Tuesday, March 19, 2013

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Assalamualaikum,
Akhirnya selepas dah banyak kali rancangan nak ke Bukit Bendera terbengkalai akhirnya semalam dapat juga Asyik menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. dari rumah Asyik nak ke Bukit Bendera rasanya mengambil masa dalam sejam. Taklah jauh sangat tapi sebab Asyik naik feri untuk ke seberang itu yang lambat sikit. Sesaje berjalan sebab dah lama tak ke pulau. Asyik pergi bersama dengan mak dan adik. 

Dulu ingatkan nak ke Bukit Bendera masih lagi menggunakan kereta kabel macam yang kita naik kalau nak ke Genting Highland tu tapi rupa-rupanya dah bertukar dengan keretapi. Keretapinya pendek jea tapi nak naik ke atas itu curam betul dan tinggi. Tapi Asyik rasa lagi selamat dari naik kereta kabel kot. hihi.

Suasana kat atas Bukit Bendera itu memang sangat best. Udaranya segar dan permandangannya sangat cantik. Kita boleh lihat sebahagian dari Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera. Memang sangat cantik, malah kita boleh nampak Laut yang sangat luas dan bahagian semenanjung yang nampak lapang jea. Serius memang kagum dengan kekuasaan Allah S.W.T. Cantiknya memang tak boleh dibuat oleh kita manusia.


Ada banyak benda menarik kat atas Bukit Bendera itu. Salah satunya tentulah permandangan yang cantik. Ramai juga pelancong asing yang datang ke situ untuk bergambar. Ada tempat makan yang menjual makanan yang sedap. Owl Museum pun ada. Nak bergambar dengan ular pun boleh tapi Asyik takkan pernah nak cuba. haha. Takutttt. Selain dari itu ada juga hotel dan restaurant untuk sesiapa yang teringin nak menginap kat Bukit Bendera. Sejuk tau kat atas itu. Tapi taklah sesejuk kat Genting Highland.

Harga tiket untuk ke Bukit Bendera murah jea. Rm8 untuk naik dan turun ke bawah semula. Kalau untuk senior citizen pula kalau tak salah lagi murah. Tempatnya memang menyelesakan. Sampai terasa nak ada rumah kat atas itu. Petang-petang boleh lepak-lepak sambil tengok matahari terbenam. Menarikkan. Kalau ada yang teringin nak ke Penang. Asyik rasa Bukit Bendera salah satu tempat yang korang boleh pergi. Nak guna public transport pun sangat mudah. Teksi dan bas rapid memang sentiasa ada. Last sampai pukul 10 malam. Lagipun Bukit Bendera pun tutup pukul 10 malam. Jadi memang takkan ada masalah untuk kesana.

Sampai kat sini jeala Asyik membebel. Kalau ada nak tanya tentang Bukit Bendera boleh tinggalkan komen yea. hehe. Jom tengok gambar Asyik kat sana.

































Till Next Entry.
xoxo

12 comments:

  1. cantiknya pemandanga tu asyik. seronok kan dapat jalan2 dgn family. btw, asyik sama cantik macam mak !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sgt cantik Nanie...terpegun kalau tgk live..hehe..
      mmg best kalau kuar dgn family..xperlu nk fkr pape..haha..
      ala, mak Asyik lg cantik dan comel..hihi..:)

      Delete
  2. Bergaya ur mom kan. Sweet jea

    ReplyDelete
    Replies
    1. my mom mmg cmtu dr muda2 lg suka bergaya..
      baru xdimakan usia..haha

      Delete
  3. You have an amazing top! The views are breathtaking :)

    Choies 2013 Spring Giveaway

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Ania dear..you have to come to Malaysia..hehe

      Delete
  4. knapa dah sampai bukit bendera tak calling2 sbb rumah eika area tu ja...dekat sangat, dalam 15 minit dari bukit bendera....klu tak bleh kita jumpa...nanti klu datang penang lg calling2 la erk......rindu kengkawan lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eika sorry mmg xtahu..lps nih mmg nk pg lg kot, In Shaa Allah bgtahu eika nanti k..boleh kita pg jenjalan sekali..:)

      Delete
  5. Aiiii...kite follow n visit cni jgk...ihiikk
    Xpna lg la smpi penang...cian kn? Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zeera..hihi
      nanti kalau nak dtg boleh calling2 yea..hehe

      Delete
  6. serius rindu kat penang,seriusssssssssssssssssssss !

    ReplyDelete
    Replies
    1. dtglah penang onie..boleh kita jmpa2..hehe

      Delete