain. huhu.. hilanglah cool itu kalau tunjuk. Tapi esok kena pergi cabut gigi. Harap lepas ini boleh update blog tanpa rasa kebas dan sakit gigi lagi. huhu
Till next entry.
xoxo

Wednesday, February 20, 2013

Kes Penderaan Kanak-kanak

Assalamualaikum,
Tiba-tiba malam ini tergerak hati nak bercakap tentang kes penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Semuanya betul-betul menyakitkan hati bila tengok. Kenapa masih ada orang-orang yang macam ini. Dah hilang ke akal yang diberikan oleh Allah S.W.T. tu sampai sanggup buat perkara yang tak elok pada kanak-kanak yang langsung tak boleh nak melawan dan berkata apa-apa tu. Mana hilangnya sifat perikemanusiaan yang sepatutnya ada pada setiap insan yang bergelar manusia.

Yang terbaru tentang kes adik Hareez yang didera oleh pembantu rumah yang memang langsung takde otak dan dah hilang akal sampai sanggup buat perkara macam itu pada bayi yang baru berusia 4 bulan. Tak sanggup nak tengok apa yang pembantu rumah itu lakukan pada adik Hareez. Sedih tak terkata. 

Berita terbaru yang Asyik dapat pembantu rumah tersebut dah dikenakan hukuman penjara 20 tahun tapi Asyik rasa macam tak cukup jea hukuman itu, biar dia pula dibaling-baling macam bayi yang dia buat itu. Apa pula dia rasa. Geram betul bila memikirkan kes-kes macam ini.

Bila banyak terjadinya kes macam ini membuatkan Asyik risau memikirkan masa depan bila suatu hari nanti dah berkeluarga dan ada anak sendiri. Takut sangat kalau terkena pada diri sendiri ataupun pada ahli keluarga yang lain. Apa tindakan yang patut kita buat supaya perkara macam ini tak terjadi? Apa penyelesaian yang terbaik untuk kita lakukan. 

Kadang-kadang keadaan memaksa kita untuk mengambil pembantu rumah. Pembantu rumah pula banyak pula hal nya. Kalau dapat yang bagus memang alhamdulillah tapi kalau dapat macam yang terjadi pada adik Hareez itu macam mana kita nak buat. Serba salah jadinya. 

Jadi Asyik rasa agensi yang menguruskan tentang pembantu rumah ini sepatutnya mengambil satu inisiatif dan memikirkan bagaimana nak menyelesaikan perkara ini. Mereka sepatutnya lebih berhati-hati dalam pemilihan pembantu rumah sebelum diberi kepada mana-mana keluarga yang memerlukan. 

Selidik dulu latarbelakang mereka sebelum diambil bekerja, jangan main ambil jea. Sebelum tamak memikirkan keuntungan fikirkan dulu nyawa-nyawa yang mungkin akan menjadi mangsa kalau pembantu rumah yang diberi takde otak dan akal macam pembantu rumah yang gila itu. Fikirkan kalau perkara tersebut terjadi pada salah seorang ahli keluarga kamu. Ambil tindakan sebelum terjadi perkara yang lebih teruk. Kasihani pada kanak-kanak ataupun sesiapa sahaja yang tak mampu nak melawan itu. Akal masih ada tolong gunakan dengan sebaiknya.



Mari kita doakan semoga adik Mohamed Hareez Mohd Zamri cepat sihat dan sembuh seperti biasa dan doakanlah kepada semua kanak-kanak yang ada dimuka bumi ini semoga mereka dilindungi Allah S.W.T. dari segala kejahatan dan niat tidak baik orang yang tidak bertanggungjawab.
Till next entry.
xoxo

Tuesday, February 19, 2013

Bloglist Asyik

Assalamualaikum,
Kadang-kadang rasa bosan tak tahu nak buat apa dirumah. Al-maklumlah Asyik sekarang belum bekerja full time, baru habis belajar katakan. Tunggu konvokesyen bulan tiga ini barulah excited sikit nak bekerja. 

Disebabkan takde kerja yang menambah ilmu untuk dibuat buat masa sekarang jadi Asyik terfikir apa salahnya kalau Asyik buat senarai blog yang pernah singgah dan komen pada blog Asyik. Lagi mudah untuk Asyik buat blogwalking dan kengkawan pun boleh guna kalau nak buat blogwalking melalui bloglist yang Asyik buat itu. 

Korang boleh tengok pada sidebar Asyik sebelah kanan ada group fashionista, princess, prince and boutique. Buat masa sekarang bloglist itu jeala yang Asyik selalu buat blogwalking jadi Asyik rasa macam nak tambah lagilah senarai bloglist pada blog Asyik ini. Lagi meriah dan seronok nak baca.


Untuk itu korang boleh tinggalkan link blog korang kat komen dibawah jadi Asyik boleh letak pada bloglist di blog Asyik. Bersama-sama kita boleh buat blogwalking yea. Dan lagi satu boleh menambah follower di dalam blog masing-masing. Bestkan macam itu semua dapat faedahnya dan dengan setiap entry yang kita baca dapat kita menambah ilmu. Jangan lupa tinggalkan link blog korang yea. 

Till next entry. xoxo.

Sunday, February 17, 2013

Quotes #Pedas

Assalamualaikum,
Sekadar renungan dan pengajaran buat semua. Semoga kita dijauhkan dari perkara yang tidak elok.

Source: From fb kawan Asyik.

Saturday, February 16, 2013

Friday, February 15, 2013

Look Post: Green Dinner

Assalamualaikum,
Last night dinner Asyik wearing something green. To look fresh and comfortable Asyik combined with pink shoes from Vincci. Simple outfits to get more confident in front of people.


      

Till next entry.
xoxo

Thursday, February 14, 2013

Awesome Family Day

Assalamualaikum,
Last week Asyik ada cerita tentang Asyik ke KL untuk ambil baucer buku kan. Boleh baca kat SINI. Sambil ambil baucer buku sambil berjalan-jalan dengan keluarga sebab cuti Chinese New Year kan. Tak sangka pula keluarga sebelah abah Asyik pun datang untuk bercuti juga. Jadi semua berkumpul di rumah adik Asyik di Sri Kembangan. Memang dah lama sangat tak jumpa dengan sepupu sebelah abah ini. Waktu raya tempoh hari pun tak sempat nak berjumpa sebab ada yang terpaksa bekerja. Tapi alhamdulillah dapat berjumpa kali ini dan mengeratkan silaturrahim. 

Bila keluarga datang tempat wajib yang ramai orang nak pergi ialah Putrajaya. Asyik memang selalu sangat dah ke sana sebab dekat dengan rumah adik jadi temankan jeala yang mana belum pernah sampai ke Putrajaya. Mula-mula kitaorang pergi ke Masjid di Putrajaya. Semua nak bergambar kat situ dan masing-masing ambil peluang untuk bersolat di sana. Tempat yang seronok untuk singgah. Tengok gambar kat bawah dulu dan Asyik akan sambung bercerita melalui setiap gambar.



Masjid Putrajaya.



Mak, Asyik dan adik bongsu Atikah.





Selepas selesai bergambar dan solat di Masjid Putrajaya kitaorang bertolak ke PICC ataupun Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Pemandangan dari PICC sangat cantik. Asyik pun tak nak lepaskan peluang untuk bergambar disini. Kalau waktu malam di PICC ini meriah dengan lampu yang berwarna-warni.  



Bakal adik ipar dan mak Asyik.


Sepupu dan adik Asyik.

Bersama keluarga sebelah Abah.

Bersambung pula selepas ke PICC Asyik ke Masjid Besi ataupun Masjid Sultan Mizan di Putrajaya. Bergambar di tepi tasik dan masuk sekejap ke dalam masjid.



Selesai di Masjid Besi semua dah penat dan nak berehat. Malam Asyik ke Uptown The Mines. Asyik ikut jea sebab yang nak pergi itu orang lain. Nak tengok tempat katanya. Takpelah kita bawa jea. hihi
.
.
.
.
.
Untuk hari kedua pula Asyik ke One Utama. Singgah di kedai buku dan berjalan sambil bergambar kat dalam One Utama sekejap. Yang lain-lain macam dah penat nak pusing OU yang besar itu jadi selesai di OU terus ke Taman Tasik Shah Alam. Sebab ada budak-budak yang mengikut sekali jadinya tahu nak main jeala. Bawalah pergi ke Taman Tasik Shah Alam. Berehat sambil makan-makan kat tasik. Tapi cuaca tak berapa mengizinkan, sekejap jeala kat tasik itu sebab dah hujan. Lepas itu terus balik ke Sri Kembangan. Macam itulah ceritanya untuk dua hari bersama keluarga pada CNY. hihi. Hujung bulan ini pergi sana lagi untuk shopping di Big Bad Wolf Book Sale. Tak sabar nak beli buku guna baucer buku. haha. 



With mak kat OU.



Bukan kereta Asyik. Bergambar jea lebih. haha

Di Taman Tasik Shah Alam.
Till next entry.
xoxo