Saturday, June 15, 2013

Look Post : Messy Sassy

Assalamualaikum,
Seronok pula layan drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Tengok kat tonton jea. Terasa membuak-buak rasa sayang ini. haha. Tiba-tiba mengatal nak kahwin. hehe. Makin lama makin romantik pula si Firash ini. Mesti ramai yang layan citer tu kan. Tambah pula gadis-gadis comel yang mesti teringin nak ada suami macam Firash itu kan. Sabar yea adik-adik. Belum sampai jodoh lagi.

Asyik sebenarnya rasa macam takde mood itu yang layan citer 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Agaknya boleh dapat mood balik tak lepas tengok drama ini. haha. Ntahlah. Apa pun tak nak menghilangkan mood korang pula jomlah tengok sikit outfits Asyik untuk hari ini. Simple jea untuk hari minggu ini. Selamat berhari minggu semua.


Asyik suka sangat shawl ini sebab berbidang besar dan labuh. Senang nak pakai dan tutup dada. Yang penting tak perlu seterika pun.


AFC Bag dapat hadiah dari ASTRO ON THE GO EXPLORER event tempoh hari. Giorgio Izas yang dapat then dia bagi kat Asyik sebab buat muka kesian. haha. Terima kasih. 

.
.
.
.
.
.
Another stories.

Semalam pergi makan kat area Setia Alam. Kawan Giorgio Izas yang bawa dan belanja. Apa lagi lajulah Giorgio Izas menerima pelawaan itu. Nak dijadikan ceritanya Dani, Rahman dan Fifi diaorang tengah berbincang nak pergi makan kat mana then Rahman suggestkan untuk cuba Sup Tulang kat area rumah dia di Setia Alam. Punyalah lama berbincang sebab nak tahu jalan macam mana. En. Giorgio pula senyap jea memang takde tanda pun yang menampakkan dia nak pergi sekali. 

Memang dia mendengar jealah kawan-kawan dia bercakap. Asyik pun lagilah diam sebab tak nak masuk campur lah hal orang lain kan. hehe. Tiba-tiba Rahman dengan selamba nya cakap Jo aku belanja ko jomlah ikut. Pantang Giorgio orang pelawa dia memang laju dia menerimanya. haha. 

Jadi Asyik pun terjebaklah sekali ikut sama. Baik hati betul Rahman belanja Asyik juga. Sup Tulang tu memang marvelous dan sedap. Walaupun kat kawasan kampung tapi standard sup tulang itu macam kat restoran besar. Terasa macam nak pergi lagi tapi agak jauh sikitlah. Kalau singgah kat Setia Alam Shopping Mall boleh kot pergi makan lagi. InshaAllah. Syukur rezeki dapat makan Sup Tulang semalam. hehe.

Tapi tak dapat nak snap gambar sebab kawasan agak gelap masa itu. Kalau ambil pun nampak tak sedap pula jadi Asyik ganti dengan gambar muka Asyik yang kenyang makan sup tulang marvelous. haha. Jangan terkejut.


Till Next Entry.
xoxoxo



Satu lagi Asyik harap korang dapat vote untuk Asyik hari ini. Jangan lupa yea.

30 comments:

  1. Comelnya hheee...:) dah undi

    ReplyDelete
  2. sedapnya sup tulang.. nak masak sendiri akak tak reti.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk mmg sgt sedap itu sup tulang..mkn kt kedai jea boleh..:)

      Delete
  3. Ha3... Bestkn Sup Tulang semalam...
    Org belanje mmg smue best... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sgt best, sedap pula tu..
      org belanja bertambah lah sedap..hehe

      Delete
  4. Asyik ur shawl npk cantik. Beli kat mne? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kt penang dear..hehe..thank you..:)

      Delete
  5. rasa macam nak makan sup tulang pulak lepas baca ni... hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sedap sgt2 sup tulang..pg cari lps ni..:)

      Delete
  6. Hye kakak comel ^^ Cantik la shawl dia. Ehee~ untung la orang belanja makan. Bukan senang kan orang nak belanja ni. Sup tulang tuuuu. Best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye adik aida comel..hehe..terima kasih..mmg untung org belanja..haha..kenyang sgt2..:)

      Delete
  7. cantik tudung
    sesuai dgn tuan dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tudung tu mmg cantik..tuan dia sikit cantik kot..hehe..thank you..:)

      Delete
  8. orang belanja. ikut je haha. rezeki jangan ditolak. yeaah semalam layan gak cite tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..org belanja jgn buat berlagak pula kan..kalau x rugi ler..:)

      Delete
  9. pe nama kedai sup tu;ang tu.. blh try.. umh sy ke setia alam pn +- 10 mnt je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak kedai tu Asyik mmg xtahu nama apa sbb xde tulis..kedai tu dlm kwsn kampung jer..:)

      Delete
  10. lah..kan da kempunan ni.. ayyak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat Persiaran Hamzah Alang Jalan Durian..sekitar kwsan situ..sbb kwsn kampung..:)

      Delete
  11. Assalamualaikum. asyik sentiasa comel >____________<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, terima kasih Sheila..Sheila lg comel..:)

      Delete