Tuesday, May 28, 2013

Gecko Shot

Assalamualaikum,
Asyik nak berkongsi tentang permainan yang sangat bagus untuk kita dan boleh praktikkan untuk dapat pahala. hehe. Tapi game ni masih lagi dalam proses pembikinan jadi apa kata kita semua sokong dengan like pada FB page GECKO SHOT ini. Game ini adalah tentang melastik cicak. Asyik rasa memang tak ada lagi game macam ini. Boleh kalau nak lawan Angry Bird tapi rasanya yang ini lagi bagus dan bermanfaat. Marilah kita menyokong dan memberi semangat kepada animator dari Malaysia ini.

Sedikit penerangan berkenaan dengan Cicak.

Hadith Nabi SAW:

Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan baginya seratus kebajikan, jika dua pukulan baginya tidak sebagaimana yang pertama dan jika tiga pukulan tiada baginya sebagaimana dua pukulan.
(HR Muslim)

Dari Ummu Syarik radhiallahu ‘anha; Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallammemerintahkan untuk membunuh cicak. Beliau menyatakan, “Dahulu, cicak yang meniup dan memperbesar api yang membakar Ibrahim.”
(HR. Muttafaq ‘alaih).

Dari Sa’ad, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallammemerintahkan untuk membunuh cicak, dan beliau menyebut (cicak) sebagai hewan fasiq (pengganggu).
(HR Muslim)


Membunuh cicak sunat hukumnya. Ia adalah sunnah Nabi. Kepada yang tidak peka terhadap sunnah nabi, ada yang mempersoalkan perkara ini. Antara katanya mengapa kita harus membunuh cicak sedangkan ia ada gunanya untuk kita terutama dalam memakan serangga seperti nyamuk dan sebagainya.

Namun setiap kata Nabi adalah dari Allah. Setiap perintah Allah pasti ada hikmahnya samada yang nampak di mata dan fikiran kita maupun yang tersembunyi dan tidak mampu terfikir dek aqal fikiran kita.


Antara hikmah membunuh cicak yang mampu terfikir oleh kita:

1- Cicak ini binatang yang mengganggu. Lihat sahaja tabiat buruk membuang najisnya. Ia akan berak dan  kencing di merata tempat di rumah kita, malah di masjid juga. Tabiat buruk ini amat mengganggu kita terutamanya dalam beribadat kerana najisnya akan menyebabkan ibadah kita seperti solat tidak sah.

2- Cicak ini haiwan yang jelek perilakunya. Mengikut kisahnya semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud, semua binatang lain berusaha memadamkan api. Tapi tidak dengan binatang cicak ini. Ia meniup lagi api sehingga api menjadi semakin besar. Akhlak yang buruk ini dikeji oleh Allah.

3- Allah memberikan bermacam-macam cara untuk kita mendapat pahala sehinggakan membunuh cicak juga diganjariNya.

4- Untuk kita berfikir bahawa Allah lah yang maha mengetahui kebaikan disebalik suruhan itu.


Jadi, sebagai ummat Islam yang patuh pada ajaran Allah dan ummat Muhammad yang sayangkan Nabinya usahlah dipertikaikan suruhan bunuh cicak ini. Kita buat kita dapat pahala. Jadi apa nak dipersoalkan lagi?


Jadi apa kata kita sokong GECKO SHOT.


Step by step yang dilakukan untuk mencipta game Gecko Shot. Untuk mengetahui proses-prosesnya kenalah like fb page GECKO SHOT.





Inilah animator yang mencipta game tersebut. Familiar tak? haha. Jom kita sokong Giorgio Izas supaya game tersebut akan lebih cepat disiapkan dan lagi cepat kita boleh cuba.

Fb Page : GECKO SHOT
Blog : Giorgio Izas

Till Next Entry.
xoxoxo

8 comments:

  1. Mak aiii. Cicak pink tuuu. Hihi... cayok giorgio

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..cicak pink kan..kih2..jgn lupa like..:)

      Delete
  2. akak geli dengan cicak.. tengok muka dia pun tak sanggup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sgt geli dgn cicak..sbb tu game ni dia buat cicak tu nmpk comel ckit supaya org xdelah geli sgt tp still boleh main game..:)

      Delete
  3. Assalamualaikum. bagusnya! sheila sokong! dah like pun.. awak nanti approve saya dekat fb tau! hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, Alhamdulillah..terima kash Sheila..:)

      Delete
  4. Terima Kasih atas entry yg panjang lebar ni... (^_^) COOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama..Tak panjang sgt ni..tak tahu nak explain apa sgt tp cuba yg terbaik utk yg terbaik..hehe :)

      Delete