Friday, April 12, 2013

WHO'S FOOD LOVER? - Spiral Pasta with Prawn Sambal

Assalamualaikum,
Resepi kali ini ada campuran Melayu dan Itali sikit. Jangan risau rasanya tetap sedap walaupun telah dicampurkan pelbagai bahan. Jomlah cuba.

Step 1
INGREDIENTS

Spiral Pasta
Daging Cincang
Prawn
Yellow Onion
Cili Merah dan Hijau
Chili Paste
Chili Sauce

Step 2

Potong dadu yellow onion dan cili merah dan hijau dipotong halus. Kemudian udang di basuh dengan bersih dan di buang kulit. Supaya senang nak makan nanti. 

Tumis bawang bersama cili merah dan hijau sehingga berbau wangi dan masukkan chili paste dan biarkan sehingga separuh masak. Selepas itu masukkan sedikit air supaya sambal tidak terlalu kering dan tambahkan sedikit chili sauce supaya ada rasa manis. Jangan lupa sedikit garam.

Kemudian bolehlah dimasukkan daging cincang dan udang dan biarkan sehingga masak. Tambahkan sedikit air sekiranya sambal kelihatan kering. 


Dah siap sambal udang bersama daging cincang tadi.

Sekarang kita rebuskan Spiral Pasta tadi sehingga masak dan lembut.


Semua bahan dah siap dimasak. Jadi bolehlah di hidangkan.

Beginilah rupa Spiral Pasta with Prawn Sambal. hehe.

Nyum nyum nyum. Dah kenyang. Selamat mencuba.


Sebelum terlupa Asyik nak ucapkan terima kasih pada adik Asyik yang baik hati belikan 'tetikus' dan protection for keyboard laptop. hehe. Dia tahu kakak dia tak habis-habis mengadap laptop jea sampai dah uzur laptop dan mouse. hehe. Terima kasih kakcik.

Till Next Entry.
xoxo

No comments:

Post a Comment