Skip to main content

Pra-Tonton Kisah Paling Gengster

Assalamualaikum,
Filem Kisah Paling Gengster sedang ditayangkan di pawagam. Ada yang dah tengok ke? Kalau belum cepat-cepat pergi tengok sebab filem ini antara filem yang terbaik juga. Bukan macam filem gengster yang lain yer. Persamaannya cuma ialah aksi berlawan. Jalan cerita yang menarik dan suspen. Kelakar dan mesej yang nak disampaikan itu sangat berguna. Kalau belum tengok kena laju-laju pergi tengok. Kisah yang mungkin tak pernah terfikir oleh kita sebagai manusia normal tetibe terjadi pada kita. Itulah yang berlaku pada Shaheizy Sam dalam kisah paling gengster. Nak tahu lebih lanjut kena tengok sendiri. Asyik bagi 4 bintang untuk filem ini.


Sinopsis

Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster...lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar...Saksikan sendiri baru tahu menariknya jalan cerita filem ini.

Adi Fashla sebagai host untuk hari tersebut. Ramah orangnya.

Sesi tandatangan oleh para pelakon.

Pelakon-pelakon utama yang hebat.

Shaheizy Sam mestilah hero terbaik.


    
Sempat juga Asyik bergambar dengan Abang Zul Handy Black. 


Khatijah Tan pun ada juga. Seronok dapat berborak sekali. 

Giorgio bersama penulis skrip Alfie Palermo dan kawan-kawan. Yang pakai baju Kisah Paling Gengster tu.

Sesi soal jawab bersama media. Banyak soalan ditanya. Salah satunya kenapa lama sangat baru filem ini siap? Dua tahun baru siap. Mestilah untuk menjaga kualitinya. Goodluck Kisah Paling Gengster.

Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. sape pompuan yg d gambar last tu asyik. baju putih, cun :)

    ReplyDelete
  2. xsabar nak tengok filem ni.. nampak macam best je..

    cute blog awk ni..jom blogwalking n follow blog sy..
    www.perkongsianceritapanas.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Cite ni menarik... Tp Endingnye terlampau simple... (^_^)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.