Skip to main content

Majlis Tayangan Eksklusif Filem The Conjuring


Assalamualaikum,
Semakin hari semakin dekat kita dengan bulan Syawal. Dan semakin pendek masa kita dalam bulan Ramadhan. Keindahan dan keistimewaan bulan Ramadhan memang tidak boleh disangkal lagi kehebatannya. Yang sebelum ini tak pernah berjumpa tapi dalam bulan Ramadhan diketemukan dan menjadi semakin rapat. Alhamdulillah berkat bulan Ramadhan semakin banyak rezeki yang datang. 

Rezeki itu bukan sahaja pada wang tapi juga kasih sayang dari keluarga dan rakan. Berkat bulan Ramadhan jugalah Asyik berpeluang berbuka puasa bersama dengan dua orang adik yang comel ini. Nak kenal siapa? Macam biasa korang mesti dah banyak kali pernah tengok dalam blog Asyik tapi ini kali pertama kitaorang berbuka puasa bersama-sama.


Asyik kenalkan yang sebelah kiri itu adik Nurfarhana Chek Saat. Lemah lembut orangnya. Pelajar degree di UiTM Sri Iskandar. Yang sebelah kanan Asyik adik Syafiqah Hashim. Bakal melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam. Kedua-dua mereka adalah blogger sama seperti Asyik. Blog betul-betul mempertemukan Asyik dengan ramai rakan baru tapi kebanyakannya semua muda dari Asyik. hehe. I dah tua ok. huhu


Cewahh sebelum berbuka haruslah bergambar lagi. Siapakah yang mengambil gambar kitaorang? Tunggu nanti Asyik perkenalkan dia. Kitaorang berbuka puasa di Ikea. Senang dan mudah sebab makanan kat situ memang pasti sedap dan lazat.

Asyik makan pasta dan meatball jea.

Ada terselit kurma disitu.

Ok sekarang dalam perjalanan ke Majlis Tayangan Eksklusif The Conjuring.


Pada: 29 Julai 2013 (Hari Isnin)
Tempat: Cathay Cineleisure, e@Curve, Mutiara Damansara
Masa: Jam 8.00 - 8.30 malam 
Tayangan Bermula: Jam 9 malam - 11 malam

The Conjuring filem seram terbaik tahun ini. Tunggu nanti Asyik buat review yea.

Bergambar bersama tiket The Conjuring sebelum masuk ke dalam Hall 12.


Budiey lah yang sudi nak bagi tiket free untuk Asyik. Bukan tiket jea tapi dapat goodie bag juga. Thank you Budiey.

Tadaaaa.. Sekarang Asyik perkenalkan photographer yang ambil gambar kitaorang bertiga dari tadi. hehe. Ehem ehem Cik Nurfarhana itu. hehe. Nama dia Syafiq. Baik tau diaorang ini sanggup datang ambil dan hantar Asyik kat rumah. Terima kasih banyak-banyak. Terharu ada yang baik hati macam ini.


hahaha..Tak habis lagi bergambar dengan tiket.

Amanda Imani pun ada. Dia merupakan seorang penyanyi. Sedap tau suara dia. Tinggi dan cantik orangnya.


Yeayyy sekarang dah ada dalam Hall 12 untuk tayangan The Conjuring. Sebelum itu ada cabutan bertuah dari Budiey. Tapi Asyik tak bertuah pun malam itu. huhu. Takde rezeki nak dapat kamera baru. Filem The Conjuring memang terbaik. Korang patut tengok. Filem ini bukan cerita seram biasa tapi cerita seram dari kisah benar.

Eh, tiba-tiba ada lagi sorang. Itu nama dia Suzai. Nama blog dia Sizzling Suzai. Sepatutnya dia pun join sekali untuk berbuka tapi disebabkan kesesakan lalulintas yang teruk dia agak terlewat datang. Tapi takpe kitaorang dapat tengok wayang bersama-sama. Ok sampai sini dulu Asyik cerita. Tunggu review The Conjuring nanti.

   

Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. Wahh bestnyaa. Dah la dapat tiket free giteww. XD Hekhek~ Aida tunggu review filem ni dari akak! Macam best je. Aida dah la suka filem2 seram ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..best sgt2 citer,,nanti Aida tgk tau..;)

      Delete
  2. best tak citer ni? tgk dlm carta no 1 kat US

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sgt best..mmg patut berada dlm carta no 1 US..sebab filem ni lain dr yg lain..seram dia mmg real..;)

      Delete
  3. hahahahahhahah description detail sgt tuhhhh kak!!! HAHAHHAHA ok sorry xjoin korg xkuasa dh nk sesak dlm jem ptg tu iAllah t kt jmp lg tau! wajic!! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..saja nk bg korang popular lebih sikit dlm ni..kih2..InshaAllah nanti jumpa lg ok..:)

      Delete
  4. org kata seram sgt cite ni. yeke? hee

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum tak sabarnya nak ajak suami g tengok movie ni. bestnya asyik, rezeki dibulan ramadhan. hehehe. teringin nak jumpa asyik comel ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Sheila, hehe..lebih baik bawa husband sbb cerita ni mmg seram..kalau terkejut xdelah malu sgt kan..hehe

      Delete
  6. Huhuhu..... xdpt join... cbab masih bertapa... (^_^)

    ReplyDelete
  7. cantik2 blogger...tingginya amanda...^^

    ReplyDelete
  8. hurm.. ni yang nak kena tengok ni.. ramai review cakap menarik

    ReplyDelete
  9. Citer hantu ehm.... dedengar seram sangat.

    ReplyDelete
  10. akak spot kat handbag asyik ngan amanda je hahaha..sebab warna dia..auwwww cantiknyer ;)

    ReplyDelete
  11. The conjuring - filem seram no 1 abad ini :D terbaekkkkkkk! :D

    ReplyDelete
  12. bestnya asyik dapat tiket free.. cerita hantu ke asyik? akak ni penakut sikit bab ni.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..best sgt2 akk..a'ah citer hantu..citer ni best akk..mmg agak seram lah..:)

      Delete
  13. Asyik asyik bersama Farhana je kebelakangan ni,hahahaha
    jumpa korang di churpoutbukapuasa, tp tak sempat bertegur kan
    hope to see u again next time :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..Blogger mmg mcm tu, nak berkwn dgn ramai org kenalah bawa org yg kita selesa..
      Next time tegurlah yea, InshaAllah jumpa lg nanti..;)

      Delete
  14. waaaa.. seronok la dpt tiket free.. :)

    ReplyDelete
  15. acecececeyyyyy,seram tak cite dia?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mek onie..citer ni seram teramat..kenalah tgk baru tahu..:)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.