Skip to main content

Aku Pilih Kamu

Assalamualaikum,
AKU PILIH KAMU, sebuah filem terbitan METROWEALTH (MIG) sebagai variasi kepada peminat-peminat filem melayu dalam membuat pilihan. Kepelbagaian genre terbitan MIG sejak ditubuhkan hingga kini membuktikan MIG sentiasa memberi kelainan kepada peminat filem tempatan. 

Filem ke-85 terbitan MIG mempertaruhkan gandingan mantap Intan Ladyana dan Fezrul Khan yang digandingkan buat pertama kalinya di layar perak. Yang menariknya filem ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zain Hamid, Azhan Rani, Sherry Merlis, Angah Raja Lawak dan Adik Yana. 

Filem yang mendapat sentuhan pengarah Eyra Rahman pastinya akan memberi gambaran serta impak romantik buat penonton semua. Sentuhan Eyra dalam menghasilkan filem bergenre sebegini tidak asing lagi buat dirinya yang telah berpengalaman dalam mengarahkan filem seperti Aku Terima Nikahnya, 2 Kalimah dan Bercinta. Penonton pastinya akan disajikan dengan babak-babak yang membuai emosi dan perasaan.

Sekitar Majlis Pra-Tonton ' Aku Pilih Kamu' pada 11 November 2013 yang lalu.

Bersama dengan pelakon-pelakon utama filem Aku Pilih Kamu.

Fezrul Khan sebagai Mohd Aliff

Intan Ladyana sebagai Qesya

Zain Hamid sebagai Iskandar


Giorgio Izas sedang interview Nina Iskandar. Pelakon utama filem Muka Surat Cinta yang akan ditayangkan pada penghujung tahun ini. Asyik pula bersama dengan adik bongsu sebelum tayangan dimulakan.

Sinopsis

Qesya dibesarkan dengan kasih sayang ibunya, Laila. Imran (Azhan Rani), ayah Qesya seorang pegawai tentera yang jarang berada di rumah kerana terlalu sibuk dengan operasi luar. Keadaan ini membuatkan Qesya sentiasa tidak menyukai ayahnya yang seperti tidak mengambil berat tentang dia dan ibunya. Keadaan bertambah rumit apabila ibunya meninggal dunia kerana sakit. Sejak itu, Qesya dijaga oleh ayahnya.

Iskandar (Zain Hamid) adalah kekasih Qesya dan telah menjalin hubungan sejak 5 tahun lalu. Iskandar terlalu menyayangi Qesya tetapi dia hanya akan meminang Qesya setelah tamat pengajiannya di tahap tertinggi. Iskandar dan Qesya juga sering bertemu secara rahsia tetapi sebenarnya Imran mengetahui setiap gerak geri anaknya itu. Hal ini membuatkan Imran menganggap Iskandar lelaki yang kurang bertanggungjawab dan tidak layak untuk anaknya.

Pada suatu hari, Mohd Aliff (Fezrul Khan) muncul bertemu Imran memberitahu ayahnya yang merupakan sahabat baik Imran telah meninggal dunia. Imran sebelum ini telah membuat perjanjian dengan sahabatnya itu untuk menyatukan anak mereka. Pertama kali bertemu Mohd Aliff, Imran terpaut dengan budi pekerti anak muda itu. Imran tekad mahu menjodohkan Qesya dengan Mohd Aliff. Qesya mengamuk sakan apabila mengetahui hal ini dan memaksa Iskandar unutk bertemu dengan Imran. Pertemuan ini berakhir dengan pergaduhan dan Iskandar memutuskan hubungannya dengan Qesya.

Qesya mula hilang arah dan Mohd Aliff muncul untuk mengubat hati Qesya. Mohd Aliff tidak mahu memaksa Qesya menerima hubungan mereka yang tiba-tiba namun dia mengajar Qesya bagaimana mahu mencintai dengan ikhlas kerana tuhan. Di saat hati Qesya mula berbunga kembali, Iskandar muncul bersama satu rahsia tentang Mohd Aliff yang juga disembunyikan oleh Imran.

Apakah rahsia yang cuba disampaikan oleh Iskandar? Siapakah yang menjadi pilihan Qesya selepas itu? Saksikan AKU PILIH KAMU pada 14 November 2013 di pawagam berdekatan anda.





Asyik bagi 4 bintang untuk filem romantik ini. Ada yang menangis uolllss. :)

Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. Replies
    1. best cik Mun..sape suka citer romatik ni kenalah tgk..ala2 mcm ombak rindu..:)

      Delete
  2. wah sampai menangis ni pasti menarik jalan cerita ni asyik...

    ReplyDelete
  3. wahhhh jelesnyaaaaa dapat pergi event macam ni..... jumpa artis2.. jelesnyaaaaaa

    ReplyDelete
  4. waw dramatic sungguh jalan cerita dy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kena tgk baru merasainya dramatiknya filem itu..

      Delete
  5. knp rajin sgt asyik g event & buat review.. hehehe =)

    ReplyDelete
  6. Cerita ni bleh tahan jugakla... siap ade yg menangis 2... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul..sape suka romantik movie mesti suka..:)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.