Wednesday, May 8, 2013

Engagement Shila and Zaff

Assalamualaikum,
Kalau ada sesiapa yang follow Asyik di Instagram pasti sudah tahu tentang engagement sepupu Asyik ini. Majlis bertunang ini berlangsung pada 4 May 2013 di waktu orang sedang sibuk berkempen untuk mengundi. Mula-mula memang nak buat pada 5 May 2013 tapi apakan daya tak boleh sebab tarikh itu adalah tarikh semua rakyat Malaysia untuk keluar mengundi. 

Majlis ini memang meriah dan ramai ahli keluarga yang datang. Meriah sebab semua ahli keluarga berkumpul dan masing-masing tolong menolong membantu menjayakan majlis ini. Alhamdulillah sekarang sepupu Asyik iaitu Shila sudah menjadi tunangan kepada Zaff. Semoga hubungan mereka keka hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat. InshaAllah. Jom tengok gambar yang Asyik sediakan.


Inilah Shila sepupu rapat sebelah Mak Asyik.

Wow cantik sangat baju dia. Makeup dan baju adalah orang yang sama buat. Tak ingat nama dia. Yang pasti baju ini dia buat dalam satu malam sahaja. Hebat !!

Adik beradik perempuan Shila merangkap sepupu Asyik juga. Shila anak yang sulung.

Comelkan tunangan orang tu. hehe

Sesi menyarung cincin. Bakal mak mertua Shila. Cantik juga.

Sesi menyuap gula. Asyik tak pasti adat ini dari mana. Penang or Kedah. hehe

Sape nak bunga? hehe. Asyik pun bergambar sakanlah. apa lagi kan.

Lagi sorang sepupu Asyik. Cantik tak?hehe

Budak comel ini sangat sombong tapi suka mengusik orang. Kalau orang mengusik dia tahu pula buat muka tapi kalau dia mengusik orang muka selamba jer. Afina anak sepupu Asyik.

Kalau takde budak-budak comel memang tak seronok kenduri. Budak comel ini nama dia Nadhirah. Anak  Mak Tih kepada Shila.

Class sangat pelamin tunang dia. Cantik ok.


Cuba-cuba duduk atas pelamin. hehe

Sepupu dan mak kepada Afina. Mak Asyik dan Asyik. :)

Glamour giler majlis tunang dia. 

Ehemmm.. kita lagi. hehe. 

Antara food of the days. Banyak lagi makanan tapi tak sempat nak snap. Ada Laksa penang, kuih, puding dan macam-macam lagi. Semuanya sedap. Asyik harap hubungan kekeluargaan macam ini takkan putus sampai bila-bila.

Till Next Entry.
xoxo

8 comments:

  1. ehem ehem. dah mula nampak seri kat pelamin tu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanie doakan Asyik cpt2 naik pelamin. hehe

      Delete
  2. Cantiknya pelamin dye! Make up pun cantikk. nice :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantikkan..mmg pakar org yg buat tu..:)

      Delete
  3. Cantik sgt dress sepupu asyik. Suka y kembg2 cm tuuu ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah mmg cantik..Asyik pun suka tgk..:)

      Delete