Saturday, July 20, 2013

Dunia Lola Hijabista TV

Assalamualaikum,
Dari sekolah menengah Asyik memang suka sangat beli majalah dan buku. Boleh dikatakan setiap kali balik sekolah mesti akan singgah kedai mana-mana yang jual majalah atau buku. Tapi takdelah setiap hari beli. Kalau ada yang menarik jea akan beli. Sebabnya Asyik rasa bila baca pelbagai jenis majalah boleh membuatkan kita tahu akan situasi di luar sana. Walaupun kita tak berada di sana sekurang-kurangnya kita akan tahu apa yang ada dan tak ada di sesuatu tempat itu. Dulu Asyik suka juga beli majalah Travel sebab berangan-angan nak melancong satu dunia. Tapi bila dah besar ini lebih minat kepada majalah fesyen. Tapi angan-angan itu tetap disimpan lagi cuma perlukan masa dan duit sahaja untuk laksanakannya. hehe. 

Majalah kat rumah Asyik memang dah terlebih muatan sampaikan terpaksa dibuang dan ada yang dijual semula. Nasib baik ada yang nak beli. Sebab bila pindah rumah terlalu banyak sangat nak bawa. Bila dikumpulkan semua majalah itu memang berat kot nak angkat. Kesian selalu orang lain yang jadi mangsa kena angkat. hehe. Tapi sekarang ini Asyik dah pandai nak pilih majalah mana yang perlu dan tak perlu. Sekarang yang perlu Asyik beli ialah majalah Hijabista Magazine. Tiap-tiap bulan kena beli. Sekejap jea Asyik boleh habiskan baca. 

Hijabista Magazine juga telah menerbitkan satu rancangan baru iaitu Hijabista TV. Pada setiap hari Ahad pukul 7 malam di Astro Ria. Seronok juga tengok dari majalah beralih ke tv pula. Dalam rancangan itu ada slot yang memaparkan drama pendek Dunia Lola yang dilakonkan oleh Mira Filzah. Setiap minggu Hijabista TV akan memberi satu soalan untuk dijawab. Kalau terpilih dan jawapan betul korang akan mendapat langganan majalah Hijabista selama 3 bulan. Asyik memang peminat setia majalah ini. So mestilah Asyik cuba nak menang hadiahnya.

Untuk episod ke 10 haritu Asyik cubalah jawab soalan yang ditanyakan. Tiap-tiap hari buka facebook Hijabista sebab nak tahu siapa yang menang. hehe. Parah kan Asyik ini. Sampailah satu hari tu Mek Onie yang tag nama Asyik dalam facebook. Kalau tak tak tahu pun nama Asyik yang keluar kat facebook Hijabista itu. Boleh pula haritu Asyik lambat buka facebook. Bila tengok Alhamdulillah Asyik dapat hadiah langganan 3 bulan majalah Hijabista. hehe. Suka giler kot. 3 bulan free sapa nak bagi kan. Tengok gambar kat bawah itu, yang nama Asikin Izas itu Asyiklah. Weehuuu..suka sangat tau. Terima kasihlah Hijabista sebab memilih saya. haha. Lepas 3 bulan saya jawab lagi soalan. hehe. Ok itu jea nak cakap kat korang semua. Kalau nak menang juga rajin-rajinlah jawab soalan yang diaorang bagi. Soalan senang jer pun.


Till Next Entry.
xoxoxo

28 comments:

  1. tahiah..... =)
    skg x rajin nk beli sgt.. beli magazine digital je.. sbb rase serabut umh bnyk brg2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah beli digital ek..Asyik suka tgk dan pegang majalah tu..yg digital best juga tp xfeel sgt..haha

      Delete
    2. tu mmg best.. tp buat kt kedai buku je..hehe

      Delete
  2. Suke baca hijabista gak :) tapi duduk asrama tak dapat tgk tv.. Ni dah balik rumah boleh la try join contest tu.. Kowt2 boleh menang.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..bgs2..jwb lah selalu..esk episod baru..cubalah yea..;)

      Delete
  3. waahhh bestnyaaa penah tgok tp jarang ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..klu nk menang kna selalu2lah tgk..org nk kasi free kan bkn senang..:)

      Delete
  4. Yeahaaaa... Menang lagi yea Cik Asyik..?
    Tahniah, bley jimat bpe ringgit tu... he3 (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaaa...menang lg..terima kasih..jimatlah dlm RM30 utk 3bulan..haha..

      Delete
  5. Wahhhh. Tahniah asyik. Hihi ♥

    ReplyDelete
  6. asyik boleh jadi model hijabista lah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. model hijabista utk pembelian majalh kan..hehe

      Delete
  7. Wahhh tahniahhh babe, rjn betul die beli majalah, dlu I rajin la now dah malas, busy nau.hehe

    ReplyDelete
  8. tahniah...
    lepas 3 bulan majalah free :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..itulah jimat 3bulan..hehe

      Delete
  9. tahniah asyik.. tak sia-sia usaha asyik..

    ReplyDelete
  10. pewwitt pewwitt.. tahniah tahniah.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Pehh best gilew. Tahniah kak! Aida jarang sangat baca magazine ni. Last masa zaman sekolah dulu. Tapi kalau dapat magazine free, siapa tak nak kan! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..itulah sapa xnk majalah free kan..:)

      Delete