Wednesday, August 14, 2013

The Conjuring - Review

Assalamualaikum,
Seperti yang dijanjikan Asyik akan buat review tentang filem The Conjuring. Filem yang di arahkan oleh pengarah yang sama untuk filem Saw dan Insidious iaitu James Wan. Filem ini dikatakan berdasarkan salah satu daripada kes-kes yang dikendalikan oleh penyiasat paranormal sebenar, pasukan suami dan isteri Ed dan Lorraine Warren.

Ed dan Lorraine Warren adalah legenda dalam penyiasatan kehidupan paranormal. Pasukan suami dan isteri yang digelar demonologist, menyiasat 4,000 kes yang  menghantui di Amityville, NY. Namun, dalam kerjaya  mereka kes yang paling menyeramkan adalah apa yang mereka dihadapi pada tahun 1971 di rumah ladang lama di Rhode Island. Satu keluarga yang telah berpindah ke rumah ladang lama di Rhode Island sering dihantui dengan pelbagai perkara pelik. 

Pada tahun 1971, Carolyn (Lili Taylor) dan Roger Perron (Ron Livingston) berpindah ke rumah usang di ladang lama Rhode Island dengan lima anak-anak perempuan mereka - Andrea (Shanley Coswell), Nancy (Hayley McFarland), Christine (Joey Raja), Cindy (McKenzie Foy) , dan April (Kyla Deaver).

Selepas berpindah ke rumah baru mereka, Roger dan Carolyn Perron (Ron Livingston dan Lili Taylor) dan lima orang anak-anak perempuan mereka sering diganggu dengan perkara pelik yang agak ganas dan  menyeramkan. Mereka juga selalu menghidu bau busuk yang terdapat di sekitar rumah tetapi tidak tahu dari mana bau itu. Disebabkan pelbagai kejadian pelik yang berlaku mereka terpaksa memanggil Ed dan Lorraine Warren untuk membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi kerana semakin hari semakin menakutkan.

Apa yang Warrens temui adalah keseluruhan kawasan penuh dengan kejahatan yang kini menghantui dan mensasarkan keluarga Perron itu. Untuk menghentikan kejahatan ini, Warrens perlu mengetahui sumbernya, dengan menggunakan semua kemahiran mereka dan kekuatan spiritual mereka sebelum keluarga Perron hancur kerana kejahatan yang ingin merasuk ibu mereka. Apa yang semangat jahat itu ingin lakukan adalah merasuk Carolyn supaya membunuh kesemua anak-anaknya.

Pelaksanaan filem itu dilakukan dengan baik dan pelakon benar-benar hebat. Kebanyakan masa tidak menunjukkan entiti tetapi sesuatu yang menghantui keluarga Perron adalah amat menyeramkan untuk ditonton. Nak merasai jalan cerita yang seram ini korang kenalah tengok dulu. Secara keseluruhan, The Conjuring ini adalah sebuah filem yang menyeronokkan lagi menakutkan. Asyik mengesyorkan kepada sesiapa yang suka tengok cerita seram korang memang perlu tengok filem ini. 

Kalau yang ada sakit jantung dan lemah semangat tak payahlah tengok yea. Memang terkejut habis korang nanti. Asyik pun nak tengok kali kedua dah tak berani. hehe. Asyik hanya buat secara ringkas sahaja review filem ini. Nak tahu lebih kena tengok. Banyak plot yang menarik dan seram untuk ditonton sendiri. Semoga terhibur.










Till Next Entry.
xoxoxo


**Jangan lupa giveaway Asyik buat itu. Cepat-cepatlah join. Klik SINI.

16 comments:

  1. Dah tengok, memang seram filem ni...bnyak plot yg buat terkejut giler..rasa sakit jantung hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..seram giler kan..Asyik siapa pegang tgn kawan kuat2 lg..haha..

      Delete
  2. Waa.. Takut nak tgk tapi ramai cakap cerita ni seram gila.. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis kena tgk..rugi kalau xtgk cter yg best cmni..;)

      Delete
  3. semua cakap cite ni best!!! tak sempat lagi nak pergi tengok..hihi...tengok gambar je dah menakutkan..kite dah la jenis penakut tapi nak jugak tengok... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..Asyik pun penakut juga tp sbb nk tahu betul ke seram tu yg tgk juga..

      Delete
  4. Replies
    1. mmg sera akk..tgkla dulu bru tahu..:)

      Delete
  5. nak tengok! bila ajak orang, semua penakut! Ahhhh! Best keee cita ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tgk dear sbb mmg best giler..walaupun seram tp best..hehe..:)

      Delete
  6. dh tgok. tak best pon lg best saw yg giler tu huhuh tp part takut muka anak ptg tu...saje tau pilih doll seram buat peluk tido...tipikal filem seram katekan...barbie doll xbisa ke?!grrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAW akk xberani nk tgk..ganas sgt citer tu..hehe..biasalah citer seram mmg suka guna barbie doll ni..:)

      Delete
  7. jom teman saya tengok. saya belanja. hoho

    ReplyDelete
  8. macam nak tengok tapi kena tengok waktu siang la, kalau malam cnfm tak bole tido hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tgk waktu siang ok..mlm confirm xleh tdo..:)

      Delete