Tuesday, April 30, 2013

Lambakan Rancangan Realiti TV

Assalamualaikum,
Siapa kat sini yang tengok Master Chef Selebriti Malaysia tadi? Best ke? hehe. Asyik rasa kelakar tengok Che Ta sebab bila dia cakap jea mesti ada unsur-unsur yang panas disitu dan kelakar pula bila dengar loghat utara dia. Bukan mengutuk yea sebab Asyik sendiri pun orang utara. Tapi nampak macam dia penyeri suasana dengan sikapnya yang ntah pape tu. hehe. 

About Zain before this yang dikatakan biadap tu ada juga betul dari kata-kata dia tu. Juri perlulah adil dalam memilih pemenang jangan main tangkap muat jea. Tapi cara Zain memang salah sebab meningikan suara macam itu. Kesian pula tengok chef-chef yang kena marah. Pape pun janganlah banyak sangat drama kan. Asyik suka Celina dia nampak cool jea. And about Norish Karman Asyik minat dengan dia tapi tengok rambut dia macam tak bape nak sesuailah. Tak nampak cantik kat dia. huhu. Hope Celina takkan terkeluar esok. :p


Berkenaan dengan tajuk entry ini, lambakan rancangan realiti tv. Asyik rasa semua tahu kot tentang ini. Memang bersepah-sepah rancangan realiti sampaikan dalam drama pun nak buat rancangan realiti macam cerita Jodoh yang baru tamat tadi. Nasib baik Scha yang berlakon. haha. Bestlah juga. 


Dulu popular dengan Akademi Fantasi sampaikan Asyik sendiri memang dah tak kenal siapa yang masuk AF tu. AF1, AF2, AF3 bolehlah kenal lagi sape, lepas pada itu memang langsung dah tak follow. Nak mengundi lagilah tak pernah. Asyik pernah sekali jea seumur hidup mengundi untuk realiti tv ini. Nak tahu sape? haha. 

Korang jangan gelakkan pula. kih2. Kluenya ialah 'Biasa dia ini'.. Sape pernah dengar ayat tu? Kalau selalu buka keek mesti tahu. Mestilah Tomok. Asyik pernah mengundi untuk dia masa final OIAM. haha. Sebab tu lah dia boleh menang. kah2. Iyolah tu kan padahal Tomok tu memang dah popular dari zaman remaja kala lagi dengan group New Boyz dia itu.




Sekarang ini ada pula Kilauan Emas. Tapi Asyik tak follow pun cuma nampak iklan kat astro tu jealah. Banyak sangat realiti tv sampai tak tahu nak tengok yang mana satu dan yang mana paling berkualiti. Sebelum ini rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia, yang ini Asyik suka tengok sebab nampak mencabar dan kalau boleh Asyik nak juga join. haha. Konon macam kuat sangat lah kan. But Asyik suka yang lasak dan mencabar macam ini. Tapi memang excited tengok Fear Factor ini mencabar kesabaran kita dan ada abang Aaron Ajis kita. haha. Opsss Aaron Aziz.


Selain dari itu, Maharaja Lawak dan seangkatan dengannya iaitu Raja Lawak. Yang ini boleh tahan juga best. Dalam Maharaja Lawak dulu Asyik suka kumpulan Jambu yang memang jambu sangat. APTB. haha. Tapi nampak Raja Lawak 7 kurang gempaklah. Pengacara nampak lagi kelakar. Maybe masih baru kot. Ntahlah tapi macam tak berminat sangat nak tengok. Juri pula yang best pun AC MIZAL and ISMA. Apek tak best sebab nampak 'poyo' sikit. Sorry Apek. Awak kena lagi sporting kot jangan serius sangat. huhu.


Dan bermacam-macam lagi rancangan realiti tv sehinggakan tak tercapai mata untuk melihatnya. Pesan Asyik kat sini jangan terlalu taksub sehingga lupa perkara lain. Elakkan juga pembaziran. hehe. Hope dapat tengok lebih banyak rancangan yang berfaedah untuk semua. Yang dapat memberi ilmu dan pengajaran untuk kita. Kat bawah ini Asyik senaraikan antara rancangan realiti yang selalu kita dengar.


Apa lagi? Banyak lagi rasanya. Cuma jangan taksub sangat yea kengkawan semua. Ambik yang elok buang yang tak elok. Jumpa lagi next entry. xoxo


*Image : Google

8 comments:

  1. dulu bahas form 5 peringkat negeri bawak tajuk ni. actually program reality ni mempertaruhkan karekter sebenar manusia. biasalah ada baik ada buruk. depends on us how to judge each person!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes nanie..tapi kdg2 pihak tv nak naikkan rating so mcm2 dramalah yg diaorg buat utk panaskan lg rcgn..:)

      Delete
  2. master chef best..boleh belajar masak-masak..ngee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. master chef mmg best tp drama yg byk..cara memasak krg tunjuk..huhu

      Delete
  3. dah makin banyak rancangan realiti TV yang baru muncul...mmg dah macam trend lak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Aishah..smpai xtahu nk tgk yg mana kan..:)

      Delete
  4. realiti tv best sbb kita dapat tengok perangai sebenar seseorang tu dalam rancangan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 xsemua perangai sebenar tp perangai yg dirancang keluar..haha..:)

      Delete