Skip to main content

The Hunger Games: Catching Fire

Assalamualaikum,
The Hunger Games one of the best movies yang sempat Asyik tengok pada tahun ini. Cuma sedikit kecewa dengan endingnya yang tergantung. Tapi sudah pasti bila filem yang tergantung jalan ceritanya akan ada sambungannya nanti. Kita tunggu dan lihat. Asyik tengok movie ini di Paradigm Mall pada Ahad lepas bersama Giorgio. Sebelum tengok movie singgah makan dulu di UncleK. Boleh tahanlah makanan kat situ. Mungkin nampak hebat sebab dalam Paradigm Mall. hehe. Jom baca sedikit sinopsis The Hunger Games : Catching Fire ini.

Nasi Arab menjadi pilihan. 

Sinopsis


Selepas memenangi pertandingan ‘Hunger Games’ yang ke-74, Katniss Everdeen dan Peeta Mellark pulang ke rumah masing-masing yang terletak di ‘District 12’ , daerah yang paling miskin di negara Panem. Sebelum tibanya hari jelajah bagi pemenang ke setiap daerah-daerah lain, Katniss Everdeen telah dikunjungi oleh Presiden Snow secara mengejut. Tindakan Katniss pada penghujung pertandingan menimbulkan rasa marah pada Presiden Snow yang menyifatkan itu satu tindakan mencabar Capitol dan mampu membangkitkan pemberontakkan dikalangan penduduk-penduduk di daerah-daerah lain.

Tibalah Hari Jelajah bagi juara iaitu Katniss Everdeen dan Peeta Mellark. Daerah pertama yang mereka lawati adalah ‘District 11’ dimana rakan sekutu Katniss yang telah mati iaitu Rue. Di situ telah bermula sesuatu yang diluar jangkaan mereka, seorang penduduk yang telah tua membunyikan tiupan dan mengangkat tangan sebagai simbol sokongannya terhadap tindakan Everdeen. Tapi malang, Orang tua tersebut serta-merta dihukum bunuh dan menaikkan lagi api kemarahan penduduk-penduduk lain.

Setelah selesai kesemua daerah mereka lawati itu menandakan bakal bermulalah Pertandingan ‘Hunger Games’ yang ke-75. Apa yang lebih memeranjatkan mereka kali ini adalah terdapat perubahan dari segi pemilihan peserta. Apakah perubahan yang dilakukan itu? Adakah cabaran kali ini lebih dashyat? Adakah Katniss akan berjaya dalam perjuangannya? Saksikan di Pawagam sekarang (Source). 4 bintang untuk filem ini.





Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. Antara cerita yg paling Best utk Tahun ini... Xrugikn Nonton Movie ni kt Cinema?.... He3 (^_^)

    ReplyDelete
  2. yeahh.. betul betul

    ending tergantung..sedih betul

    huhu..tak sabar nak tunggu yg 3rd punye ; mockingjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu sambungan pula ler..baru tahu apa endingnya..;)

      Delete
  3. Semua xpuas hati ending tergantung.... Trend la tu nk wat sekuel...

    ReplyDelete
  4. wahhh!! dah tgok..bestnya :)
    katnis...!

    ReplyDelete
  5. serius best.. xsabar nk tgk part mockingjay part1 & 2.. hehe. sedih tgk org tua tu kena tembak

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..kesian org tua tu..terpaksa dia masuk juga kan..:)

      Delete
  6. cerita ni sejam awal agak boring sikit, sejam kedua baru ada aksi. anyway, boleh layan filem ni kalau minat dengan episode pertamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..boleh layan kalau yg suka citer mcm ni..:)

      Delete
  7. nasi arab tu lagi best rasanya kan...lain org lain genre filem yg disukai kan...

    ReplyDelete
  8. The hunger me..haha..tak sabo nak tggu sambungan..

    ReplyDelete
  9. Rietta blom berkesempatan tgk...tpi ada bercadang nak bli bkunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow, buku pun best juga..tp Asyik ni xsempat nk baca..tgk movie jerlah..;)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.