Tuesday, April 9, 2013

Healthy Teeth and Gums

Assalamualaikum,
Ini bukan entry yang berbayar atau di'sponsor' yea cuma Asyik nak kongsi apa yang Asyik gunakan dalam penjagaan gigi setiap hari. Sejak gigi selalu sakit sebab masalah gigi geraham yang terlalu aktif untuk tumbuh Asyik dah mula memberikan perhatian lebih pada gigi. Sebelum ini memang tak pernah kisah pun ubat gigi apa guna atau apa kelebihannya. Memang main hentam dan guna apa ada jealah. Tapi sejak gigi selalu meragam Asyik dah mula memberi perhatian lebih supaya gigi tak rasa sakit dan tak berdarah lagi.

Gengigel adalah produk untuk kumur gigi. Sama seperti produk yang lain tapi Gengigel lebih kepada penjagaan gusi yang selalu membengkak dan berdarah. Tak pedas seperti produk yang selalu kita guna dipasaran. Rasanya lebih light. Sejak Asyik guna produk ini masalah sakit gigi memang dah tak terasa walaupun sebenarnya gigi geraham Asyik memang tak berhenti-henti tumbuh. huhu. Sangat bagus produk ini. Yang ini harganya dalam RM35 kalau tak salah. Agak mahal tapi nak buat macam mana kalau nak gigi sihat terpaksalah.


Untuk produk 'toothpaste' pula Asyik sedang menggunakan produk dari Parodontax. Produk ini khusus untuk gigi yang selalu berdarah. Memang kalau gigi sakit dan aktif tumbuh mestilah akan berdarah jadi untuk mengelakkan gigi selalu berdarah bolehlah guna produk ini.

Rasanya memang tak sedap. haha. Seolah-olah macam kita gosok gigi guna ubat. Pelik sikit rasanya tapi untuk gigi yang sihat gunakan jealah. Yang ini pula Asyik beli yang kecil jea harganya dalam RM9.90. Oklah. Cuma boleh guna 2 kali sehari sahaja yea. Jangan lebih dari itu.

Yang penting gigi sihat dan kuat. haha


Toothpaste yang lain kat bawah ini hanyalah untuk simpanan kalau nanti terdesak nak guna. Semuanya untuk gigi yang sensitif sebab gigi Asyik memang sangat sensitif.


Yang kat bawah ini istimewa sikit sebab ada Day and Night toothpaste. Asyik belum pernah cuba lagi yang ini. Tunggu gigi dah sihat kot baru boleh guna. hehe

Gambar terlupa pula nak rotate. haha. Sorry guys.


Dan Asyik dapat cek dari Nuffnang. Tunggu nak pergi claim jea. Thank you Nuffnang. Anda datang tepat pada masanya. haha. Tak sabar nak gunakannya ataupun dalam istilah lain iaitu shopping!

Till Next Entry.
xoxo

8 comments:

  1. wah..bestnye bila la nk merasa cek dr nuffnag..
    sedekah sikit kt sy =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..nanti awak pun dpt juga..
      teruskan usaha lagi..hehe

      Delete
  2. Ahad lepas baru jea gigi geraham nina pecah. Tp malas p dentist. Sb tak sakit. Hehe. So. Ada lagi sebelah gigi geraham ni.. kena bela baik2 ah. Nk kena try sensodyne. Sb gigi nina pun suka berdarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak sakit xpe Nina..ini 24/7 sakit ajer..xtahan tul..nak cabut lglah sakit..huhu..

      Delete
  3. bestnya asyik...bila la eika nak merasa dapat duit dari nuffang.....rasanya duit dalam akaun baru ada 5 rengget plus2 ja...huhu....teringin nak dapat cek...last dapat time kawin ja...itu pn suami bagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekin bru 3kali dpt..tp ada sekali tu xsampai pun..huhu..xpe lama2 akn dpt juga..:)

      Delete
  4. Salam. Mana I boleh dapat Gengigel? Farmasi biasa ada jual ker? Tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,
      saya beli di klinik gigi..farmasi saya xpasti ader ke x..:)

      Delete