Sunday, March 24, 2013

DIY: Magic Hanger

Assalamualaikum,
DIY yang Asyik nak tunjuk ini sangat simple dan mudah. Kalau sesiapa yang suka sesuatu yang lain daripada yang lain untuk dihiaskan didalam bilik mungkin boleh cuba DIY yang mudah sangat ini. 

Barang yang diperlukan hanya hanger dan penyepit baju. Ambil jea mana-mana hanger yang korang rasa dah taknak guna atau banyak sangat hanger itu dalam bilik bolehlah digunakan. 

Penyepit baju pula pastikan yang besar jangan terlalu kecik nanti tak menjadilah DIY ini. 

Hanger yang korang ada itu kalau dah nampak macam buruk korang boleh lilit atau balut jea dengan reben, terpulang pada korang nak lilit dan warna yang macam mana. 

Selepas itu korang boleh sediakan sebanyak mana aksesori yang korang suka untuk digantung nanti.

Ini salah satu contoh barang yang korang boleh gantung kat hanger itu nanti.

Tadaaaa..macam inilah hasilnya. Cantik tak?haha. Untuk menghias bilik yang mempunyai lebihan hanger bolehlah ikut macam ini. Simple kan. 

Gantung jea kat mana-mana yang korang suka. Letak dan sepit jeala pape yang korang nak untuk dijadikan sebagai hiasan. hihi. Senangkan. Bilik pun cantik dan hanger yang penuh dalam bakul itu tak terbiar macam itu jea kan. 

Selamat Mencuba.
Till next entry.
xoxo

6 comments: