Skip to main content

Featured : Remaja 15 Nov 2013

Assalamualaikum,
Selamat menghabiskan hujung minggu yang semakin hampir tamat waktunya. Esok sudah kerja. Alangkah bagusnya kalau esok cuti lagi. Itulah dilema orang bekerja macam Asyik ini. Setiap hari mengira hari bila nak hujung minggu. Dah sampai hujung minggu sekejap sangat pula rasanya cuti itu. Tapi itulah untuk mencari pengalaman dan rezeki kenalah bersabar dan berusaha. 

Bulan lepas Asyik dihubungi oleh seseorang yang bertanyakan tentang blog Asyik dan mereka sudi untuk membuat sedikit review tentang blog Asyik. Ini semua kerana giveaway fair & lovely yang Asyik buat tempoh hari. Disebabkan Asyik menang jadi pihak Remaja sudi untuk membuat sedikit review tentang blog Asyik Maiburogu. Menang sebab ramai peserta yang menyertai giveaway yang Asyik buat. Terima kasih untuk korang semua yang sudi menyertainya. Hadiahnya mungkin belum sampai lagi pada korang tapi InshaAllah akan sampai tak lama lagi yea.

Cover majalah 15 Nov 2013 ialah Najwa Latif. Cantik juga cover dia kan. Nampak lebih segar setelah diberi nafas baru. Lagi suka sebab dapat yang berhijab. hehe

 Apa Ada di Balik Blog 'Asyik Maiburogu' itulah tajuk utama ruangan siber blogger muka surat 74 majalah Remaja 15 Nov 2013. Alhamdulillah syukur sangat. Siap satu page lagi cerita tentang blog Asyik. Semoga blog Asyik dapat memberi serba sedikit info untuk korang semua yang sudi membaca. Terima kasih pada majalah Remaja dan juga pembaca blog Asyik.


Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. waaaa fae pun nak masuk mag jga hihi btw fae follower baru sini. salam perkenalan.

    ReplyDelete
  2. He3... Giorgio pun ade interframe gak... Tumpang glamour la yea... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..apa salahnya terselit sekali kan..byk membantu utk naikkan blog ni..:)

      Delete
  3. tahniah..bestkan bila blog masuk majalah :)

    ReplyDelete
  4. Congrats... Seronoknya org appreciate keje kita....

    ReplyDelete
  5. Very nice. Rasa best blogging ni kalau dapat kenalan baru terutama dari pelbagai latar, bagi saya la.

    ReplyDelete
  6. Tahniah kak Asyik. Hasil bertungkus lumus dalam minat berblogging ni akhirnya dapat jugak masuk majalah Remaja tu. Lepas ni makin ramai la carian untuk blog Asyikmaiburogu. Hehehe :)

    ReplyDelete
  7. waa..congrats ,,, btw.. nk tnye cmne ye nk join ruangan siber blogger ni ? :)...ig u dont mind bole share x.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..Asyik kurang tahu mcm mana nak join sebab yg ini pihak remaja yg call utk minta review..kalau tak salah Asyik kalau nak join mungkin kena email kt diaorg tentang blog..mana yg bertuah diaorg akan letak dlm majalah remaja..;)

      Delete
  8. tahniah Asyik...masuk majalah...suka rietta tgk...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.