Thursday, February 14, 2013

Awesome Family Day

Assalamualaikum,
Last week Asyik ada cerita tentang Asyik ke KL untuk ambil baucer buku kan. Boleh baca kat SINI. Sambil ambil baucer buku sambil berjalan-jalan dengan keluarga sebab cuti Chinese New Year kan. Tak sangka pula keluarga sebelah abah Asyik pun datang untuk bercuti juga. Jadi semua berkumpul di rumah adik Asyik di Sri Kembangan. Memang dah lama sangat tak jumpa dengan sepupu sebelah abah ini. Waktu raya tempoh hari pun tak sempat nak berjumpa sebab ada yang terpaksa bekerja. Tapi alhamdulillah dapat berjumpa kali ini dan mengeratkan silaturrahim. 

Bila keluarga datang tempat wajib yang ramai orang nak pergi ialah Putrajaya. Asyik memang selalu sangat dah ke sana sebab dekat dengan rumah adik jadi temankan jeala yang mana belum pernah sampai ke Putrajaya. Mula-mula kitaorang pergi ke Masjid di Putrajaya. Semua nak bergambar kat situ dan masing-masing ambil peluang untuk bersolat di sana. Tempat yang seronok untuk singgah. Tengok gambar kat bawah dulu dan Asyik akan sambung bercerita melalui setiap gambar.



Masjid Putrajaya.



Mak, Asyik dan adik bongsu Atikah.





Selepas selesai bergambar dan solat di Masjid Putrajaya kitaorang bertolak ke PICC ataupun Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Pemandangan dari PICC sangat cantik. Asyik pun tak nak lepaskan peluang untuk bergambar disini. Kalau waktu malam di PICC ini meriah dengan lampu yang berwarna-warni.  



Bakal adik ipar dan mak Asyik.


Sepupu dan adik Asyik.

Bersama keluarga sebelah Abah.

Bersambung pula selepas ke PICC Asyik ke Masjid Besi ataupun Masjid Sultan Mizan di Putrajaya. Bergambar di tepi tasik dan masuk sekejap ke dalam masjid.



Selesai di Masjid Besi semua dah penat dan nak berehat. Malam Asyik ke Uptown The Mines. Asyik ikut jea sebab yang nak pergi itu orang lain. Nak tengok tempat katanya. Takpelah kita bawa jea. hihi
.
.
.
.
.
Untuk hari kedua pula Asyik ke One Utama. Singgah di kedai buku dan berjalan sambil bergambar kat dalam One Utama sekejap. Yang lain-lain macam dah penat nak pusing OU yang besar itu jadi selesai di OU terus ke Taman Tasik Shah Alam. Sebab ada budak-budak yang mengikut sekali jadinya tahu nak main jeala. Bawalah pergi ke Taman Tasik Shah Alam. Berehat sambil makan-makan kat tasik. Tapi cuaca tak berapa mengizinkan, sekejap jeala kat tasik itu sebab dah hujan. Lepas itu terus balik ke Sri Kembangan. Macam itulah ceritanya untuk dua hari bersama keluarga pada CNY. hihi. Hujung bulan ini pergi sana lagi untuk shopping di Big Bad Wolf Book Sale. Tak sabar nak beli buku guna baucer buku. haha. 



With mak kat OU.



Bukan kereta Asyik. Bergambar jea lebih. haha

Di Taman Tasik Shah Alam.
Till next entry.
xoxo

4 comments:

  1. You look so pretty! Beautiful place :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you dear..In Malaysia we call this place as Putrajaya..:)

      Delete
  2. jujur cakap Ashik pandai bergaya, bersesuaian, sedapp ja mata memandang..;-)

    singgah jenguk sambil nak gtau saya tag ashik..;-)

    http://nazirahnyerr.blogspot.com/2013/02/segmen-permulaan-perjalanan-blog-saya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..malu pula kena puji nih..kih2..terima kasih..

      wah ada tag ape tu..jap2 Asyik tgk yea..:)

      Delete