Friday, May 3, 2013

Lucky Giveaway

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Mesti semua tengah bersemangat nak mengundi hujung minggu ini. Walau apa pun buatlah pilihan yang terbaik dan jangan memburukkan sesiapa pun. Undi kan rahsia jadi tak perlulah nak bising sangat. hehe. 

Entry kali ini Asyik nak share sikit tentang beberapa giveaway dan contest yang Asyik join dan alhamdulillah Asyik menang. Yeayyyy bersyukur sangat. Sekarang tengah tunggu barang sampai ke depan rumah jea. Tak sabar rasanya. Cepatlah sikit pos tu. hehe.

Yang pertama giveaway dari blog luar negara Anna and Klaudia. Giveaway ni disponsor oleh INDRESSME. Mereka email Asyik dan katanya nak send baju yang dibawah itu. Dalam masa 7-20 hari baru lah dapat sampai ke Malaysia. Harap baju itu masih elok bila sampai. hehe.


Giveaway yang kedua dari blog Ami Schaheera. Kali ini giveaway ini disponsor oleh H&M. Jadi nama Asyik tersenarai sekali untuk 5 pemenang yang akan dihadiahkan H&M Concious pouch. Ini adalah antara keluaran terbaru dari H&M.


Inilah Pouch yang akan Asyik dapat dari H&M dan Ami. Cantikkan. Thank you Ami dan H&M.


Giveaway atau contest yang terakhir pula adalah dari Hijabista Magazine. Contest ini dibuat untuk pengguna Instagram. Asyik pun tak perasan ada contest ini, cuma ada nampak banyak betul gambar gadis-gadis bersama majalah hijabista yang hijabista magazine postkan dalam instagram. 

Kemudian ternampak salah seorang blogger menang iaitu MEKONIE. Dialah suruh Asyik join juga sebab katanya mudah dan masih sempat kalau nak menang. hehe. Asyik cubalah hantar gambar guna instagram. Hijabista Magazine sebenarnya mencari 20 orang pemenang untuk dihadiahkan shawl. Jadi Asyik antara yang bertuah dapat. Dah memang last minute tu hantar, akhirnya Asyik jadi orang yang ke 18 menang shawl dari Hijabista.

Gambar bersama majalah Hijabista yang Asyik hantar dan post dalam instagram tempoh hari ada kat bawah ini. hehe. Bertuahkan. Syukur rezeki dari Allah S.W.T. 


Asyik memang suka kalau join giveaway dan contest yang mudah macam ini. hehe. Banyak juga yang Asyik menang dari giveaway dan contest sebelum ini. Terima kasih semua. Jangan lupa jemput Asyik kalau nak buat giveaway dan contest. hehe. Semua hadiah itu Asyik sedang nantikan untuk sampai ke depan rumah. Dan Asyik rasa macam nak buat giveaway jugalah. Tengoklah macam mana nanti. Tungguuu..

Till Next Entry.
xoxo

6 comments:

  1. Kikikikikiki.....tak sabar nk tunggu shawl sampai...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..mmg xsabar tunggu shawl sampai ni onie..

      Delete
  2. Good luck for everyone inshallah <3 Sadly I coun't understand a think :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatima..this is about me that really lucky to win some giveaway and contest from others blog and magazine..:)

      Delete
  3. You are a lucky girl :) I'm happy you win different contests :) If you get your parcel from Indressme, let me know :) I can't wait to see your outfit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes really lucky ania..thank you for you too..yes of coz i will let u know if the parcel already with me..:)

      Delete