Wednesday, February 20, 2013

Kes Penderaan Kanak-kanak

Assalamualaikum,
Tiba-tiba malam ini tergerak hati nak bercakap tentang kes penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Semuanya betul-betul menyakitkan hati bila tengok. Kenapa masih ada orang-orang yang macam ini. Dah hilang ke akal yang diberikan oleh Allah S.W.T. tu sampai sanggup buat perkara yang tak elok pada kanak-kanak yang langsung tak boleh nak melawan dan berkata apa-apa tu. Mana hilangnya sifat perikemanusiaan yang sepatutnya ada pada setiap insan yang bergelar manusia.

Yang terbaru tentang kes adik Hareez yang didera oleh pembantu rumah yang memang langsung takde otak dan dah hilang akal sampai sanggup buat perkara macam itu pada bayi yang baru berusia 4 bulan. Tak sanggup nak tengok apa yang pembantu rumah itu lakukan pada adik Hareez. Sedih tak terkata. 

Berita terbaru yang Asyik dapat pembantu rumah tersebut dah dikenakan hukuman penjara 20 tahun tapi Asyik rasa macam tak cukup jea hukuman itu, biar dia pula dibaling-baling macam bayi yang dia buat itu. Apa pula dia rasa. Geram betul bila memikirkan kes-kes macam ini.

Bila banyak terjadinya kes macam ini membuatkan Asyik risau memikirkan masa depan bila suatu hari nanti dah berkeluarga dan ada anak sendiri. Takut sangat kalau terkena pada diri sendiri ataupun pada ahli keluarga yang lain. Apa tindakan yang patut kita buat supaya perkara macam ini tak terjadi? Apa penyelesaian yang terbaik untuk kita lakukan. 

Kadang-kadang keadaan memaksa kita untuk mengambil pembantu rumah. Pembantu rumah pula banyak pula hal nya. Kalau dapat yang bagus memang alhamdulillah tapi kalau dapat macam yang terjadi pada adik Hareez itu macam mana kita nak buat. Serba salah jadinya. 

Jadi Asyik rasa agensi yang menguruskan tentang pembantu rumah ini sepatutnya mengambil satu inisiatif dan memikirkan bagaimana nak menyelesaikan perkara ini. Mereka sepatutnya lebih berhati-hati dalam pemilihan pembantu rumah sebelum diberi kepada mana-mana keluarga yang memerlukan. 

Selidik dulu latarbelakang mereka sebelum diambil bekerja, jangan main ambil jea. Sebelum tamak memikirkan keuntungan fikirkan dulu nyawa-nyawa yang mungkin akan menjadi mangsa kalau pembantu rumah yang diberi takde otak dan akal macam pembantu rumah yang gila itu. Fikirkan kalau perkara tersebut terjadi pada salah seorang ahli keluarga kamu. Ambil tindakan sebelum terjadi perkara yang lebih teruk. Kasihani pada kanak-kanak ataupun sesiapa sahaja yang tak mampu nak melawan itu. Akal masih ada tolong gunakan dengan sebaiknya.



Mari kita doakan semoga adik Mohamed Hareez Mohd Zamri cepat sihat dan sembuh seperti biasa dan doakanlah kepada semua kanak-kanak yang ada dimuka bumi ini semoga mereka dilindungi Allah S.W.T. dari segala kejahatan dan niat tidak baik orang yang tidak bertanggungjawab.
Till next entry.
xoxo

8 comments:

  1. Hmmm..mcm mcm la kes skng nii...diaorang ni macm amek kesempatan kat rakyat kita sebab bergantung sgt dengan maid ni.....walhal si indon ni ada anak sendiri...tapi sanggup buat kat anak org mcm tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula pasal..buat kt anak org mcm tu xfkr ke klu org lain buat kt anak dia pula..sedih btul dgn kes2 mcm ni..huhu

      Delete
  2. Sekarang ni macam-macam boleh jadi.. Yang orang luar datang sini pon, kata nak cari rezeki.. NI kebanyakannya nak buat jenayah je..tah apa2 kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah mmg pun, risau kalau jenjalan sorg2 sbb yg nmpk kebykknnya org asing bukan org tempatan..Klu cari rezeki xbuat jenayah bkn2 xpe juga ini tak, ada saja mslh yg timbul..

      Delete
  3. children are so cute ;) thank you so much for your nice comment! :)

    http://anna-and-klaudia.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Anna for always commenting on my blog..really appreaciate that..
      keep in touch..:)

      Delete