Skip to main content

Featured : Hijabista Magazine June 2013

Assalamualaikum,
Asyik rasa bulan lima adalah bulan yang paling mengembirakan Asyik. hehe. Banyak betul rezeki pada bulan lima tapi bukan bermakna bulan yang lain itu tak bagus atau takde rezeki tapi setakat ini Alhamdulillah semua seperti yang Asyik inginkan. 

Tapi bulan Jun mungkin akan lebih meriah dan bertambah rezeki mana kita tahu kan. Rezeki itu ada dimana-mana saja. Hanya perlu berusaha dan jangan sesekali berputus asa itu yang penting. Bulan Jun nanti Asyik nak mulakan bisnes baru harap korang boleh sokong nanti. Mana tahu ada yang nak beli. Nanti Asyik share tentang bisnes apa yea. 

Yealah yealah berbalik pada tajuk utama featured in Hijabista Magazine untuk bulan Jun 2013. hehe. Adalah gambar cenonet Asyik kat dalam magazine itu. Nak tahu kenapa selalu keluar dalam majalah Hijabista jea? Sebabnya majalah Hijabista sahaja yang Asyik beli sekarang. haha. 

Lepas itu rajin betul buka fb Hijabista sebab boleh tahu perkembangan terbaru dan apa yang diaorang nak. Dah nampak hantar jeala. Kalau bertuah gambar korang keluarlah dalam majalah ini macam Asyik dapat sekarang. Alhamdulilah bolehlah kan sikit-sikit. Korang jangan lupa tunggu entry Asyik tentang bisnes terbaru yang Asyik nak buat nanti. Kalau ada yang rasa nak cantik, kurus, sihat, bergaya bolehlah tengok. Sekarang jom tengok majalah yang Asyik beli itu. hehe


Majalah Hijabista bulan Jun 2013. Tema Neon. Model Datuk Siti Nurhaliza. Mantap.

Siapa itu? Macam gelap pula gambar ini. Asyik ler tu. hehe

Ruangan Lensa. Macam-macam stail dimasukkan kali ini. Jangan lupa beli majalah yang tengah panas di pasaran sekarang ini.

hehe. Show off again. haha

.
.
.
.

Dan selamat malam semua. Asyik nak tidur dah. Relax sambil pasang lilin wangi dalam bilik.


Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. wah.. tahniah dapat masuk majalah.. :D

    ReplyDelete
  2. Great feature! Congrats!

    Please feel free to enter my latest giveaway (here) - you could win yourself an Hermes/Homies sweater!x

    Blog | Cocochic
    Bloglovin | http://www.bloglovin.com/blog/1823055/

    ReplyDelete
  3. Pewitt. Mana tahu lepas ni boleh jadi cover majalah pulak menggantikan Dato' Siti. Hehe. Congrates :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye Suraya..hehe..InshaAllah..tak tahulah ape yg akn jd kalau sya jd cover tu..haha..:)

      Delete
  4. Wahh!! Hebatnya, kak Asyik dapat masuk magazine. lepas ni jadi cover depan plak ye.. :)

    ReplyDelete
  5. Wah.. bestnye.. bagi gambar / pendapat(mei) ni melalui fb hijabista ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear hantar melalui email..kdg2 dlm fb hijabista diaorg akn minta utk letak dlm sesuatu ruangan..so hntrlah bila dh nampak tu..

      Delete
    2. ooo .. hehe tahniah ! saya memang suka tengok awak punye style !

      Delete
    3. hehe..terima kasih dear..selamat mencuba..:)

      Delete
  6. Replies
    1. Eh, kulim..mmg lama dh xblik..klu balik pun singgah umh mak sedara or balik kmpung kt perak jer..hihi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.