Friday, February 22, 2013

Sakit Gigi

Assalamualaikum,
Korang semua sihat? Asyik kurang sihat sangat ini. huhu. Menahan sakit tahap melampau dah ini. Rasa macam nak penampar jea pipi sendiri sebab sakit sangat. Sakit gigi memanglah sakit sangat sampai malas nak buat pape pun. Nak jea tidur tapi tak boleh nak tidur sangat pun sebab berdenyut-denyut sakitnya. Selalu sangat dah sakit gigi ini tapi pergi jumpa doktor mesti dia cakap takpe makan ubat dulu pastu dah baik baru datang balik untuk cabut. 


Tapi bila dah baik Asyik pergi balik jumpa doktor dia akan cakap buat apa nak cabut kalau tak sakit. warghhhhhh..geramnya. Hari itu cakap datang balik bila dah baik datang untuk cabut tapi apa sudah jadi wahai doktor! Sekarang dah menjadi balik ini. Dah bengkak habis pipi ini. Dari semalam menahan sakit. Dah makan panadol tapi makin teruk pula rasanya. 


Siap buat research lagi macam mana nak hilangkan sakit gigi. Salah satu caranya ialah berkumur dengan air garam. Mak Asyik siap tolong buatkan lagi air garam itu. Biasalah bila sakit ini terlebih manja sikit. Tapi sekejap jea rasa berdenyut itu hilang lepas itu sakit balik dan masin dalam mulut sedap sangat kannnn! 


Hari ini makan bubur nasi yang dimasak oleh mak jea. Itu pun telan terus langsung tak mengunyah sebab tak suka kalau terselit kat gigi hujung yang sakit itu. Semua telan jeala kalau nak makan. Petang ini makan roti chocolate gardenia tapi nak mengunyah itu azab betul, kunyah sikit telan terus jea. Semata-mata untuk makan ubat jea.


Dah macam-macam ada dalam fikiran ini. Rasa nak cabut sendiri pun ada. Dah terfikir macam mana nak cabut sendiri. Lilit benang kat gigi pastu terus tarik ke nak guna playar (betul ke sebutan tu) untuk cabut gigi. Pastu check balik gigi terus hilang rasa nak tarik sendiri sebab nampak gigi itu pendek jea lagi, macam mana nak tarik. Nanti terkoyak gusi-gusi yang ada. Warghhhhh..sedih, pedih sangat ini. Nak pergi cabut gigi juga ini. Dah tak tahan kalau sakit lagi lepas ini.


Mak tolong yea esok kita pergi klinik atau hospital. Kena juga pergi sebab dah tak tahan ini. Menangis sorang-sorang ok. Malu nak tunjuk kat orang lain. huhu.. hilanglah cool itu kalau tunjuk. Tapi esok kena pergi cabut gigi. Harap lepas ini boleh update blog tanpa rasa kebas dan sakit gigi lagi. huhu
Till next entry.
xoxo

12 comments:

  1. wahh,,sakit gigi ni antara sakit yg terus selepas mati taw..kiranya bahana kesakitan tu menusuk kalbu,,adoi..moga2 kak asyik cepat2 baik k :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..pika..sakit sangat owhhh..tlg cabutkan gigi ni..huhu

      Delete
  2. ha ah gigi bongsu memang sakit kalau nak tumbuh. akak kita sampai operate gusi lagi... kena mahal jugak dalam RM 200 gtu! adoi!!! dah lah sakit gigi, sakit kepala, sakit poket jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah itula mmg dgr org kata dlm rm200 klu nk cabut gigi..bertambah sakit kan..huhu

      Delete
  3. hihihi, memang sakit, 2 pengalaman orang, 1st pengalamana hubby sendiri g operate sebab tak tahan sakit, ratus juga la habis, 2nd roomate, sampai demam n nangis2, bawa g pku ambik ubat tahan sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..mmg nangis dah pun sbb xtahan sgt nih..nak pg cabut jea lps ni..

      Delete
  4. hari rabu ni g jumpe doc!!! kena operate gusi wuaaaaaaaaaaaaa seremmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  5. sebut pasal gigi tu buat bulu roma onie tegak,haha.....bulan depan full appointment dengan dentist :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..semua pakat-pakat cabut gigi nih..mmg azab btul sakit gigi..xtertahan..huhu

      Delete
    2. tula,hehe...akak,komen tu onie tak boleh publishkan lagi.... onie ada terima komen akak kat GA onie tu,hee :)

      Delete
    3. huhu..ingatkan onie xdpt..thank you onie..:)

      Delete