Saturday, February 2, 2013

Lovely Grandmother

Assalamualaikum,
Yeah weekend right? But for Asyik it's just same as other days. haha. Biasalah dah bercuti panjang. Tiap-tiap hari adalah weekends. But the point here is Asyik nak cerita sikit tentang nenek Asyik yang cute. Dia sangat baik walaupun kadang-kadang banyak bebel but comel ok. hihi. Dulu setiap kali Asyik balik kampung waktu cuti sekolah dia cukup seronok. Kat kampung Asyik setiap hari Jumaat akan ada pasar tengah hari lebih kurang macam pasar malam tapi dibuat pada wantu pagi sampai tengah hari, dulu Asyik selalu la ikut nenek naik bas. haha. Best tau, pastu setiap kali pergi mesti nenek Asyik belikan popcorn dan biskut comel berwarna-warni macam gambar kat bawah itu. 


Selalunya Asyik makan yang atas berwarna tu jea, yang lain tinggalkan jea dalam plastik. hihi. Sampai sekarang kalau balik kampung ada saja roti atau biskut yang dia akan beli untuk Asyik makan. Dan yang paling Asyik suka waktu pagi kalau nenek Asyik masakan nasi goreng dan teh o panas. Sangat sedap!. Rindu sangat nak balik kampung lagi, makan kat kampung walaupun takde lauk yang hebat-hebat tapi tetap seronok dan sedap. Makan ulam dan ikan masin adalah sangat heaven. haha. Now nenek dah tak larat sangat tapi masih lagi nak melayan cucu-cucu dia kalau balik kampung. Umur dia dah 85 tahun, birthday dia pun hampir sama dengan birthday Asyik iaitu pada 5 Mei 1928, Asyik pula pada 7 Mei 1986. Berdoa dan berharap dia dipanjangkan umur lagi supaya sempat dia melihat Asyik kerja, kahwin, dapat anak dan sekurang-kurangnya dapatlah dia merasa duit hasil kerja dari Asyik. Love you Tok Yah. 

With lovely grandmother.
Till next entry.
xoxo

4 comments:

  1. tetiba rindu nenek onie jugaaaaaaaaaaaaaa,eh....biskut tu pun onie selalu makan atasnya :D

    ReplyDelete
  2. Salam daripada Zalora Malaysia,

    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

    Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my ? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

    Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, thanks Zalora..
      Secara jujurnya memang belum pernah membeli-belah di Zalora. Tapi saya tahu tentang Zalora. Kerjasama yang macam mana tu?Macam menarik jea. hihi. InsyaAllah will email to your team soon.

      Delete