Tuesday, May 14, 2013

Convocation UiTM ke-78

Assalamualaikum,
Alhamdulillah sekarang ini Asyik boleh bernafas dengan lega selepas segala perit jerih sewaktu belajar selesai sudah dengan majlis konvokesyen tempoh hari pada 11 Mei 2013 iaitu hari pertama konvokesyen ke-78 di UiTM Shah Alam. Seronok dapat meraikannya dengan kawan-kawan, pensyarah dan keluarga yang tak pernah putus asa berkorban segala-galanya untuk Asyik berjaya. Memori yang takkan dilupakan seumur hidup.

Untuk pengetahuan semua Asyik belajar di Fakulti Senilukis dan Senireka dan program yang Asyik ambil ialah Ijazah Sarjana Visual Komunikasi dan Media Baru. Penyelidikan yang Asyik buat pula adalah berkenaan dengan 'Enhancing Typography Manipulation in Magazine Advertising'. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun kadang-kadang hilang kesabaran sewaktu belajar tapi itulah pengalaman yang perlu kita tempuhi sewaktu bergelar seorang pelajar. 

Next mission is working. Kalau ada peluang yang baik akan sambung belajar lagi untuk mendapatkan lebih banyak ilmu dari orang yang lebih hebat dan banyak pengetahuannya. InshaAllah. Asyik ada sediakan gambar jadi jom tengok sikit.

Berdebar nak naik atas stage untuk ambik ijazah.

Bersama rakan sekelas Asyik.

Rakan sekelas dan sekursus.

Family Asyik yang datang termasuk Giorgio Izas.

Semua bergembira dah dapat ijazah.

hehe. Thank you datang juga. :)

Adik Asyik.

Mak Asyik. Thank you Mak.



Ni gambar sebelum masuk ke dalam dewan. Panas sangat waktu ini tapi boleh ambil gambar lagi. hehe

Menunggu waktu untuk naik ke atas pentas. wehuuu..

Seorang lagi adik Asyik yang datang.



Rakan sekelas dan rakan suka-duka sewaktu belajar.

Family. You are the best for me. Thank you for everything.

Till Next Entry.
xoxoxo

12 comments:

  1. Replies
    1. Syafiqah dh mula pgl Asikin..hehe..Thank you so much Pika..:)

      Delete
  2. tahniah asyik. I'm really proud of you. kegigihan asyik tu sangat menjadi inspirasi. btw, lawa baju asyik, mak and adik! :)



    ehem. bila mau kawin haaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Nanie.. hehe..Usaha tangga kejayaan kan..Nanie pun xlama lg konvo juga..:)

      btw baju tu mmg mak Asyik beli dkt org yg sama kot..Asyik pun xtahu yg mak dh belikan baju utk konvo..hehe..Rezeki..:)

      kahwin tunggu kumpul duit bykkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk bru boleh.. bru senang ckit nak membina keluarga..kih2..:)

      Delete
  3. Tahniah Asyik.Nanti sebelum Dayah pegi Jerman,kita kena jumpa tau.Nak belanja Asyik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Dayah..wow nak ke German..InshaAllah mmg nk jumpa dayah juga..hehe

      Delete
  4. Masih belum terlambat utk wish dlm blog ni... (^_^)... Tahniah krn dh bergelar Master in Visual Communication & New Media (TypoGraphy Manipulation)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih byk2 atas segala sokongan dan bantuan ..sgt2 menghargainya..:)

      Delete