Friday, December 13, 2013

Miss You Cameron Highland

Assalamualaikum,
Cameron Highland antara salah satu tempat yang Asyik suka kalau nak pergi bercuti dalam Malaysia. Tempat sejuk dan cantik. Yang penting udara nyaman jer. Tambah pula kalau dapat beli bunga-bunga yang mekar harum yang dijual fresh kat sana. Best oooo.. Bila pula dapat peluang macam cuti tempoh hari. Lepas balik ke Penang waktu cuti raya apa ntah, sebelum balik KL singgah Cameron Highland.

Memang tak plan langsung nak ke Cameron Highland tapi ada orang itu suka buat surprise. Dari rumah family Asyik kat Penang bertolak dalam tengah hari, esoknya Asyik dah kerja. Jadi sempat pergi sekejap jer Cameron Highland. Dalam perjalanan nak ke KL, Asyik memang tidur ajer. Konon nak simpan tenaga esok nak kerja. haha. Tidur nyenyak bukan main, bila buka mata nampak jalan macam lain jer, tak macam highway pun. Mata tutup balik, tengah fikir sorang-sorang. Mana pula Giorgio ini nak pergi kan. Nampak jalan ini macam nak ke Cameron Highland jer. Haishhh biar betul.

So, pura-pura tidur lagik. Sampai dah bosan pura-pura tidur, bangun buat muka tak tahu pape. hehe. Pastu tanya nak ke mana ini? Giorgio pula jawab SURPRISE!!! kita pergi Cameron Highland. Alasan dia boleh ke sini sebab jalan jammed teruk kat highway. haha. Asyik pun pura-puralah YEAYYYYY..Cameron Highland...wehuuuuu...kah3.. padahal dalam hati dari tadi dah seronok gilahhh..

Tempat pertama yang disinggah. Memang selalu akan singgah sini kalau datang Cameron Highland.

Ambil gambar sikit buat kenangan datang pertama kali bersama ke Cameron Highland. haha


Kitaorang terlama sangat kat sini sampaikan banyak kedai dah tutup kat tempat lain.

Sempat masuk kat sini jer. Nak ke Strawberry Farm dah tutup. Nak beli bunga pun dah takde. huhu. Tengah plan nak datang lagi ini.

Malam pula hujan. Makan dulu steamboat kat Hotel Titiwangsa sebelum gerak balik ke KL. Bestttt. Banyak sayur kat sini. Tapi kenyang melampau juga. Rindu pula nak ke sana lagi. Cameron Highland tempat syokkk kalau nak bercuti. Sekejap pun jadilah. hehe

Till Next Entry.
xoxoxo

8 comments:

  1. Ha3... Supriseeee... Mmg jalan Jammed teruk hari tu... Drebar dh xlarat nk tekan pedal Brake... itu yg tibe2 nk releasekn kepenatan kt Cameron Highland... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe,,terima kasih..lain kali kita pergi lagi yea..:)

      Delete
  2. Bestnya, azwar dah lama tak pergi Cameron.. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyik pun nak pergi lg nanti..bestkan cameron..:)

      Delete
  3. Haaaa memang best sangat9..kite pun baru lepas gi sane..masih terase lagi angin cameron..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya...mmg seronok kalau dpt pergi lg..:)

      Delete