Skip to main content

Monsters University - The Review

Assalamualaikum,
Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua pembaca blog Asyik Maiburogu. Semoga Ramadhan kali ini memberi banyak makna dan keinsafan kepada diri kita untuk berubah kearah kebaikan. Disamping itu Asyik nak berkongsi satu movie yang Asyik tengok. Monsters University. 

Siapa yang dah tengok? Best tak movie ini? Jalan cerita movie ini berkisarkan tentang semangat seorang monsters yang bernama Mike Wazowski yang ingin menjadi seorang scarer children yang hebat. Pelbagai rintangan yang perlu di hadapinya kerana dia seorang yang comel dan langsung tidak menampakkan ciri-ciri yang menakutkan. Tetapi dia sangat rajin membaca buku dan mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang scarer yang hebat. Mike juga bijak dalam mengatur strategi untuk menakutkan kanak-kanak.

Jauh berbanding dengan sahabatnya iaitu Sulley yang memang dari keturunan yang hebat iaitu Sullivan. Keturunan dari keluarga yang merupakan top scarer terkenal tetapi malangnya dia sangat pemalas dan selesa dengan title tersebut. Akhirnya dia kecundang dan terpaksa bersaing dengan Mike yang comel. Mike yang memberi semangat dan tunjuk ajar kepada Sulley bagaimana nak berjaya. Akhirnya mereka menjadi sahabat baik.

Mike dan Sullivan dibuang university kerana kekurangan mereka tetapi mereka berjaya mendapatkan kerja di Monsters Inc. Bermula dari bawah dan akhirnya mereka berjaya menjadi top scarer terhebat serta menjadi tenaga pengajar di situ. Moral of the story is jangan selesa dengan keluarga yang senang keadaannya kerana sekejap saja semua itu boleh hilang tetapi kalau kita rajin dan berusaha bersungguh-sungguh dengan titik peluh sendiri InshaAllah semua itu akan kekal. Tak perlu nama yang hebat tapi usaha kita yang penting. Asyik beri 7/10 untuk movie ini.



  


Tapi Monsters University masih tak boleh lawan lawak dan kecomelan Despicable Me 2. Terbaik Despicable Me 2. Kalau boleh nak tengok lagi.


Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. Assalamualaikum asyik. bestnya. asyik selalu keluar tengok wayangg. heeeee jeles kita tau. asyik, selamat berpuasa yangg. semoga ramadhan kali ini membawa barakah ke atas hidup asyik sekeluarga ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Sheila, xdelah selalu sgt dear, kalau dpt tiket free tu yg selalu tgk wayang..kdg2 jer klu yg kena beli..hehe..Selamat berpuasa utk Sheila dan keluarga juga..semoga ramadhan kali ini penuh bermakna utk Sheila..Amin..:)

      Delete
  2. this is my fav movie ever!! for 2013~ hwhwhw

    ReplyDelete
  3. 2-2 cite nie Bro dah tengok.. memang best huhuhu

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  4. Antara cerita yg paling best utk Ditonton... Thanks Blanje tgok wayang ni (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sama2..seronok tgk movie yg best mcm ni..:)

      Delete
  5. Alaaa macam best je. Tapi tak tahu la kenapa Aida tak minat tengok cerita kartun. Pastu bf pun tak suka tengok juga :( Tapi takpe, next time mesti kena tengok! Hehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida cerita kartun ni best tau..kelakar giler..:)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.