Skip to main content

Adnan Sempit 3 - Review

Assalamualaikum,
Filem terbaru dipawagam sekarang memang banyak. Semuanya seronok untuk ditengok tapi boleh tak lawan dengan filem Melayu kita? Terutama sekali dari MIG. Dah banyak filem yang hebat dan menarik mereka terbitkan. Yang paling popular Adnan Sempit. Sekarang dah masuk yang ke 3. Kalau tak popular takkan sampai 3 kan.

Para pelakon utama Adnan Sempit 3 sudah semestinya Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana dan Along Raja Lawak. Kisah kali ini tentang Yana dan Intan yang telah mengandung. Meraka kan kahwin pada hari yang sama. Macam-macam kerenah mereka waktu mengandung. Pelik-pelik pula tu perangainya. Maybe macam itu kot perangai orang mengandung.

Intan dan Sam selalu bergaduh kerana Intan selalu moody jea sampaikan Sam terpaksa tidur di tempat lain. Sehingga menimbulkan keakraban antara Sam dan Shima (pelakon baru). Yana dan Along aka Bobby pula selalu ada masalah kewangan. Sehinggakan Yana tak tahan kerana terpaksa menahan malu setiap kali berjumpa doktor. Selalunya Sam jadi mangsa untuk Bobby pinjam duit sebabnya Sam kan dah kaya raya setelah berkahwin dengan Intan. Part paling lawak bila dua-dua isteri mereka tu nak bersalin. Siap merempit nak ke hospital itu. Boleh pula Intan dan Yana buat aksi rempit atas motor. hehe Sedangkan waktu itu sarat mengandung. Korang kena tengok baru tahu macam mana jalan ceritanya.

Tetapi setiap masalah yang dihadapi mereka selalu terselit kisah-kisah yang lucu sehinggakan orang yang menonton tak kering gusi. Filem Adnan Sempit 3 antara filem Melayu yang kelakar dan banyak pengajaran. Bukan nak tipu tapi itulah realiti. Cubalah tengok dulu baru tahu best ke tak. Asyik pun nak tengok lagi. Untuk santai-santai dengan keluarga memang boleh.


Sepanjang Majlis Pra-tonton ADNAN SEMPIT 3.





Till Next Entry.
xoxoxo


**GIVEAWAY Asyik jangan lupa join yea. Hadiah best.

Comments

  1. oh Intan Ladyana pun ada. kenapa tak tangkap gambar ngan dia?

    tapi untunglah dapat tangkap gambar ngan artis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan Intan xsempat sebab dia lmbt dtg, masa mkn sekali pun nmpk dia busy jer so malas nak ganggu.. :)

      Delete
  2. Assalammualaikum... asyik,

    wahh... best lah dapat bergambar dengan artis x minta autograph ker....

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,
      haha..xpernah pula minta autograph kalau jumpa artis..kih2..

      Delete
  3. rietta xsempat tgk la...hmm...raya punya pown xdpt tgk...sedey....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, nanti cari waktu yg sesuai utk tgk yea..;)

      Delete
  4. belum sempat lagi nk tgk.. bace revies mcm best..ehehe

    ReplyDelete
  5. kelas gitu...Asyik dah nampak mcm artis gituu..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..mana ada mcm artis..selekeh jer pakai tu..:)

      Delete
  6. dah lama tak gi preview2 mcm neh. hehehe

    ReplyDelete
  7. wah bestnya..bar cadang nak tengok besok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, yaya nk pergi tgk..bawa ramai2 mesti best..:)

      Delete
  8. Assalamualaikum asyik, bestnya tengok wayang sambil jumpa pelakonnya sekali. heeee comel betul dapat bergambar dengan sam. selamat hari raya asyik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Sheila..hehe..best dpt tgk wayang dgn diaorg sekali..selamat hari raya Sheila..Sheila jgn lupa join giveaway ASYIK YEA..:)

      Delete
  9. bestnye .. huhuhuhu .. awak tlg click jap link nie http://sbm.protonsagasv.com/share/my/2959/3934018
    no virus..just for pocket money

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.